Wednesday 30 November 2011

Kami

Kami, haa kami. Aku ada seorang kawan, sahabat lebih tepat. Pinot. Tetapi namanya bukanlah pinot, suka-suka bagi gelaran tu pada dia. Malas nak panggil nama betul, sebab dia pun bukan nak guna nama betul. Guna nama Kejora? Ouh~ Geli mak nyah. Kau memang sang pondan tegar. BAHAHAHA. Aku kawan dengan dia hampir 8 tahun. Baik buruk dia semua dalam kocek aku. Comelnya cakap kocek. HAHAHA. Sejak aku kawan dengan dia, aku rasa kami tak pernah gaduh. Kau rasa pernah ke kita gaduh? Entah. Sebab aku bukan slalu nak fikir tentang dia, tak penting.

MAHAHAHA.

Ponteng kelas, main kejar-kejar, makan dalam kelas, melihat tahi berjoget, kutuk-kutuk orang, nyanyi sama-sama, ketawa sama-sama, boleh dikatakan banyak perkara yang kami kongsi bersama. Wah, nak nangis. Tapi aku taklah join kelab pondan dia. Tak kuasa mak. WAKAKAKA jangan marah adik manis. :D Sebenarnya banyak nak bercerita, tapi aku cerita yang mana sempat sahaja lah. Aku kan artis. Mana ada masa nak duduk lama-lama menaip benda macam ni. HUHUHAHA. Layan.

Ketika ponteng kelas.

Memang sangat banyak aku dan dia ponteng kelas. Tak kiralah cikgu tu baik atau garang. Memang malas, nak buat macam mana. Pernahlah beberapa kali kena tangkap. Tapi yang paling gerun bila kena main kejar-kejar dengan ustazah. Gila kau, bukannya salah besar pun ponteng kelas, tapi kenapalah si ustazah kejar kami berdua macam nak mati. Lari sana dikejar, lari sini dikejar. Akhirnya pinot mengalah, penat agaknya. Aku pun terpaksa berhenti. Kena bambu dengan ustazah dan kena rotan. Macam naik gila ustazah tu. Dia rotan sampai jari aku biru. Balik rumah mengadu dengan ita. Anak manja katakan. Hiks..

Aku  :  Tengok ni ustzah rotan smp biru tgn ceq.. :'( ( nangis )
Ita    :  Ustazah kau tu mabok ke apa?!! Bak sini tangan.
Aku  :  ( Hulurkan tangan sambil menjerit-jerit. Auta lebih. )
Ita    :  Apasal ustazah rotan smp biru mcm ni!
Aku  :  Errr.. xsiap keje skolah. ( Gila apa nak bagitahu sebab ponteng? )
Ita    :  Nanti tunjuk kat man. Bia dia pegi bgtau pengetua.
Aku  :  ( Cuak ) Ala.. Kawan ceq pun rmai kena la. Pinot pun. Xyah la. Buat malu je.
Ita    :  Kalau patah jari camne? Nak gantikn ngn jari ustazah kau?
Aku  :  Eh.. Kesitu pulak dia.. Xde ape la. Owg ok je. Dala nak rehat. Bai..

Kadang-kadang memanglah aku suka mengadu pasal sekolah pada man dan ita. Tapi aku tak sukalah, diaorang selalu nak jumpa pengetua kalau ada apa-apa hal. Emosi betul. Lagipun memang semua salah aku pun. Lainlah kalau aku baik tiba-tiba cikgu nak rotan, memang nahaslah kau cikgu. Kalau man dan ita tahu macam mana perangai sebenar aku kat sekolah. Habis! HAHAHA!

Duit tiada, tapi hati mahu.

Yang ni memang sangat banyak terjadi. Biasalah, bila dah habis sekolah, duit bergantung pada diri masing-masing. Masa duit sedang berpuaka, masa itulah hati teringin mahu berkaroke, mahu menontong wayang. Jahanam. Oleh kerana gaji aku dan pinot lain-lain tarikh, jadi agak susah mahu keluar bersama. Kalau aku sedang gaji, dia sedang berpuaka. Begitu juga aku sebaliknya.

Aku  :  Nak karoke tak?
Dia   :  Aku nga berpuaka la sial..
Aku  :  Ala.. Kite g jela kt summit.. Kate leh gosok2 kaki.. Hahahaha!
Dia   :  Ah.. xnak! situ tak best.
Aku  :  Kuang ajau, duit xde nak ckp byk! mcb.

HAHAHA. Slalu pergi kat summit tu bukan sebab apa, sebab tempatnya ada karpet, aku suka gila weh boleh gosok-gosok kaki. MUAHAHAH. Tapi tulah, selalu sahaja teringin tak kena masa. Manalah nak pergi tempat macam tu kalau duit sedang berkepuk. Gila kau. Aku malas pergi karoke dengan kawan lain sebab diaorang nyanyi lagu semua yang aku tak suka. Kalau dengan pinot, kebanyakan lagu semua aku suka. Bila lagu berkumandang, masing-masing memandang antara satu sama lain kemudian ketawa. Comel sial. WAKAKAKA. Ok, geli. 

Teman lelaki.

Selalunya aku dan dia selalu sahaja sama. Bila aku dapat lelaki yang macam ni, dia pun sama juga, Bila aku sedang bersendirian, dia juga sama. Bila bercerita masing-masing gelak. Bodoh kau. Jangan kau curi laki aku nanti sudah. HAHAHA. Sudah berjanji juga kalau nanti kami kahwin, kalau aku atau dia gaduh dengan laki, nak lari rumah. Tumpang menumpang. WAKAKAKA. Macam jahanam. Aku malas nak cerita pasal angan-angan nak kahwin kontrak pulak, panjang ceritanya nanti. HAHAHA sengal. 

Dia  :  Weh, aku macam teringin nak kahwin kontrak cm dlm novel ni..
Aku :  Weh, aku pun sama! Jual mahal dulu, tapi mahu. Hahahaha.
Dia  :  Bila hujan petir kate takut, nk tdo dgn u blh? I takut tdo sowg2.. Wakakakak!
Aku :  I mimpi baslin, takut la, nk tdo ngn you blh? Wakakakak!!!
Dia  :  Wakakakkaka mcm sial.

Setiap kali mesej dengan dia, memang jadi huru hara. Aku nak gelak guling-guling. Macam jahanam. Aku rasa kalau aku kerja atau tinggal serumah dengan dia mau aku mati ketika sedang ketawa tergolek-golek. Simpang! Tapi apa-apa pun, aku harap aku dengan dia akan kekal macam ni sampailah bila-bila. Teringin masa tua nanti bercerita tentang zaman muda-muda. Tentang usop. HAHAHA. Pinot, kau patut berbangga dapat kawan sebaik aku. Kau harus sujud syukur! MAHAHAHA. Nak cerita pasal bini Wan Baser tak boleh. Sebab dia selalu bermulut busuk. Tiada kata yang memuji aku. Jadi kau harus duduk dicelahan pokok sana! HAHAHAHA. XD

Macam mana muka aku dan pinot waktu tua nanti eh? Pakai gigi palsu tak? 


WAKAKAKAKAKAKA!!!

Tuesday 29 November 2011

Salah

Kau pernah tersalah hantar mesej pada orang yang sedang kau kutuk? Ohh.. Aku banyak kali. Kesian pada orang yang dikutuk kerana dia dapat tahu apa isi hati aku yang sebenar. Aku pun hairan, kenapa selalu sahaja aku tersalah hantar mesej jahanam itu kepada orang yang berada dalam mesej aku itu. Gila. Memang gila. Bayangkan kau sedang syok kutuk orang itu dan mesej tersebut orang itu baca. Kau nak mati?  

Berpeluh mak.

Situasi 1. ( Mesej )

Aku   :  Weh.. Kau nak tau x, si a tu pangai mcm jahanam. Ade ke pakse2 aku ikot
            dye beli brg, aku xsuke la! Damn! ( a bukan nama sebenar )

( Aku terhantar mesej tersebut kepada Si A ) 

Si A   :  Bangang kau........
Aku   :  Eh sori slh anta. huhu

Sah-sah dah ada nama dia dalam mesej tu. WAKAKAKA. Nasib kaulah bedah.

Situasi 2. ( Mesej )

Aku   :  Mmg da xleh tgk muke dye lgsg dah! geram lah! harap esok xjmpe dia!

( Aku nak mesej pd Si Dia sebenarnya, tersalah hantar kepada tuan punya badan )

Si B   :  Kau mmg xnak jumpe aku lg ke lia??
Aku   :  Aku nak anta kat mber aku, silap.

Bodoh. Yang ni memang aku macam hampir tercabut nyawa bila aku tersalah hantar mesej pada Si B. Memanglah aku sangat geram dengan dia, tapi tak terniat nak marah-marah dia. Alih-alih terhantar mesej kat dia. Sungguh jahanam kan!

Situasi 3. ( Mesej beberapa tahun sudah ketika sakan berskendal )

Aku  :  Cyg.. Syg nak kua an mber ni.. Pape kang syg kol cyg eh! Love you!
Dia   :  Sejak bile ckp syg cyg ni?? Mesej ngn laki mane!!!!
Aku  :  Otak kau laki mane.. Ngn b la! nak menje2 pun xblh! dalah!
Dia   :  Sori hun!!! :(

WAKAKAKA! Bodoh. Aku rasa waktu tu semua darah naik kat muka aku. Seram nak mampos. Bayangkan. Hampir-hampir pecah rahsia aku. Takut mak. Aku rasa memang sangat susahlah kalau bab-bab nak berskendal ni. Sebab aku ni memang jenis nyanyuk. Aku harap ianya tak berulang. Mak dah insaf sekarang. HAHAHA.

Jadi begitulah sebahagian daripada mesej-mesej yang aku tersalah hantar. Banyak lagi cerita, tapi aku tiada masa, kerana aku masih belum lagi menyapu rumah. Ouh~ Dan sekarang ni aku sangat berhati-hati bila aku sedang mengutuk orang, aku akan pastikan mesej tersebut dihantar pada orang yang sepatutnya dan bukan pada yang sedang dikutuk. HUHUHU. 

Pernah tersalah hantar mesej cinta pada Ita. Aku harap dia tak salah anggap.

WAKAKAKA!

