Thursday 31 May 2012

Kerja

Ohhh.. Aku rasa sekarang ni aku dah boleh mula untuk berfikir tentang mencari kerja. Sudah hampir setahun aku rasa aku duduk menghabiskan duit Man dan Ita. Aku rasa itu sudah cukup. Sudah cukup buat aku melakukan perkara yang memalukan seperti itu. Tapi jika ditanya adakah aku ikhlas mahu bekerja? Jawapan yang dapat aku berikan adalah tak langsung. WAKAKAKA. Aku tak langsung ingin bekerja sebenarnya. Aku ingin menjadi seperti Ita. Tolonglah faham. Tapi aku bujang lagi haruslah bekerja. Tak gitu?

Walaupun aku ingin katakan tidak.

Sepanjang aku tidak bekerja, Man dan Ita tidak pernah sekali memaksa aku untuk bekerja. Walaupun adakalanya Man berkias mahu menolong aku untuk mencari kerja, tapi aku buat endah tak endah sahaja. Dan akhirnya Man terus tak endahkan aku. Aku lebih suka begitu. Bila aku sendiri rasa aku harus bekerja, jadi aku sendiri akan cari. Banyak faktor yang mendorong aku untuk terus bekerja, contoh macam :

  • Aku selalu memandang sipi-sipi beg dan kasut yang aku berkenan. Maksud aku aku tak nak pandang lama-lama sebab nanti aku akan memaksa orang sekeliling aku belanja. WAKAKAKA.
  • Aku tak suka bilamana kawan-kawan aku suka cakap aku kalau tak kerja pun tak ada masalah, mak bapak boleh tanggung. Sial aku memang benci gila situasi babitkan mak bapak aku. Jahanam kau!
  • Aku dah terlalu bosan hari-hari melalui situasi yang sama setiap hari. Makan, tidur, siram bunga, jalan-jalan, gaduh-gaduh gurau ngan Ita. Itu adalah rutin yang tak dapat aku elakkan. Aku bosan lah.
  • Aku malu lah asyik Man dan Ita yang bagi aku duit. Sebagai anak aku yang patut bagi mereka duit. Aku hanya mampu bagi duit sen sahaja. Sedih.
  • Aku sangat tetekan bilamana pergi sacc, baju kurung semua harga 400 lebih. Weh sangat jahanam lah! Kadang-kadang kain biasa je pun. Biadap.
  • Dan aku paling tak suka bila ada orang tanya aku, bila nak kerja? Bila nak kerja? Ouh cukup. Aku rasa kau bukan mak bapak aku yang perlu kau tanya soalan begitu.
Jadi itu adalah antara sebab-sebab kenapa aku harus bekerja. Hurm. Kalau aku fikir aku kena kerja, secara spontan aku akan terasa sangat sedih. MUAHAHAHA. Gila. Tapi itu yang aku rasa. Aku tak tahu kenapa orang bertungkus lumus nak cari kerja tapi aku tak nak. Tapi aku sangat perlukan duit untuk aku berbelanja. Halahhh kenapa semua barang kena guna duit? Memang sangat jahanam lah.

Kadang-kadang sampai aku fikir macam nak lari pergi ikut abang Has. Tapi abang Has tak ajak aku macam mana. Katanya tak nak rakyat Brunei tahu tentang hubungan aku dengan dia. Dia akan umumkan kemudian apabila aku sah bergelar permaisuri beliau. Jahat tau abang Has buat aku tertunggu-tunggu macam ni. WAKAKAKA maboklah! Diam kau.

Sudah. Aku nak cari kerja dah mulai sekarang. Agar aku tidak lagi rasa jahanam. Aku harap aku dapat kerja yang setimpal dengan kewarasan aku. Kali ni kalau aku kerja aku tak nak lah syaitan-syaitan lain memijak kepala aku lagi. Sial weh. Sangat sakit hati bila memikirkan itu. Aku sangat rindukan bilik office aku tu. Banyak barang comel-comel aku yang tak bawak balik. :( Aku juga rindukan rendang ayam akak cafe. Juga abang teh ais. Cilake selalu buat air tanpa disuruh. Sebenarnya aku bukan suka teh ais pun. Ahhhh rindulah.. :( 

Sila doakan aku kembali bekerja y'all.

Wednesday 16 May 2012

Petua

Bercakap pasal petua. Memang aku susah nak percaya dah. Cakaplah seelok manapun, tak akan aku cuba. Aku rasa nenek moyang kita macam mahu mempermainkan aku. Tapi mungkin sesetengah sajalah. Tapi aku rasa semua, sebab petua yang aku guna tak pernah menjadi malah menjadi jahanam. Sebab sekarang ni kalau orang bagitahu aku tentang petua, aku langsung tak nak percaya. Ouh bukan sebab apa, aku cuma rasa petua yang diberi langsung tidak boleh diterima dalam kehidupan aku. Bukan nak kata aku moden tapi..