Wednesday 23 November 2011

Tol Sungai Rasau

Aku tak dapat lupakan kenangan pahit itu sewaktu aku melalui tol Sg Rasau walaupun sudah beberapa tahun ianya berlaku. Sumpah aku sangat malu. Aku sangat cuai. Terasa ingin membunuh diri waktu itu. Bayangkan saat kau mahu merentasi tol tetapi kau tiada duit untuk membayarnya kerana dompet kau telah tertinggal dirumah, dan lebih sedih lagi baki kredit di handphone kau cuma tinggal 2 sen. Memang sangat teruk. Dan memang sangat jahanam kerana tiada satu pun panggilan telefon dari sesiapa waktu itu setelah hampir setengah jam aku menunggu.

Aku berpeluh. Sangat berpeluh.

Sengaja aku buka pintu kereta dengan harapan agar ada salah seorang pemandu yang mahu berhenti menolong aku. Itu sahaja usaha aku kerana aku tidak sanggup untuk menahan kereta lain semata-mata mahu pinjam wang sebanyak 1 ringgit. At last, ada seorang hamba Allah yang sanggup berhenti untuk menanyakan apa yang sedang berlaku.

Perbualan antara aku dan dia.

Dia  :  Kenapa ni dik? Kereta rosak ke?
Aku :  Errr.. Xlah.. Err.. ( Aku malu nak cakap sebenarnya )
Dia  :  Habis tu kenapa? Ke mmg tunggu kwn kat sini?
Aku :  Xjugak.. Act sy xde duit nak bayar tol, dompet ttggl, nset xde kdt.. ( Sedih )
Dia  :  Laa.. Nah amek ni.. ( Bagi 10 ringgit )
Aku :  Sy nak guna singgit je bang..
Dia  :  Amek la, mne tau depan tu ade tol lagi, xyah susah2 benti. ( Senyum2 )
Aku :  Kuang asam punya orang perli aku la ni! ( Dalam hati )
Aku :  Terima kasih ye! Nak no tepon?
Dia  :  017344**** hehe.. 
Aku :  TQ! ( Lega gila )

Dan selepas itu aku pun meneruskan ke destinasi yang hendak di tuju. Sepanjang perjalanan, aku asyik menyumpah nyumpah diri sendiri. Sangat nyanyuk lah aku. Aku tidak akan membiarkan ianya berlaku lagi. Tidak! Dan dari peristiwa itu jugalah sampai sekarang aku masih lagi berkawan dengan laki tu. Siap jadi pengapit kepada bini dia masa dia bersanding. Hebat kan! WAKAKAKA. Dia sangat baik! Sampai sekarang pun kalau ada masalah, dengan dia aku meminta pertolongan. HEHEHE. TQ Abang Haris! :)

* Aku mintak nombor telefon tu bukan untuk menggatal, tetapi dengan niat mahu membalas jasanya. Aku terasa ingin memeluknya ketika itu kerana sudi menolong aku. MUHAHAHA. Dan aku sekadar belanja dia makan dan memberikan sedikit buah tangan kepada dia pada hari selepasnya. Malu pulak mahu memulangkan duit 10 ringgit itu. HUHUHU. 

Jangan harap aku nak guna tol tunai dah sekarang. Serik!

Tuesday 22 November 2011

Rambutan

Sekarang ni aku sudah malas mahu bersolek atau berdandan. Kalau dulu, nak pergi kedai mamak pun punyalah aku mekap sana sini. Motif, nak dapat barang murah dari mamak. WAKAKAKA. Kalau dulu aku kerap ke salun rambut, tapi sekarang haramjadah. 3 bulan sekali pun haram. Aku perasan juga yang rambut aku sekarang dah macam dawai. Kesian si dia tersekat jari bila membelai rambut aku. MUHAHAHA. Tipu sahaja, kau nak mampos pikir macam tu? Damn.

Situasi ketika berada di 7eleven dengan rambut yang tidak disikat.

...    :  Rambutan.. Rambutan.. Hahahahha..
Aku :  Gila jual rambutan dalam ni lah. ( bebel )
...    :  Weh nok!!! Hahahaha..
Aku :  ( Aku toleh pada orang tu. Aku pun hairan kenapa aku toleh )
...    :  Sombong sial, panggil xnak tengok!
Aku :  Hah? Masa bila hang pangei? Xdgq pon..
...    :  Yang haku panggil rambutan tu hang la! Gila rambut weh!! Wakakakaka!
Aku :  Hah?! Babi kau. Berambus dari sini!
...    :  Hahahahaha!!! ( Gelak sakan bersama kawannya )
Aku :  Babibabibabibabi! ( Dalam hati )

Sepanjang berada di situ aku terasa seperti semua orang sedang memandang ke arah aku. Dan aku terasa seperti diri aku memang macam rambutan yang sedang berjalan membeli belah. Aku tak tahu kenapa aku berfikiran bodoh seperti itu. Aku terpaksa jalan sambil menundukkan kepala. Jahanam. Kenapa aku selalu dapat kawan yang cakap tidak berlapik sampaikan aku juga berfikiran seperti mereka. Rambutan berjalan. HAHAHAHA. Bodoh, aku terasa ingin membotakkan kepala waktu tu.

Nasib baik muka aku tiada bulu, kalau tak? Sah-sah aku memang rambutan.

Sunday 20 November 2011

Macam-macam

Macam-macam aku nak bercerita. Tapi aku sangat sibuk. Tiada masa. Aku pun hairan. Adakah aku calon PM? Doakan aku. Tolong. Tak sibuk nanti aku menaip lagi. Chow bedah.

Berangan jadi Rosmah Mansor. Idola aku. MUHAHAHA.

Monday 31 October 2011

Perempuan itu.

Perempuan itu memang sial. Ya, sangat sial. Bukan kau, tapi kalau kau terasa, memanglah itu kau. Sumpah aku sangat benci kau! Apa aku merepek ni. Aku tak sangka dia macam tu. Malas nak cerita banyak. Tapi aku memang benci gila kat dia. Sampai bila pun. Sekali aku dah membenci, kau jilat balik pun maaflah. Tak ada lagi ruang untuk kau. Aku memang tak ingin berkawan dengan manusia seperti kau.

Syaitan bertopengkan manusia.

Sangat layak gelaran itu untuk kau. Pasti kau sedang tersenyum dengan situasi sekarang ni. Kau menang dan aku kalah. Aku kalah sebab aku tak nak bermain perasaan dengan kau. Cukuplah aku sudah mengenali diri kau yang sebenar dan orang lain juga begitu. Kau sedang melarikan diri dari keadaan sekeliling. Dan aku? Aku pergi sebab aku sudah sangat tawar hati. Jijik melihat kedaan dan manusia yang bermuka-muka yang menghentam orang lain untuk menutup kesalahan sendiri. Kau menang.

Tuhan tahu siapa betul dan siapa salah. Diri kau kini sedang dalam ketakutan. Melarikan diri dari semua orang. Aku? Sangat gembira dengan hidup aku, dengan mereka-mereka yang sayangkan aku. Aku bersyukur kerana terkeluar dari keadaan yang sebegitu rupa. Aku tak menyesal. Sikit pun tidak. Aku percaya pada tuhan. Rezeki tetap ada dimana-mana. Aku yang sepatutnya ketawa riang. Kau patut menangis dan perlu menyimpan perasaan bersalah itu sampai bila-bila.

Sebaik mana pun dia, aku dah tak percaya sesiapa lagi. Serik!

Wednesday 19 October 2011

Thein

Sumpah dia masih sayangkan aku. Aku touching gila. Walaupun aku tinggalkan dia macam sampah waktu tu. Sudah sangat lama masa itu berlalu. Maafkan aku thein. :(

Aku dah lupa bahasa yang dia ajar aku dulu. Nyanyok betul. Sigh.

Monday 17 October 2011

Warna

Dulu aku ada kawan, yang kulitnya agak gelap. Lebih tepat, hitam. Dia selalu mengeluh tentang warna kulitnya. Aku kadang-kadang kesian juga. Aku selalu juga beri pendapat tentang produk-produk pemutihan kepada dia. Walaupun kulit dia hitam, tapi hati dia sangat putih. Sangat baik woah dia. Oh. Aku bukan nak cerita pasal kulit pun sebenarnya. Maksud aku, lebih baik orang itu berkulit hitam macam arang sekalipun, daripada dia berkulit putih macam susu tapi, berhati hitam yang serupa jahanam. Sial.

Aku tengah marah sebenarnya dan tiada kaitan dengan warna.

Thursday 13 October 2011

Ponteng

Ponteng. Ya, aku sangat benci dengan itu. Dari aku kecil sampailah begini, aku asyik memonteng. WAKAKAKA. Mungkin terbawa-bawa dari zaman kanak-kanak aku. Yang aku ingat, aku mula kerap ponteng dari umur 10 tahun. Aku tak tahu sebab apakah aku suka memonteng? Ataupun bukan bersebab pun, cuma malas. Wah! Aku sangat bencikan penyakit itu! Damn you.

Ketika sekolah rendah. ( Waktu pagi )

Ita    :   Bangun2.. ( sambil mata tertutup )
Aku  :  ( Tutup muka guna bantal ) Org sakit perut, xnak skolah.
Man :   Taktik. Jgn ngada2 nak ponteng lagi.
Ita    :   Dia mmg sakit perut, mlm td mintak minyak angin.
Aku  :  ( Mamai ) Bila masa pulak? ( dalam hati )
Man :   Hurm.. Pukul 10 siap, nanti pegi klinik.
Aku  :   Yeah! ^_^'

Aku beruntung, mak aku selalu tidak menjahanamkan hasrat aku. Dia selalu menyebelahi aku. Syukur. Aku rasa ingin memeluknya waktu ini. Terharu. MUHAHAHA.

Ketika sekolah menengah. ( Jam 2 pagi )

Aku  :   Tokk tokk.. ( Bunyi pintu di ketuk )
Man :   Haa nape?
Aku  :   Sakit perut.. Nak tido sini boleh? ( Muka taik )
Ita    :   Pegi amek bantal tu. Esok xyah sekolah la.
Man :   Pulakkk..
Aku  :   Yeahhhh!!! : D

Masa sekolah menengah aku mula melebih-lebih sambil membuat gaya sakit. Aku tak tahu kenapa aku tak suka ke sekolah. Padahal semua ok tentang sekolah tu. Pelik.

Ketika sudah memasuki alam pekerjaan.

Man  :  Anak awak keje ke x tu?
Ita     :  Tahlah..

( Pergi ke bilik aku )

Man  :  Hamboi.. Sedap tido. BANGUN!
Aku   :  Penat la, smlm blk lmbt.. Huhu..
Man  :  Kena buang keje tau la.
Aku   :  Lagi suka. ( Dalam hati )

MUHAHAHA. Aku tak tahu kenapa aku begitu malas. Aku rasa kalau ponteng tu macam heaven gila. Golek-golek, jalan-jalan, seronok gila. Mak aku lagilah suka kalau aku tak kerja. Meneman dia shopping. Cisss. Itu matlamat dia yang sebenar.

Tapi yang sebenarnya aku benci. Aku tak nak selalu memonteng. Aku muak. Tapi itulah yang aku suka. Macam mana? Nanti kahwin? Aku harap aku tak malas-malas lagi. Kesian laki aku kang. HAHAHA. Aku teringin duduk dirumah seperti bini Wan Baser dan Naser. Sepanjang masa berkeliaran ke sana ke mari. Cool gila. MUHAHAHA.

Sial. Office aku panas gila sekarang ni. Aku hampir berpeluh. Tak lalu aku nak menaip panjang-panjang. Ok, bye.

Mengular.

Wednesday 12 October 2011

Dia

Dia? Apakah? Aku mahu merepek tentang dia. Aku sangat sayang dia. Sangat. Terlalu. Gila. Tak dapat nak cakap macam mana aku sukakan dia. Sangat comel walaupun agak tua. HAHAHA. Setiap hari tak sabar menunggu malam tiba. Akan bergosip. Bergosip pasal apa pun. Semua akan berakhir dengan gelak tawa. Comel. Kalau dia sebelah aku, dah lama aku lenyek-lenyek guna bantal. Geram.

Waktu aku terkapai-kapai ke sana ke mari dia datang menceriakan aku. Tak suka. Tapi tersuka. Dan sekarang sangat suka. Tuhan. Aku bersyukur kerana ditemukan dengan dia. Yang aku rasa dapat membimbing aku. Tak kira masa. Aku jatuh ataupun bangun. Dia tetap ada memberi semangat walaupun tidak depan mata. Aku tak sehebat paris hilton. Tapi dia masih sayangkan aku. Jika sebaliknya yang berlaku. Aku akan pastikan nasib dia sama seperti seekor nyamuk.

Aku suka mengusik dia. Dia akan jadi gelabah. Sumpah comel. Walaupun tua. Aku tak suka waktu dia mengantuk. Dia akan tinggalkan aku. Sedih. Ok geli. Dalam erti kata lain, dia boleh menjadi ayah aku, mak aku, cikgu aku, kawan aku, adik aku, cinta aku. Semua. Aku sangat beruntung memiliki dia. Dia adalah dia. Dan aku adalah aku. Kami serupa.

Walaupun adakalanya ribut melanda. Sungguh. Aku sangat benci. Rasa ingin membunuh dia. Tidak perlu lagi dia dalam hidup aku. Tapi. Berfikir sejenak. Aku tak boleh tinggalkan dia. Aku takut. Takut tidak lagi berjumpa insan seperti dia. Aku lemah tanpa dia. Sihir apakah yang dia guna? Dia umpama Barney aku. Suka gila.

Aku berharap. Agar aku dan dia berjodoh. Walaupun sangat banyak halangan yang datang. Aku harap aku dan dia dapat bersama menjalani liku-liku kehidupan yang akan datang. Tidak lengkap hidup aku tanpa dia. Sungguh aku sangat rindukan dia. Ingin sekali memukulnya. Buat aku gila begini. Damn.

Terima kasih kepada dia! :' )

Monday 10 October 2011

Cikgu

Sedih.







Aku terpaksa lepaskan jawatan guru tu.







Nak nangis.

Thursday 29 September 2011

Datuk

Sebetulnya aku tak tahu perkataan datuk betul ataupun dato' yang betul. Tapi apa yang aku tahu pangkat dua manusia itu berbeza. Tapi duitnya sahaja yang agak sama. Dan yang paling penting, bukan datuk yang mempunyai ramai cucu ataupun moyang kamu ya, bini kepada Wan Baser? MUHAHAHA. Bercakap pasal datuk, aku hairan. Ada juga segelintir yang suka bertanyakan soalan tentang datuk-datuk tua itu. Ops, bukan tua, tetapi terlebih matang. Bukan soalan untuk menaikkan nama datuk itu tapi untuk menjahanamkan datuk tersebut. Kesian.

Situasi ketika aku sedang semangat menyanyi.

Dia  :  Semangat betul. Apasal?
Aku :  Yeke? Sukati aku la. Jangan sebok.
Dia  :  Weh.. Kau xnak skendel dgn datuk ke?
Aku :  Soalan jahanam apa kau tanya aku ni?!
Dia  :  ( Sudah mula takut kerana aku bercakap dengan nada tinggi )
Aku :  Ada ke orang bodoh yang xnak? Kau je bodoh xnak.
Dia  :  Bongok!

Ada ke manusia yang tak nak? Aku rasa dia ada masalah. MUHAHAHA. Bukan kau buat apa pun dengan datuk tu, kau hanya perlu menggosok duit orang tua itu sahaja. Simple.


Situasi ketika aku sedang memikirkan masa depan.

Aku :  Aku xsimpan pape harta pun lagi weh. Kesian x?
Dia  :  Kau la bodoh sangat.
Aku :  Apasal pulak aku bodoh? Kau lagi bodoh dr aku. MUHAHAHA.
Dia  :  Senang kau ngorat jela datuk2 tua tu.
Aku :  Aku ade jugak pikir camtu. Carikkan lah!
Dia  :  Ah. Tambah dosa kering aku je.
Aku :  Pulak dahhh..

Ini lagi satu hal. Dia cakap tambah dosa kering. Yang dia suruh aku cari tu? Bukan dosa besar ke yang aku dapat nanti? Ganggu rumah tangga orang. Cilanat, sengaja mahu aku seorang sahaja yang berdosa.


Situasi ketika aku sedang memandu tanpa arah tuju.

Dia  :  Kau hepi dgn hidup kau skrg?
Aku :  Hepi je, awat?
Dia  :  Duit kau cukup?
Aku :  Boleh la.. Kalo xcukup aku mintak man ngn ita. Apasal kau?
Dia  :  Jom carik laki kaya nak? datuk ke.. Kau nak?
Aku :  Xnak aku. Erm.. Tp klo ade lebih, nak jugakkk..

Rezeki jangan ditolak. Adakah kau fikir aku sangat gilakan harta? Tak. Aku rasa semua orang dalam dunia ni suka pada kekayaan. Tapi aku tak naklah menumpang, aku nak harta aku titik peluh aku. Tapi kalau ada yang mahu tumpangkan, nak jugakkk.. MUAHAHAH.


Pendapat aku, sangat beruntunglah sesiapa yang bergelar datuk. Tak payah datuk lah, cukup kau kaya raya, semua orang akan suka. Serious. Muka kau pecah macam longkang ke, tetap sahaja ada gadis-gadis yang jatuh hati. Tapi yang kaya tetapi tak kacak tu, kalau kau berlagak kacak sebab ramai gila awek-awek yang sukakan kau, aku memang nak lempang muka kau. Orang suka duit kau, bukan muka kau. Jangan terlalu perasan ya kamu-kamu yang tidak kacak tetapi awek keliling pinggang.

Begitu juga dengan wanita-wanita kaya yang berjaya. Pasti ada sahaja laki muda yang badan ketul-ketul akan tersangkut dengan duit kau. Bukan dengan kau. Untung badanlah. Walaupun badan kau macam pokok jati, kau sangat bertuah. Itulah yang dinamakan lumrah dunia. Yang kaya diatas, yang miskin dibawah. Konsep bela dan dibela sekarang ni dah jadi trend. Itu atas hak masing-masing untuk berfikir mana baik dan buruk. Tapi bagi aku, aku suka laki tu bukan sebab dia kaya ke apa, asal dia boleh buat aku ketawa, dah cukup. Tapi kalau dapat yang kaya, nak jugakkk.. WAKAKAKA.

Sebab tulah sekarang ni aku mahu kerja rajin-rajin dan mahu menjadi kaya. Alasan?


Rahsia. MUHAHAHA.


Berangan main gosok-gosok dengan Datuk. 

Wednesday 14 September 2011

Cuaca

Serious, aku sangat sejuk sekarang ni. Aku rasa aku hampir mengecut dan membeku. Lebih-lebih lagi sekarang ni sedang hujan. Aku perlukan seseorang untuk aku peluk. Kamu mahu? Tak payah. Aku lebih rela berpelukan dengan batang pokok daripada berpelukan dengan kau ya makcik kejora. WAKAKAKA.


Situasi ketika cuaca sangat panas.

Aku  :  Weh! Panas gile weh!
Dia   :  Ala tahanlah sikit, kat neraka nnti kau lagi panas.
Aku  :  Cibai kau.

Bila aku cakap aku sedang panas, mereka pasti akan menjawab, neraka lagi panas. Eh. Kau sangat pasti ke yang aku akan masuk neraka? Siapa yang berkata begitu, you memang syaitan ok. Tahi kau lah nak tentukan aku masuk neraka atau tak. Damn you.

Situasi ketika cuaca sangat sejuk.

Aku  :  Weh! Sejuk gile weh!
Dia   :  Kau ni sejuk xboleh, panas xboleh. Mengada betul.
Aku  :  Aku sdg menikmati kesejukan dr syurga.
           Kau xsejuk kan, itu adalah ujian kecil utk kau masuk neraka. HAHA!
Dia   :  Gila..!@!*(&*(


See, kalau aku sedang sejuk, kau tak cakap pula yang aku akan masuk syurga. Haih. Itulah manusia, suka berfikiran tidak baik. Aku cakap macam tu sebab aku pun sama juga. Tapi aku sedang cuba untuk selalu berfikiran positif. Walaupun agak sukar. HUHU. Oklah aku mahu berjalan-jalan memanaskan badan. Bai.

Panas bising, sejuk bising. Macam-macam.