Jom aku beri sedikit contoh.

Operasi bibir merah.

Masa sekolah dulu manalah kau nak tahu pasal apa. Jadi bibir aku selalu kering dan aku benci situasi macam tu. Masa sekolah manalah nak ada duit sangat. Jadi aku ambil buku petua Ita yang zaman Hang Tuah tu. Lebih tepat, aku curi. WAKAKAKA. Jadi selak punya selak aku terjumpalah petua hendak menjadikan bibir merah dan tidak kering. Petua yang cukup mudah. Madu dicampur dengan bawang merah dan sedikit putih telur. Madu ada, telur ada, bawang merah ada. Cantik! Getus hati ku. Betul ke getus? Ahh pegi jahanam.

Ok aku mulakan operasi. Dah siap tu aku siap bagi amaran kat bibik agar jangan beritahu Ita tentang operasi bibir aku, bibik suka sibuklah. Dan aku terus masuk bilik. Dalam bilik aku lumurkan sebanyak alam benda alah itu tadi. Rasa agak pedih tapi aku lantakkan sahaja. Nak bibir macam Ziana Zain kater. Jadi aku biarkan sampai keesokan harinya. Waktu bangun pagi aku rasa bibir aku sangat kebas. Bila aku tengok bibir aku, macam bengkak-bengkak sedikit. Tapi aku lantakkan lagi. Sampailah dah 3 hari berturut-turut aku amalkan petua itu sampai aku dah berputus asa sebab Ita dan Man marah aku. Macam ni situasinya.

Ita    :  Kenapa dgn bibir kau tu?
Aku  :  Eh kenapa? Macam Ziana Zain ke? ( Aku sudah mula perasan )
Man :  Tak sihat ke? Ulser?
Aku  :  Hah? 
Ita    :  Buat ape sampai jadi teruk mcmni??
Aku  :  Hah? ( Aku sangat takut sambil lari msuk bilik )

Bila aku tengok cermin, ya memang aku sedar yang aku dah tak mempunyai bentuk bibir waktu tu. Tapi aku cuma lantakkan sahaja. Tapi bila Man dan Ita tegur aku rasa something. Memang yang sebetulnya dalam 3 hari berturut-turut tu sebenarnya aku sangat terseksa. Aku dah tak boleh banyak bercakap dan senyum mahupun ketawa kerana bibir aku akan mengalami sakit yang agak teruk. Aku memang perasan yang bibir aku memang dah tak ada malah kering mengelupas macam orang kena simbah asid. Tapi aku lantakkan sahaja mungkin permulaan memang begitu aku fikir. Tapi sial. Bila dah terlalu pedih, memang aku sumpah orang yang bagi petua tu biar mati terus.

Jahanam.

Aku terus buang madu, telur dan bawang merah sambil nangis-nangis tanda protes. Lantas aku dimarahi oleh Man sebab madu tu dibeli jauh dari Indonesia. Aku siap membebel cakap pasal madu tu bibir aku jadi macam NirmalaBonat. Aku tak pasti samada kes NirmalaBonat sudah terjadi atau tak waktu tu. Ahh lantaklah. Man sangat terkejut dan terus buang madu yang satu lagi tu. WAKAKAKA. Adakah Man juga menyapukan madu dibibirnya? Aku bingung. Mungkin dia sangka madu sudah bertukar menjadi racun. Jadi dia sangat takut lalu membuangnya. MUHAHAHA. Ok tu kisah operasi bibir merah. Aku nak cerita yang lain pulak. Mari.

Operasi jerawat.

Seingat aku cerita ni jadi masa umur aku 18 tahun. Waktu tu kawan aku nak nikah hari jumaat. Jadi jerawat tumbuh betul-betul hari khamis. Memang kalau dah tumbuh jerawat jahanam, akan mengambil masa dalam dua minggu baru hilang. Jadi aku jadi tidak waras sebentar. Aku tanyalah kawan yang agak rapat dengan aku macam mana nak cepat hilangkan jerawat. Jadi dia kata dulu moyang dia cakap ketuk bawang putih bila dah berair ambil sikit dan tepek kan pada jerawat. Wah sangat senang fikir aku.

Jadi aku kelam kabut carik bawang putih sambil bibik kat belakang bising nak mampos tanya aku cari apa. Kesudahan nya aku jolok mulut bibik dengan lobak yang agak besar sizenya. WAKAKAKA. Babiakugelakwaktutu. Jadi bila dah jumpa aku terus buat. Aku lumur sebanyak mungkin, katanya lebih cepat hilang. Jadi aku biarkan semalaman sambil tidur. Bila aku bangun aku terus tengok cermin. Dan aku telah menjerit sekuat hati dan terus telefon kawan aku tu.