Monday 12 September 2011

Mayat

Tiba-tiba aku jadi seram sejuk pula bila letak tajuk macam tu. Oklah, kali ni aku nak bercerita tentang kisah aku ketika pergi melawat ke rumah orang meninggal. Waktu tu aku masih kecil, dalam darjah 3 macam tu, aku rasalah. Mungkin masa tu aku terlalu kecil dan tak tahu apa yang aku buat. Tapi bila sekarang ni, bila aku fikir-fikir balik. Eh, alamak. Apa jadi agaknya selepas aku balik dari melawat orang meninggal tu eh? Banyak andaian telah aku buat. MUAHAHA.

Situasi ketika melawat orang meninggal adalah sedikit bosan. Kerana waktu tu aku belum pandai baca Al-quran, cuma alif ba ta sahaja. Jadi aku kebosanan. Orang-orang tua semuanya sedang membaca. Jadi bila aku tak tahu mahu buat apa, aku mendapat idea untuk ikat mengikat. Disebalik mayat tu ada tirai. Jadi ramailah orang berada dalam tirai tu untuk melihat wajah arwah buat kali terakhir sambil membaca surah yasin.

Waktu tu aku duduk di antara penjuru dua tirai. Jadi aku buat keputusan untuk mengikat penjuru tirai tu dengan kain makcik-makcik yang berada berhadapan dengan tirai tu. WAKAKAKA. Aku mengikat kain mereka sangat kuat bersama dengan tirai-tirai tu. Ikat mati kater. Tak salah aku yang sudah aku ikat ialah tiga makcik yang malang. Dan selepas aku siap mengikat, aku ketawa seorang diri. Mak aku hairan dan terus mencucuk pinggang aku tanda amaran. Cis.

Tapi apa yang aku kesalkan, aku, mak dan nenek balik awal daripada makcik-makcik tersebut. Aku kecewa. Aku kecewa kerana tidak dapat menyaksikan apakah aksi yang bakal berlaku. Mak dan nenek jahat. Kata-kata aku ketika itu kerana membuatkan aku kecewa yang teramat. Mungkin mereka malu dengan gelak jahat aku ketika itu, macam tidak hormat pada kematian malah bersuka ria bergelak tawa. MUHAHAHA.

Andaian yang aku buat ketika aku sudah pulang ke rumah.

- Mungkin ketika makcik tersebut bangun, semua tirai-tirai melonjak kedepan dan akan serengkupkan manusia-manusia yang berada di dalam tirai tersebut.

- Mungkin juga ketika salah seorang makcik itu mahu mencium mayat itu, semua tirai jatuh kedepan dan akan membuatkan muka makcik itu melekap pada muka mayat.

- Dan mungkin juga ketika makcik tersebut mahu pulang, mereka akan menyeret tirai tersebut hingga ke rumah mereka.


WAKAKAKA!


Kasihan ya pada makcik-makcik tersebut dan juga pada mayat itu. Aku harap mereka pasrah dan akan memaafkan aku yang tidak tahu mana baik dan buruk waktu tu. Maklumlah budak darjah 3. HUHUHU. Nak mampos agaknyalah aku ni. Masa kecil pun aku dah buat perkara yang begitu jahanam. Jadi tak hairanlah kalau banyak benda jahanam yang aku buat masa aku dah besar. Benda jahanam tu bukannya menjahanamkan diri aku, cuma perkara-perkara nakal. MUHAHAHA. Tapi sekurang-kurangnya aku banyak gila kenangan yang dapat aku ingat bila aku tua nanti. Mahu cerita bersama dengan suami sambil minum kopi kaw-kaw. :D

Sebenarnya aku baru tahu cara mengikat waktu tu.

Thursday 8 September 2011

Kulat

Aku rasa sangat bodohlah tajuk aku tu. Aku tak tahu mahu letak tajuk apa. Tak mengapalah kulat pun kulatlah. Bercakap pasal kulat, aku ada pengalaman yang sangat mengerikan dalam hidup aku. Aku rasalah. Ok, mungkin cerita ni dah lama bertahun-tahun dulu tapi sampai sekarang aku tak dapat lupakan. Cerita ni bukan untuk mengutuk ke apa ke. Sekadar kenangan masa lalu aku.

Ok, dulu aku pernah tidur rumah kawan aku. Dia tinggal berdua, bujang. Aku tak ingat kenapa waktu tu aku mahu tidur rumah dia. Yang aku pasti rumah tu rumah kampung setingkat, mereka menyewa sudah hampir 2 tahun. Bila sampai sahaja di rumah itu, aku jadi tak sedap hati. Bukan sebab aku rasa ada hantu, tapi keadaan luarannya yang macam jahanam. Ya, sangat jahanam. Lalang dan rumput sangat teruk, macam hutan. Tahi-tahi kucing bersepah sana sini macam daun-daun kering.

Sial.

Aku cuma berkata dalam hati, tidak mahu kecilkan hati kawan aku tu. Sebab nanti aku tiada orang suruhan lagi. WAKAKAKA. Ok, aku cuma bergurau sahaja. Bila dia buka pintu, wah! aku sudah mahu pengsan. Bau bangkai. WAKAKAKA. Sial betul, dia tak pernah bau ke? Ataupun dia dan kawan nya ada masalah hidung? Aku sudah rasa sangat menyesal kerana mahu tidur di rumah dia. Aku menyesal tidak mengambil serius gurauan mak aku sebelum aku mengambil keputusan mahu tidur rumah kawan.

Situasi ketika aku dan mak sedang bergolek-golek tengok TV.

Aku  :  Org nak tido umah kawan esok. Boleh x?
Ita    :  Sejak bila nak tido2 umah kawan ni? Boleh hidop ke?
Aku  :  Awat pulak? Jeles ka? Rindu ceq la tu?
Ita    :  Tak heran. Kan pantang tido umah org lain?
Aku  :  Hype! Itu dululah. Anak mak da besaq.
Ita    :  Ok, jangan balik awal pulak nanti. (Senyum perli)
Aku  :  Elehhhh..

Aku rasa waktu tu aku menyesal tak ambil pusing kata-kata mak. Serius, aku tak boleh tinggal lama lagi kat rumah kawan aku tu. Aku tidur sebilik dengan kawan aku. Bilik dia oklah aku tengok masa aku letak beg dalam bilik dia tadi. Bila aku nak pergi dapur, nak basuh tangan, bilamana aku pijak sahaja lantai dapur dia, aku hampir menjerit. Berkulat-kulat hijau dan sangat berlendir. Jahanam. Aku sangat geli. Sumpah.

Babibabibabi.

Aku membebel dalam hati. Aku tak tahu manusia apakah mereka? Nampak luaran mereka tak adalah seteruk dan nampak bersih sahaja. Aku sangat hairan. Aku bukan mahu mengutuk tapi kenyataan. Bila malamnya pula, waktu nak tidur, aku sangat sejuk. Tapi aku tak cakap pun dengan kawan aku. Selang beberapa minit kemudian, kawan aku berikan selimutnya kepada aku. Diletakkan ditepi aku. Aku nak muntah. Selimut yang bau sangat hancing. Puaka betul lah minah-minah ni.

Situasi ketika dia mahu memberikan aku selimut.

Dia  :  Nah, amek la selimut, sejuk malam2.
Aku :  Eh.. Haa letaklah dulu.
Dia  :  ( Meletakkan selimut ditepi muka aku )
Aku :  Weh! ( Aku terperanjat bau hancing yang begitu teruk )
Dia  :  Hah, kenapa?
Aku :  Aku tak sejok la, ko jela guna. Aku slalu panas bila malam.
Dia  :  Ok..
Aku :  ( Stupid! )

Waktu tu aku rasa macam nak tonyoh je muka dia dengan selimut tu. Tak pernah basuh ke seumur hidup? Jahanam betul perangai. Aku kesejukan malam itu, tapi aku lebih rela kesejukan daripada menggunakan selimut berpuaka itu. Damn. Dan aku balik kesokkan harinya. Niat nak tidur tiga hari, tapi sehari pun aku rasa macam setahun. Aku malas nak cerita tentang bilik air mereka. Aku rasa macam nak bunuh diri. Aku terpaksa gunakan stokin aku yang comel sepanjang berada di rumah mereka. Sekarang ni aku dah serik. Aku tak mahu tidur rumah puaka itu lagi. Ngeri.

Ita ketawakan aku macam nak mati bila aku bercerita kejadian tersebut. Jahat.

Thursday 25 August 2011

Tak lapar

Hari ni tekak aku buat hal. Perit gila rasa. Oh, macam sangat mahukan air waktu ni. Benci. Dari tadi aku asyik membelek-belek menu makanan. Tak rasa lapar langsung, tapi rasa mengidam. Apakah?


Ohh.. Aku tak puasa rupanya.


Wakakakaka.

Wednesday 24 August 2011

Situasi

Aku sedang dengar lagu situasi dari Bunkface, jadi aku rasa aku nak bercerita tentang situasi. Ok, bercakap pasal situasi, aku sangat peka dan teliti dengan sesuatu situasi, misalnya keadaan persekitaran dan bau-bauan, contohnya begitulah. Kalau aku makan ditempat yang kotor, sepanjang berada dikedai makan itu, muka aku akan jadi masam semasam masamnya. Bukan nya aku nak cakap aku punya perangai teruk, tapi sungguh, aku tak boleh. Aku tahu ada juga kawan-kawan aku yang  tak selesa bilamana mereka ajak aku makan contoh tempat aku tak suka, aku akan buat muka. Mungkin orang-orang tak tahu tentang aku, jadi aku lantakkan sahaja.

Bila tempat busuk-busuk pun aku tak boleh. Sebab tu juga aku jarang tinggal perfume dalam beg aku. Benda itu sangat penting. Aku sangat mahu mati bila dikelilingi dengan orang-orang yang bau sedikit masam. Tsk. Bila terlepas dari mereka, cepat-cepat aku sembur minyak wangi. Aku rasa aku ada penyakit bauan. Aku adakalanya tak sedar yang tiba-tiba aku akan berkelakuan begitu. Kadang-kadang aku tak perasan, dan kadang-kadang ada juga kawan-kawan aku yang kecil hati dengan perangai aku itu. Aku sedih. Aku terasa. Dia memang jahat. Tak langsung fikir hati aku. Bangang.

Situasi ketika berada dikedai makan yang tak berapa nak bersih.

Aku  :  ( Sedang buat muka sambil tengok keadaan sekeliling, geli. )
Dia   :  Ko kenape weh?
Aku  :  ( Diam )
Dia   :  Lerrr..
Aku  :  ( Sembur perfume, tapi kat baju aku jelah )
Dia   :  Ko ni kenape? Bila pegi tmpt2 cani ko buat muke, nmpk sgt ko xsuke. Bila
           nak mkn nk minum ko sebok nak lap itu ini. Teruk sangat ke??
Aku  :  ( Cilabi, aku tekejut gila dia cakap macam tu. Aku malu gila. Sial. )
            Babi kau. Aku mmg xsuka, so what??? ( Aku terus tinggalkan dia. )




Jahanam.



Aku sangat terasa hati bila dia cakap macam tu. Semua perkara tu terjadi secara spontan, aku pun tak sedar aku buat muka ke, aku sembur minyak wangi ke, aku lap itu ini ke, aku bukan nak buat macam tu pun. Babi. Aku benci dia. Aku rasa nak nangis waktu tu. Tsk. Itu hak aku lah aku nak buat apa, kalau kau tak suka aku buat perangai macam tu, kau boleh berambus. Tak payah sibuk-sibuk nak kawan dengan aku bagai. Aku selesa dengan diri aku, hidup aku. Dan aku rasa perkara tu semua normal sebab ada juga kawan-kawan aku yang perangai macam tu. So kalau kau kawan dengan aku sekadar mahu mengkritik aku, kau boleh pergi jahanam sana. Aku tak perlu kawan macam kau. Cukup.

Lantak kau nak fikir aku apa, janji aku sangat happy dengan hidup aku.

Friday 12 August 2011

Janji

Aku memang sangat benci dan meluat dengan orang yang selalu mungkir janji.



!!! KAU MEMANG MACAM JAHANAM !!!



Buat janji pandai, dah sudah kau bagi macam-macam alasan. Memang sial kan.

Tuesday 9 August 2011

-_-'

Aku tak lapar.






Aku tak lapar.








Aku tak lapar.







Ok, gagal. Aku lapar sebenarnya. Malam tadi kami sahur pukul sebelas. Apakah? Aku tak sempat mahu minum walaupun sedikit air. Jadi sekarang air liur aku hampir kering kerana aku asyik menelan dari tadi. Sedih. Aku sudah sangat kritikal y'all seperti orang-orang yang sedang mengalami masalah kebuluran. Huhu. Aku mahu saman man dan ita kerana membiarkan aku kelaparan dengan sebigini teruk. Tapi aku rasa mereka juga sedang kelaparan macam aku juga. WAKAKAKA. Sudahlah, aku tidak mahu mengata mak dan ayah aku di bulan puasa ini. Tsk. Kesian tersedak nanti.

Aku mahu pergi bazar di seksyen 13 balik nanti. Wah aku dapat bayangkan gila banyak. Eh, banyak gila. Bukan, gila sangat banyak makanan disana. Aku nak beli :
Nasikerabuayampercikkababrotijohnkuihkocirotijalakaripapsardinkekcoklatairtembikaiairepal.
WAKAKAKAKA! Harus bawa beg yang besar agar orang sekeliling yang kenal dengan aku tidak membuat anggapan buruk pada aku. Hikhik. Aku tak suka macam tu. Lagipun tak mahulah sebab aku nanti mereka berdosa. WAKAKAKA.

Aku rasa aku sudah terlalu banyak membebel. Daripada aku membebel baik aku tengok cerita korea. Oh ya, aku rasa aku sudah jatuh cinta pada pelakon lelaki itu. Damn. Siapa? Tak mahu beritahu, aku tidak mahu kongsi dengan kamu. Tapi aku macam kesian pula dengan Farid Kamil. Aku sudah mula lupakan dia. Harap dia tidak stress dengan keputusan aku ni. Eh tapi kalau aku sudah rasa bosan dengan pelakon lelaki itu, aku akan cari Farid Kamil kembali. Jadi Farid Kamil, kamu harus senyum kembali ok? WAKAKAKA! Sudahlah, gila aku macam ni. Aku mahu jumpa teman lelaki korea aku. Bai.

Masih lagi lapar.

Thursday 4 August 2011

Manusia

Aku mengaku memang aku sedikit jahil dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama. Tapi sekarang ni bila umur aku sudah meningkat, aku cuba berusaha untuk mendalami lagi hal-hal agama. Memang waktu zaman remaja aku, aku jahil. Kau boleh tegur aku dengan cara baik, dan aku akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Tetapi jika teguran kau itu sekadar untuk menjahanamkan maruah aku. Maaf. Kau salah orang.


Situasi 1 ( Depan kawan aku )

Dia  :  Awk ni akak xpenah pun tgk kat surau?
Aku :  Errrr..

Situasi 2 ( Depan papa gula )

Dia  :  Awk tak solat ke?
Aku :  Saya.. Ermmm.. Errrr..

Situasi 3 ( Depan akak-akak yang lain )

Dia  :  Akak tengok awk jarang2 ke surau. Solat kat rumah?
Aku :  Aihhh.. ( Tunduk malu )


Semua situasi diatas dia akhiri dengan memberikan senyuman sinis kepada aku. Ok. Memang aku malu bila melalui situasi-situasi diatas. Sangat malu. Sebabnya dia tegur aku depan ramai orang. Time aku duduk tebongkang sorang-sorang tak nak pula dia tegur.
Apa motif? Nak malukan aku depan semua orang? Damn. Waktu tu aku rasa maruah aku macam dipijak-pijak. Sial. Dia menjaja cerita aku dekat orang lain cakap aku itulah inilah.

Memang super tahik!

Aku tak berapa kisah kalau kau, orang yang memang pandai hal-hal agama ni. Aku malas nak ambil kisah apa yang kau buat kat aku sebab kalau dah tahap melampau. Memang kau nak mamposlah setan. Dari segi pemakaian, aku tengok kau taklah alim sangat seperti mana yang kau canangkan. Tudung paras atas dada, kau pkai baju-baju ketat dan jarang, bila keluar kau pakai tudung ala-ala siti, nampak semua dada dan leher kau yang tebal tu. Kau dan aku tak ada bezanya.

Sedang aku membelek-belek majalah avon, aku lihat ada sesetengah muka surat yang  telah dilipat. Bila aku tengok, nama akak tu terpampang. Bila aku tengok-tengok apa yang dia pesan, aku terkejut. Semua krim dan losyen yang berkaitan dengan pembesaran buah dada. Apakah? Apakah? Apakah? Aku tak hairan kalau dia sudah berkahwin dan mahu beli benda-benda begitu. Tapi dia yang masih belum lagi berkahwin dan umur mahu mencecah ke angka 5, membeli benda itu. Kau nak tunjuk pada siapa? Damn.

Aku masih lagi terkejut.

Sejak dari itu, aku pula memandang sinis padanya. Walaupun dia tak tahu apa yang menyebabkan aku memandang dia dengan sebegitu rupa. Lantaklah. Aku memang tak suka dia. Ok. Sedang aku duduk melepak dengan kawan-kawan aku, dia sedang menuju kearah aku. Aku tahu, mesti dia mahu memalukan aku lagi. Aku sangat berdebar-debar waktu itu. Aku mula berpeluh. Tahi.

Kawan  :  Weh kawan baik kau da datang.
Aku       :  Hotakkk kau..
Kawan  :  ( Gelak-gelak )
Aku       : Bangang!

Akak itu tepat berdiri di depan aku.

Dia  :  Dah solat ke?
Aku :  Belum.
Dia  :  Mana boleh tak solat? Awak dari dulu akak tengok susah nak ke surau.
          Kenapa?
Aku :  ( Muka sudah sangat merah )
Dia  :  Ada masalah?
Aku : Oklah sy ngaku mmg sy jahil. Tapi sejahil sy pun, sy tak besakan tetek mcm
         akak.

*
*
Hambek!
*
*

Ok, aku sudah terlalu geram sampaikan mengeluarkan ayat-ayat yang sebegitu rupa. WAKAKAKA! Bila aku kenang balik, aku gelak macam nak mati. Aku macam rasa segala perasaan tak suka aku pada dia terus terkeluar. Aku sangat lega. Puas hati aku. Aku dah tak fikir tentang hati dia sebab dia langsung tak pernah fikirkan tentang perasaan aku. Selepas kejadian itu, dia tidak lagi menegur aku. Mungkin malu. Mungkin juga marah. Terserah. Aku tak perlukan kawan sebegitu. Aku tak kisah kau nak tegur ke apa, tapi mestilah kena tempatnya. Damn.

Tapi oklah sekarang ni aku dah berbaik dengan dia. Aku pun sekarang tak lagi sejahil dulu. Mungkin sebab tu dia mula mahu berkawan dengan aku. Apakah? Suka hati dialah. Aku malas nak ambil tahu. Tapi kawan-kawan aku juga menyokong tindakan aku. Rupanya dia memang suka memalukan orang lain. Hurm tapi aku kesian juga dengan dia. Aku ok saja berkawan dengan orang lain kalau kau pandai jaga diri dan tak kacau hidup aku.

Jangan suka mencari kesalahan orang lain kalau diri kau belum cukup baik.

Wednesday 3 August 2011

Dugaan

Ya, memang dugaan. Kerana dari tadi aku asyik TERlihat iklan-iklan makanan dan juga minuman. Apa motif tunjukkan makanan dan juga minuman itu sebelum berbuka? Damn. Aku jadi sangat lapar. Walaupun aku belum boleh berpuasa tapi aku sedang berada di office, jadi tidak ada bezanya aku dengan orang-orang yang berpuasa. Mereka yang berpuasa beruntung kerana bersahur. Aku yang tidak berpuasa tidak dikejutkan untuk bersahur. Sedih. Pagi-pagi lagi di office aku sudah berasa lapar. Tsk.

Kami dirumah bersahur antara jam 12 setengah ke pukul 1 setengah pagi. Kalau terlajak ke pukul 2 atau 3, sudah dikira sangat lambat. Apakah? Macam mananlah aku tak melempeng kalau puasa. Pagi-pagi lagi pukul 8 atau 9, cacing-cacing dalam perut aku sudah berjoget. Kasihan. Tapi tidak mengapa, biar cacing-cacing itu berdiet. Bukan selalu. Mungkin sebab mereka aku jadi lapar. Aku tak suka. Boleh buang tidak? Sigh.