Aku  :  Weh sial gila kau tipu aku ke apa ni!!!
Dia   :  Eh kenapa??
Aku  :  Jerawat aku dah jadi kudis macam babi kau tipu aku!!
Dia   :  Serious? Mana aku tau, aku tak pernah buat.
Aku  :  Bagi aku no moyang kau sekarang!!!
Dia   :  Moyang aku dah meninggal..
Aku  :  Kenapa tak kau je yang meninggal!!!

Sungguh. Aku sangat marah waktu tu. Aku rasa macam nak lempang je muka moyang dia. Aku rasa sahaja tapi bukan nak buat pun. Nasib baik dah meninggal. Jadi aku pegi majlis kawan aku tu dengan jerawat yang memang macam jahanam jadi kudis. Kau bayangkan orang lain anggap kau punya tahi lalat dihidung dengan size yang agak besar? Aku rasa macam nak tampar muka-muka yang pandang serong kat muka aku waktu tu. Cibai. Wah tetiba aku jadi geram bila teringat balik. Gila. Sebelum marah aku menjadi, jom ke cerita yang seterusnya.

Operasi kulit licin.

Cerita ni terjadi aku pun dah lupa bila. Mungkin zaman jahiliah aku waktu umur 20. Waktu tu esoknya aku dah janji dengan papagula nak keluar sama. Bukan aku nak keluar sangat pun, tapi apakan daya, waktu tu duit aku sangat kritikal. Nak tak nak aku terpaksa juga. Lagipun bukan buat benda tak senonoh pun, sekadar lepak makan di restoran mewah. WAKAKAKA. Sehari sebelum temujanji, aku terbaca lagi petua nenek moyang untuk menjadikan kulit selicin epal. Aku pantang dengar epal, langsung aku terus mahu ingin mencuba.

Bahan yang sangat senang, putih telur, perahan limau nipis, kunyit dan sedikit tepung ubi. Jadi bila bahan dah bergaul mesra, malam sebelum tidur aku lumurkan ke muka aku. Lumur punya lumur, aku terpaksa tahan kerana bau yang kurang menyenangkan. Tapi nak kulit licin, aku terpaksa tahan. Dan aku biarkan ianya semalaman melekat kat muka. Bila bangun tidur rasa macam, " Wah tegangnya kulit aku mesti papagula suka " Ok part papagula aku sengaja tokok tambah. Jadi aku pun basuhlah muka.

Memang licin gila dan rasa tegang. Aku suka bilamana petua aku pertama kalinya menjadi. Sambil jalan ke katil aku menari riang. Dan bila aku mahu bersolek. Bila aku amati wajah aku betul-betul. Kulit bawah mata aku berkedot gila. Sumpah aku baru perasan. Sangat drastik kedutan itu. Lalu aku menjerit sekuat hati. Menjerit sekuat hati pun tiada guna sebab Man dan Ita tiada di rumah. Jadi aku bersolek sambil menangis dan juga memaki hamun  Norliza dari Ampang dalam hati. Jahanam Norliza dari Ampang penipu.

Situasi ketika makan bersama papagula. 

PG    :  I tengok muka you lain hari ni..
Aku   :  Kenapa baby? ( Aku ingin sekali panggil dia babi tapi aku tak boleh )
PG    :  Muka you berseri tapi..
Aku   :  Tapi aper baby.. ( Berdebar-debar )
PG    :  I tengok kulit bawah mata you macam ader kedut sikitlah yang.. 
            ( sambil sentuh kedutan aku )
Aku   :  Jahat la you ni babi..!
PG    :  Babi you panggil I? ( Terkejut )
Aku   :  Baby lah! You ni, I xpenah ckp babi tau. ( merajuk agar diberi duit lebih )

WAKAKAKA jahanam punya papagula.

Aku rasa tuhan sengaja mahu memberi peringatan kepada aku. Itu sebab diberinya kulit aku berkedot bila aku berjumpa dengan papagula. Aku ketika itu mula insaf, tapi untuk beberapa bulan sahaja. Maaf aku terlepas cakap. Aku insaf selamanya maksud aku. Bila aku fikir balik apa yang papagula cakap, aku jadi macam nak lempang muka dia. Kedutan diwajah dia lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan aku, tetapi mahu mempersoalan kedutan aku. Jahanam. Aku benci mulut dia. Tapi aku sayang duit dia. Pada waktu itu sahaja.

WAKAKAKA.