Aku harap cepatlah masa ke pukul 5. Aku sudah mula pening kepala. Tak selera mahu buat apa-apa kerja. Cuma berselera untuk merasa sedikit milo ais. Huu. Aku harus menelefon mak aku untuk menghantar sedikit juadah. HAHAHA. Aku sudah tak larat mahu ketawa ataupun menaip. Otak aku juga sudah kekurangan idea untuk menghasilkan sebuah karya. Bila aku sudah kenyang nanti aku sambung menulis blog lagi. Bai.

Ayam golek tergolek-golek.

Tuesday 2 August 2011

Puasa

Rasanya macam baru sahaja aku berpuasa tahun lepas, tapi sekarang bulan ramadhan datang lagi. Mungkin kerana aku baru sahaja habis ganti puasa, sebab tu tidak terasa sangat agaknya, opsss. Aku harap cuaca taklah panas sangat bulan ni, sebab kalau cuaca panas, tekak aku meronta-ronta mahukan air, aku tak suka. Nanti mengganggu konsentrasi aku untuk berpuasa. Dan aku berharap agar penyakit gastrik aku tidak muncul di bulan puasa ini. Tapi aku macam sudah terasa sikitlah. Sikit sahaja kerana aku belum boleh mula berpuasa lagi. Sedih. Tapi bahang gastrik sudah mula aku rasakan. Apakah? Wakakakaka!

Diamlah. Aku tipu sahaja.

Jadi di bulan yang mulia ini aku tidak mahu merepek benda-benda yang tidak berfaedah. Aku mahu menjadi sedikit ustazah. Sedikit? Apakah? Boleh gitu? Aku patut masuk dalam rancangan ustazah pilihan. Layak kah aku? Tolong doakan untuk aku y'all. Ok serious.

Aku mahu mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk memohon maaf diatas kesalahan-kesalahan yang telah aku lakukan pada kamu semua. Ayat-ayat ni bukan untuk hari raya ke? Apa-apalah. Aku mahu menjadi insan yang baik dari segi luaran mahupun dalaman. Ok geli. Tapi aku memang mahu begitu. Tsk. Aku tak sabar sebenarnya mahu mula puasa. Huhu. Aku rasa macam terpinggir sahaja bila tidak berpuasa. Macam semua orang sedang memandang sinis pada aku bila aku juga sibuk berebut-rebut mahu beli murtabak di bazar. Damn. Aku sudah mula terasa lapar. Eh. Ok, selamat berpuasa y'all!

Tak sabar mahu raya sebenarnya.

Sunday 31 July 2011

Doktor

Sekarang ni setiap hari aku pening. Aku sudah pergi ke klinik, doktor cakap kondisi aku semua normal. Tapi itu aku pergi sebulan yang lepas, dengan niat mahu ambil MC, tapi sudah alang-alang, aku mahu check sekali. Serious, aku tidak suka dengan doktor lelaki itu, macam bodoh sahaja. Klinik itu di Shah Alam, klinik yang mana aku pergi terpaksa aku rahsiakan kerana tidak mahu doktor itu stress. ( dia baca blog aku kah? )
Oklah, mahu cerita.

Dia  :  Ok, sakit apa?
Aku :  Saya selalu pening la dokter.. Saya xtau nape cube doc cek dulu..
Dia  :  Ok, baring sini.
Aku :  Hee.. :)
          ( aku suka sebab aku terlalu letih, jadi boleh aku bongkang sekejap )
Dia  :  ( check guna menatang apa entah dekat dada aku )

Lebih kurang 5 minit berlalu

Aku :  ( makin kencang jantung aku ) Lamanya? Belum lagi ke? Ok x?
Dia  :  ( jadi bisu, muka gersang. Wakakakak! )
Aku :  ( makin takut )
Aku :  Dokter, sy sakit kepala bukan sakit dade. Apa kaitan dengan dade???
Dia  :  Ok ok..
Aku :  Babi! ( dalam hati )

Oleh kerana aku sudah mula rasa was-was, jadi aku terpaksa cakap begitu. Kerana aku rasa macam mahu kena rogol. HAHAHA. Ok tak lawak, tapi aku memang rasa begitu. Lagi pula doktor itu tidak berapa handsome, jadi aku berasa takut. Tapi aku rasa kalau doktor yang periksa aku itu handsome, aku boleh tahan kira-kira 10 minit lagi untuk sesi mengecheck dada aku. Ok tipu, aku memang tidak mahu. Jangan pandang hina pada aku y'all. Aku tidak sehina itu. Aku sumpah kau jadi siput BABI nanti.

Eh, terguna huruf besar pula. Maaf.

Jadi kesimpulannya, doktor kata aku normal. Tiada sakit apa-apa mahupun terkena gangguan makhluk halus. Jadi jangan takut dengan aku y'all. Aku tidak bela hantu. Mungkin sebab doktor terlalu sangat check dada aku, jadi dia tidak tahu aku sakit apa. Damn. Kenapa perkara-perkara begini selalu terjadi dalam keadaan sekeliling aku? Tahi. Tapi aku risaulah aku ini sakit apa. Pening-pening loya macam orang mengandung. Nak kata aku mengandung tu, jauh sekali. Aku tidak rela mengandung sebelum kahwin. Tapi..

Kalau mengandungkan anak Farid Kamil, aku mahu.

Wakakakakaka!

Thursday 28 July 2011

Siput

Bercakap pasal siput, aku nak gelak dulu, wkakakakaka! Ok, masa aku di kampung dulu biasa lah, sangat banyak binatang atau serangga yang tidak dapat dilihat bila kita berada di kawasan bandar. Aku tidak berapa suka balik kampung sebab masa aku kecil dulu, waktu itu hujan lebat dan ade segrombolan (segrombolan?) cacing sedang mahu mengawan, aku rasalah. Aku jadi sangat geli, sangat y'all. Jadi sejak dari itu aku sudah takut untuk pulang ke kampung, aku takut nak duduk dibawah, aku sangat takut untuk pijak lantai, semua tentang kampung aku takut. Bukan tidak suka dengan kampung, tapi geli dan takut dengan cacing.

Damn kau cacing.

Sebelum cerita ini jadi cerita cacing, baik aku hentikan. Sekarang aku mahu bercerita tentang siput. Lebih tepat, siput babi. Ketika itu aku sedang duduk ditangga sambil kaki diletakkan keatas kerusi, ya macam kurang sopan, tapi aku takut kalau-kalau ada cacing yang mahu melekat pada kaki aku. Memang aku rasa aku akan mati waktu itu. Bodoh, aku sedang geli geleman sekarang ini. Ok, bebalik kepada cerita asal tadi, adalah sepupu sepapat aku sedang bermain kejar-kejar. Tapi fakhrul tidak bermain, dia lebih suka mencari-cari serangga. Waktu itu dia berumur 5 tahun.

Sedang dia leka mencari. Dia panggil aku sambil menunjuk ke arah seekor siput babi.

Dia  :  Cuba tengok siput tu..
Aku :  Awat? Malas la ceq nk bgn.. Ckp jela. (geli)
Dia  :  Ala cepatlah! (nak nangis)
Aku :  Mane? (sambil cubit lengannya sedikit, ok tipu sahaja sebab maknya sedang
          menyapu)
Dia  :  Tu.. (Menunjuk kearah siput babi yang cengkerang sedah pecah)
          tapi siputnye da xde, tinggal babi nye je..
Aku :  (Gelak macam nak mati) Itu bkn babi la weh! Wakakakaka!
Dia  :  (Menangis)

Budak-budak.. Perkataan siput babi diambil serius. Tapi betul juga, kalau cengkerang itu siput, mestilah yang dalamnya babi. Ke memang macam itu? Atau aku yang tidak tahu? Aku keliru. Tapi kejadian tersebut telah menjadikan salah satu pekara yang membuatkan aku ketawa seorang diri. Jadi sekarang ini aku tidak lagi memakan siput sedut disebabkan oleh kejadian itu. Aku bayangkan apa yang fakhrul cakap. Aku bayangkan siput sedut macam siput babi. Sudahlah, aku rasa macam kurang sopan bila menaip perkataan babi. Ok, babi. Eh, ok bai.

Tapi kadang-kadang aku makan juga siput babi, maksud aku siput sedut.

Tuesday 26 July 2011

Hati

Kalau nak di ikutkan, hati aku memang sudah sangat ranap. Ya, aku hairan kenapa ada segelintir kawan-kawan aku yang selalu sangat nak mempergunakan aku untuk kepentingan diri sendiri. Mungkin sebab aku terlalu open minded jadi mereka langsung tidak mempedulikan hati dan perasaan aku. Ok, memang geli. Aku juga rasa begitu bila aku sedang menaip ayat-ayat tadi. Damn. Tapi mampuslah, aku memang sangat geram. Main langgar sesuka hati kau. Kau ingat aku balaci kau ke sial?

Mungkin juga salah aku kerana selalu wujud perasaan kesian dalam diri aku. Walaupun kau buat jahanam dengan aku, aku tetap diam tidak mahu kau kecil hati dengan kata-kata aku bilamana akan ada ayat-ayat pedas yang akan keluar nanti. Itupun kalau aku sangat marah baru kau akan tahu macam mana hantu nya aku ini. Ok, aku memang tidak suka marah sebab kalau aku marah nanti aku akan jadi sangat benci pada kau, pada kroni kau. Jadi aku lebih suka beremosi.   

Memang aku selalu nampak happy dan selalu tidak ambil kisah dengan setiap perangai manusia yang lain. Kerana jika aku selalu mahu menyibuk hal orang lain, aku akan menjadi kaki gosip. Jadi tidak ada bezanya antara aku dengan manusia-manusia di office aku itu nanti. Cukuplah, aku sudah tidak mahu menambah dosa kering. Kalau kau mahu, itu kau punya pasal, tapi jangan sesekali mahu libatkan aku dengan perangai busuk kau itu.

Jangan buat tahi dengan aku.

Monday 25 July 2011

Durian

Aku sebenarnya tidak berapa suka makan durian. Tapi sejak akhir-akhir ini aku macam suka pulak. Itu pun disebabkan oleh satu kejadian yang tidak dapat aku pastikan samada betul atau tidak. Kalian tentukan. Kejadian itu bermula dari..

(Rumah nenek kawan aku)

Nenek   :  Nah makan, sedap ni atuk baru kutip kat belakang..
               (sambil terbongkok-bongok bawak durian)
Aku       :  (Terkejut, mampos aku xboleh bau durian)
                Sorry la nek, saye xmkn durian, nti sy pening.
Nenek   :  Laa.. Cuba la rase sikit, sedap.
Kawan  :  Nek, dye tipu je.. Dye ni hantu durian, artu tgk mkn byk gila.
Aku      :  Cilabi! Bila masa pulak aku makan durian! Aku xpenah ok! (dalam hati)
               Err..
Nenek  :  Dah, jgn malu-malu, jom makan!

(Atuk hulurkan durian pada aku)

Aku tak sanggup kecewakan atuk dan nenek. Jadi aku paksakan diri untuk makan juga walaupun sedikit. Waktu itu aku macam mahu mati. Aku sangat tidak tahan dengan baunya. Ok, suapan yang pertama boleh dikira agak baik, manis campur pahit. Aku tidak tahu bagaimana untuk aku ungkapkan. Mungkin dalam erti kata merapu, mahit. Mahit? Apakah?

Bila nenek lihat aku macam sudah tidak sanggup lagi untuk menelan, nenek bercerita. Mungkin cerita benar atau nenek sengaja mereka-reka cerita bagi menakut-nakutkan aku. Kisahnya bermula lebih kurang macam ini..

" Jangan benci makan durian, sebab oarang-orang yang tak suka makan durian ni, orang tu nanti lambat kahwin. Nenek tak tipu. Cuba tengok along tak kahwin-kahwin pun lagi. Dari kecik sampai sekarang langsung tak pernah nak merasa durian, sebab itu lah.."

Bila aku fikir-fikirkan balik, memang betul juga apa yang nenek katakan. Sebabnya :

Kamal     - 31, masih mencari
Khairil     - 29, setia menunggu
Kina        - 28, stress soal cinta
Kamila    - 29, naik kematu tunggu pakwe masuk meminang

Mereka diatas adalah antara manusia-manusia yang tidak suka makan durian, dan sampai sekarang mereka masih belum berkahwin lagi. Kau perasan tak semua nama-nama diatas semuanya bermula dengan huruf 'K'? Yang ini aku berasa sedikit selamat kerana nama aku tiada huruf 'K'. Hiksss.. Oh ya, kau harus berjaga-jaga jika nama kau ada huruf 'K'.

Bila difikirkan, aku jadi gelabah. Aku tidak mahu kahwin lambat disebabkan oleh durian. Aku takut. Dan sebab itu juga aku makan durian hampir 1 biji pada hari kejadian. Dengan harapan aku cepat kahwin. Aku kolot? Tidak mengapa jika kamu berfikiran begitu kerana aku tidak sanggup untuk berkahwin lambat. Kesian pada aku nanti. Aku tidak mahu tersiksa.

Dan sekarang ini aku sudah mabok durian. Ya, kerana sangat banyak y'all aku makan waktu tengahari tadi. Aku pergi ke pesta buah-buahan dan melantak seberapa banyak durian yang ada. Sekarang ini, badan aku sudah menjadi sangat panas. Ya, sangat panas sambil berpeluh-peluh. Damn. Langsung tidak selesa y'all. Itu sahaja yang aku mahu merepek pasal durian. Tapi adakah cerita nenek itu betul atau tidak? Sampai sekarang aku masih lagi tertanya-tanya.

Kalau nenek tipu, aku mahu bakar rambut dia.

Meluat

Kehidupan bekerja bagi aku memang sangat hell. Disini kau boleh nampak jelas tentang perangai buruk setiap orang. Termasuklah aku, yang sangat suka memonteng. Ok, itu cuma perangai yang dikira paling oklah~ Aku langsung tidak suka bekerja disini. Serious. Kerja orang lain aku buat, keadaan yang sangat panas, disebabkan aircond yang macam jahanam, ditambah pulak dengan manusia-manusia yang suka bergosip, lagi bertambah panas ok. Pantang nampak orang lain senang, confirm dikutuk nya. Dapat bos baik pun dicercanya, aku betul-betul tidak faham dengan mereka. Konon-konon kau yang berangan nak jadi bos? Nak mampos? Aku rasa habis jahanam semua.


Aku dapat bayangkan.


Dan sebab-sebab diatas itu jugalah aku selalu tidak pergi kerja. Bukan sebab aku malas. Ok tipu. Memang adakalanya aku sangat malas. Sangat malas untuk bangun pagi, kerana aku tidak suka bila saat mahu berpisah dengan bantal dan selimut aku. Aku sedih. Aku sangat beruntung kerana mempunyai mak dan ayah yang sangat memahami. Tak kisah kalau aku nak pergi kerja atau tidak. Ok, tipu. Mereka memang dari dulu tak berapa suka aku kerja disini.

Mak  :  Da xpayah la nak keje2, dok umah jela. Keje bkn dpt ape pon. Baik pokes kuliah
            hang je.
Aku   :  Haip! Kan dpt gak duit, blh shopping2 gne dwet sndri, xnak ke? Ke nak belanja ceq
            seumor idop?
Mak  :  Ye tak ye, lingkop la kalo asek kne blnje hang je. Ok, keje ala kadar jela..
Aku   :  Haihhh.. Ada jugak mcmni.. Cisss.. (Berkata-kata dalam hati)

Disebabkan situasi diatas jugalah aku jadi malas untuk pergi kerja. Tidak menyokong langsung mak aku itu kan. Wakakakaka! Aku rasa aku boleh jadi rajin bilamana manusia-manusia di office aku semua ditukarkan di tempat lain. Kecuali aku dan bos. Boleh gitu? Macam berscandal pulak. Damn. Bukan y'all. Sebab aku baik dan dia juga baik. Ya, mungkin dia tidak tahu perangai sebenar aku, oleh itu aku buat kesimpulan yang aku juga baik dimata dia. Damn. Baiklah, aku akan cuba usulkan pekara ini kepada bos aku kelak. Wah sangat bahagia.

Ok, Geli.

Thursday 21 July 2011

Benci

Aku tahu kau ketandusan kasih sayang. Tapi tolong jangan libatkan aku. Sial!


Aku Benci Kau.

Aku Benci Muka Kau.

Aku Benci Perangai Kau.

Aku Benci Kepuraan Kau.

Aku Benci Semua Tentang Kau.


Baik kau berambus dalam hidup aku. Aku tak suka cakap banyak walaupun hakikatnya
aku memang suka.

Masak

Ok, aku memang minat memasak dari dulu lagi, tapi kenapa semua orang macam memandang sinis sahaja pada aku bila aku kata aku suka masak? Adakah muka aku muka yang suka melantak sahaja? Damn. Boleh dikatakan sangat banyak resepi-resepi yang telah aku print out untuk aku mencuba masak dirumah. Tetapi antara beratus-ratus resepi itu, aku baru sahaja mencuba tiga resepi.  -_-' 

Tapi dari segi rasa, masakan aku memang sedap. Aku bukan cakap bohong, aku sedang berkata benar. Ya, benar. Dan sebab itu jugalah 2 minggu berturut-turut aku masak resepi yang sama. Kerana aku rasa seperti seorang chef yang handal. Aku juga selalu memaksa budak-budak itu habiskan makanan yang aku masak, kerana nanti aku berasa sedih jika makanan yang aku masak tidak dihabiskan. Dan sekarang ni, serious, aku sudah tidak boleh tengok udang lagi. Nanti aku muntah.


Aku rasa mereka juga berdoa agar aku tidak memasak lagi.

Wednesday 20 July 2011

Pisang

Sekarang ini aku suka makan makanan yang berkaitan dengan pisang. Contoh seperti cekodok pisang, lepat pisang, goreng pisang, kerepek pisang, buah pisang dan semua yang ada pisang.

Hairan.

Padahal sebelum ni aku tak suka pun pisang. Adakah aku sudah meningkat tua? Sebab aku tengok yang selalu sukakan pisang ni orang-orang tua sahaja. Apakah? Damn. Aku tak mahu tahu.

Mungkin aku sedang mabok pisang.

Thursday 14 July 2011

Dahi

( Situasi ketika berWebCam )

Dia  :  Weh luasnya dahi hang?
Aku :  Eh,xah bese2 je nih..

Dia  :  Dahi u mcm jendol sikit..
Aku :  Hah?Mnde..ok je..

Dia  :  Bapak luas dahi ko weh!
Aku :  Plotak kau!kat wc mmg lah!

Dia  :  Weh,mcm padang futsal!wkakakakaka!
Aku :  Babi!!!

Aku hairan. Kenapa manusia-manusia yang berwebcam dengan aku, mesti akan cakap dahi aku luas/jendol. Padahal yang sebetulnya dahi aku biasa sahaja macam manusia normal. Adakah telah disetkan di cam yang akan membuatkan dahi seseorang itu akan menjadi luas berkali ganda? Sebabnya bila aku tengok mereka di webcam, akan terjadi benda yang sama juga. Tapi bila aku mahu cakap pada mereka, pasti mereka yang akan cakap dahulu. Aku langsung tak berpeluang. Robotkah mereka?


Sial. Aku stress..


Perlukah sebelum kami berwebcam, aku patut beritahu dahulu.. "Weh taik, jendol gila dahi hang, xlalu ceq nak tengok!" Begitu? Biar mereka tahu bagaimana perasaan dan hati aku ini. Hikss.. Selalu sahaja aku yang dipanggil jendol, aku rasa rendah diri. Tahi. Ah pening! Sudahlah, ingin aku tekankan disini bahawa dahi aku tidak jendol atau luas, dahi aku sangat kacak.

Maksud aku, normal.

Thursday 7 July 2011

Surat Cinta

Bercakap pasal surat cinta, pada ramai orang dah aku beri. Bukan untuk orang yang aku suka, tetapi untuk orang yang aku tak berapa nak suka, disebabkan oleh sebab-sebab tertentu. Sebab-sebabnya terpaksa aku rahsiakan bagi menjaga nama baik mereka yang berkenaan.

Sejak alam persekolahan hinggalah ke alam universiti, operasi surat cinta masih giat dijalankan oleh aku dan rakan-rakan. Oh ya, mereka memang jahanam. Hikss.. Tapi di alam pekerjaan aku sudah berhenti menghantar surat cinta disebabkan kebanyakan orang-orang di office aku sudah tua-tua kerepot. Jadi aku tidak sampai hati melihat jiwa mereka tersiksa. Dulu, pantang ada orang yang buat aku tak selesa, pasti surat cinta aku kirimkan. Wtf?

Contoh kejadian surat cinta yang berlaku di zaman persekolahan.

(Di dalam perpustakaan)

Aku : Weh Bas, tadi ada bdk lua bg hang surat nih. Aku xtaw sapa, nah amek!
         (Sambil menghulurkan surat yang sudah ditabur bedak)
Dia  : (Sedang membaca surat tersebut)
         Kau orang tipu kan? Aku nak bgtau ustazah. (Sambil lari-lari itik)

Jahanam.

Aku dan N jadi gelabah, takut-takut rahsia kami pecah. Waktu tu aku rasakan suatu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Seperti berak tak lepas. Aku dan N terus lari nyorok belakang rak buku sambil berdoa. Kami melihat reaksi ustazah dari celahan buku. Ustazah ketawa lalu meletakkan surat tersebut di dalam buku.

Rasa selamat.

Tapi kami heran kenapa ustazah tidak bertanya kepada budak bangang tersebut siapa yang bagi surat itu? Mungkin ustazah mahu tunjuk surat itu kepada suami dan berkata ada pelajar yang jatuh hati pada dia. Aku dan N buat anggapan sial. Lalu kami ketawa terbahak-bahak.

Memang jahanam.

Aku dan N tidak puas hati pada budak tersebut, kerana telah mengadu hal tersebut kepada ustazah dan telah membuatkan kami gelabah tahap kuda. Dan sebelum loceng berbunyi, aku dan N meminta izin untuk pergi ke tandas. Bukan niat untuk berak, tetapi mahu menyorokkan kasut budak tadi. Apabila loceng berbunyi, budak tersebut jadi gelabah kerana kasut sudah hilang. Dan kami terus berlalu tanpa mempedulikan dia. Padan muka. Buat hal lagi. Kan dah kena..

Di uitm dulu lagi teruk, aku rasa pengalaman yang paling kelakar dalam hidup aku. Tapi aku malas nak cerita, kerana jari aku sudah lenguh.  Tapikan, aku rasa pada sesiapa yang pernah terima surat cinta dari aku, mereka patut bersyukur, setidaknya mereka ada kenangan di zaman muda dan boleh ceritakan hal tersebut kepada anak cucu. Walupun cuma kiriman surat dari seorang budak nakal yang suka menyakat. Hahahaha damn!

Jadi kalau kau berhajat untuk menerima surat cinta dari aku, sila buat pekara yang membuatkan aku mahu pijak muka kau. Contoh seperti, kau ingat kau cantik macam Paris Hilton? Kau ingat kau kacak macam Farid Kamil? Simple. Alamak, sudah bocor rahsia favourite artis aku. Damn. Tapi aku bersukur kerana sekarang ni aku jadi manusia yang serba serbi lengkap walupun kadang kala ada juga nakal aku yang dulu. Tapi tidaklah seteruk zaman budak baru nak naik. ;D

Rindu sial zaman itu.

Tuesday 5 July 2011

French Class

Ok.. Bercakap pasal tugasan, banyak yang selalu aku tipu tentang ini, serious. Bekerja sambil belajar bukan sesuatu yang mudah bagi orang yang sedikit malas macam aku nih. Ya, sedikit sahaja. -_-'' Ok, nak cerita. Masa french class waktu aku mula-mula masuk dulu, aku sangat tak suka. Kerana bahasa perancis tidak semudah bahasa jepun. Kerana bahasa perancis menggunakan lidah dan aku bukan jenis lidah tersimpul. Jadi macam sangat susah untuk aku menyebut setiap perkataan yang diberi. Damn!

So masa kena buat presentation untuk kelas berikutnya, aku jadi gelabah. Sangat jahanam aku rasa. Aku memang rasa nak bunuh diri. Tapi aku tak boleh, sebab aku takut masuk neraka. Boleh gitu? Ok, bebalik kepada kelas tadi, macam-macam helah yang aku cuba fikir. Dan bila terlebih fikir, aku buat keputusan untuk plaster sahaja mulut aku guna kain pembalut serta kapas ditepi mulut aku (siap letak krim dan dettol bagi nampak real ). Konon-konon aku kemalangan dan tak payahlah aku jadi gila bercakap bahasa yang membuatkan lidah aku telipat kat depan semua orang waktu tu. WTF? Dan kerana itu jugalah aku terlepas untuk present, suka!

Aku sangat lega bila dapat ketawa berdekah-dekah dalam tandas bila aku guna bahasa isyarat dengan lecturer masa aku tipu dia tentang kemalangan tu. Wakakakaka! Sial, itulah pekara paling jahanam pernah aku buat. Tapi atlast aku kena buat juga untuk kelas yang berikutnya. Tsk.. T_T

Aku harap classmate aku tak tahu blog aku ni.

Wakakakaka!

Monday 27 June 2011

Menyanyi

Nak kata aku suka menyanyi tu tak la. Tapi aku pelik, kenapa sekarang ni aku asyik berkaroke sahaja. Ok, agaknya sebab aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang kaki melalak, so aku pun terjebak sama. Padahal suara semua macam keldai termasuk la suara aku yang lebih dasyat. Kadang-kadang naik tercabut tekak aku walaupun time tu low key.

 Apakah?

 Adakah suatu petanda?

Aku memang tak layak jadi penyanyi?

Tapi itu yang selalu aku angankan.

Haha damn you! Tapi agaknya aku boleh jadi penyanyi tak kalau suara aku ni dibaratkan seperti amir raja lawak tu?  Tapi apa yang pasti, aku tak lah seteruk si pendek tu. Aku lebih merdu sedikit. Yucks.. Mungkin aku rasa kawan-kawan yang kutuk suara aku tu dengki dengan aku sebenarnya, sebab aku rasa suara aku sedap sahaja, macam..


JACLYN VICTOR.


Wakakakakaka!

Monday 20 June 2011

Perangai

Cakap pasal perangai, aku tak tahu perangai aku yang mana satu. Bila aku buat lawak, diaorang akan cakap lebih kurang macam ni..

(Aku bercerita tentang hidup aku)

Orang : Weh gile la kaw,skt pewot aku gelak..sial la!
Aku    : Aku cakap ape? (tepinga-pinga)
Orang : Kaw nih gile jahat,wkakakakaka!
Aku    : Gile budak nih! (dalam hati)

Aku tak pasti samada aku kelakar atau jahat? Bila aku buat orang ketawa, aku dikatakan jahat.. Damn you! Okla, sekarang aku tak nak buat orang gelak. Aku nak jadi manusia paling sopan. Boleh gitu?

Thursday 16 June 2011

Lagu 60an

Hari-hari bekerja aku selalu didendangkan dengan lagu-lagu 60an. Kerana aku berkongsi bilik dengan seorang pakcik. Ok, pakcik. Mula-mula tu aku agak stress juga, tapi setelah beberapa tahun aku diselimuti dengan lagu-lagu orang tua, (diselimuti?) aku jadi lali. Aku jadi suka pula. Kadang-kadang aku cepat-cepat salin lirik pastu aku google dan aku terus download. Apakah? Adakah aku sudah tua? Ataupun jiwa aku sudah sebati dengan orang-orang tua dan juga lagu-lagu mereka? Aku redha.

(Berkumandang lagu Hassan dan Hasnah)

Orang : Weh..Ko xpening ke denga lagu2 cani?
Aku    : Apa hal plak?Aku ok je..(aku jadi tak kool)
Orang : Kalo aku,aku da mati.Gila tua.
Aku    : Tu..Ko xmati pon?Dala,jgn kacau aku,pegi klua sane.
             (Aku sangat suka lagu Hasan dan Hasnah, jadi, aku tidak mahu diganggu)

Dan sebab itu juga aku save siaran klasik nasional dalam kereta aku. Gila tua?

Diam.

Monday 13 June 2011

Orang Kahwin

Hari tu aku pergi majlis kahwin kawan aku. Walaupun pada mulanya aku berfikir yang aku akan kahwin dulu daripada dia ,tapi aku salah. Aku hairan, kenapa mesti dia yang kahwin dulu? Padahal aku lebih bergaya. Ok,tipu. Aku jealous sebenarnya. Aku pelik, kenapa kawan-kawan sebaya aku ramai dah kahwin, dah ada anak, dan dah ada juga yang sudah bercerai.

Aku : (Tengok gambar) "Weh..Anak ang ke nih?Ble ang kawen?Xtau pown.."
Dia  : "Aah la..Da kawen..Da cerai da pun.."
Aku : Owh.. (Terkejut)

Aku kadang-kadang takut pulak nak fikir soal kahwin. Takut jadi macam tu. Kesian kat aku nanti. Ke sebab tak ada orang nak kat aku?

 Diam kau.

Thursday 9 June 2011

Anak Bongsu

Kenapa bila orang yang baru kenal aku,akan tanya aku camnih.."ehh ko nih anak bongsu ye?" "ehh you nie anak bongsu ke?" "wehh..hang ni anak mak ka?" Serious.Aku Pelik.Pandangan yang bagaimanakah yang boleh menampakkan aku sebagai anak bongsu?Adakah aku nampak manja?Auwww~ Damn you, geli weh. Kadang-kadang tu aku iyekan je.(sambil buat muka shin chan) Kadang-kadang aku akan cakap,

"Eh xla..Ceq ank tunggal..Kadang-kadang tu bosan gak xde adek.."

 Hambek.

Wednesday 8 June 2011

Rindu Sial

Ceq rindu.. Lama sudah ceq tinggalkan dunia ini. Bukan ceq mati lah. Blog yang mati. Ini pasal blog. Ok, blog. Blog lama ceq,ceq sudah lupa password. Daripada sakit otak ceq nak fikir apa kata kunci nya, baik ceq buat blog baru. Yeah! Sukanya!

*Tetibe..