Sudahlah. Sebenarnya sangat banyak petua jahanam yang tak jadi yang mahu aku ceritakan. Tapi aku rasa sudah sangat panjang aku menaip. Aku pun bukan sihat sangat pun. Jadi aku tamatkan disini sahaja. Ouh ya, pinot nak suruh aku jual aiskrim malaysia? Tak ada kerja lain nak kau beri cadangan? Meh aku sumbat sepuluh batang aiskrim malaysia dalam mulut kau. Baik kau suruh pekjah ngan kak bon saje jual. Mereka lebih sesuai. Sebab mereka tua.

MUHAHAHA.

Aku mula rasa was-was dengan nenek moyang kamu, bukan aku.

Tuesday 8 May 2012

Pemerhati

Aku tak perlukan pemerhati yang sibuk nak menjaga tepi kain aku. Hidup aku, suka hati aku nak buat apa. Nak aku jadi hipokrit? Kau siapa? Mak bapak aku? Suami aku? Bf aku? Family aku? Hell no! Kau cuma pemerhati yang langsung tiada kaitan dengan hidup aku. Jangan nak tunjuk baik sangat tapi hakikatnya kau dengan aku sikit pun tiada beza. Malah lebih teruk. Siapa kau nak menentukan siapa diri aku? Tuhan?

Aku tak hidup dengan kata-kata nista manusia. Aku nak cakap apa, aku nak berkawan dengan siapa, aku nak keluar ke mana skalipun, langsung tak ada kaitan dengan kau. Jadi jangan sesuka hati nak tentukan siapa aku pada kau. Kau cuma manusia biasa yang suka mencari kesalahan orang lain. Kau ingat aku peduli dengan mulut jahanam kau?
Aku, mak bapak aku lebih kenal siapa aku. Tak payah kau sibuk nak tahu siapa aku.

Jadi tolong jangan jadi pemerhati aku. Aku tak kisah kalau kau nak perhati dan tak keluar apa-apa dari mulut kau. Tapi kalau dah sampai nak cakap dengan orang yang kenal rapat dengan aku, kau memang sengaja mencari pasal. Sudah terang lagi bersuluh perangai kau macam jahanam jadi tolong jangan nak bercakap pasal aku pula. Yang penting mak bapak aku tahu macam mana aku dan kau tak perlu tahu. Tak mati aku dek kata-kata nista kau.

Kau cuma ibarat sampah.

Monday 7 May 2012

Lembaga putih

Aku rasa dah masuk seminggu aku kurang sihat. Sakit kepala, pening, sakit perut, demam, sakit tekak dan juga batuk. Ditambah pula dengan aku yang sedang datang bulan, aku rasa seperti tak larat mahu meneruskan hidup. Tsk. Aku jarang-jarang dapat penyakit yang sekali serentak y'all. Jadi bila aku tak sihat ni automatik perangai aku jadi lain macam. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin sebab menahan sakit agaknya. Aku tak suka dapat penyakit serentak. Tapi bila difikir, mungkin dosa aku terlalu banyak dan aku diberikan sakit begini.

Aku sedih mengenang nasib sambil mendengar lagu ku bermohon kasih.

Masa sakit macam ni aku sangat perlukan perhatian. Bukan perhatian dari sesiapa, cuma perhatian dari Man dan Ita. Aku tidur bilik Man dan Ita. Dengan itu aku rasa lebih tenang dan selamat. Aku tak tahu kenapa bila aku kurang sihat, aku mahu tidur bersama mereka. Aku ingin jadi seperti baby. Aku memang dari dulu selalu tidur lewat. Jadi bila Man dan Ita tidur dulu, aku rasa macam keseorangan. Jadi aku buat-buat meracau macam orang kena sampuk. Alang-alang hari tu aku dah tertipu Man dan Ita pasal lembaga putih, jadi aku racaukan sahaja diri aku ini tanpa rasa bersalah.

Aku  :  Tolong2!! Ada hantu tepi tingkap!!!
           ( Sambil tutup mata dan hentak2 kaki seperti orang kena sawan )
Ita    :   Bangun2! Dah kena sampuk anak awak tu!! ( Ita sangat takut )
Man :  Terus pergi kat aku baca2 ayat quran.
Ita    :  Tulah mmg betul rumah ni dah berhantu! Takutlah! Kena pindah!
Aku  :  Masih menjerit meracau-racau tapi dalam hati aku sangat mahu tergelak.
Man :  Diam sikit boleh tak?? ( Bising kat Ita )
Aku  :  Saitan! Syaitan! Saiton! Bawak dia keluar dari rumah ni!!!
           ( Menjerit dengan lebih kuat untuk menjadikan keadaan lebih seram ) 

Keadaan aku menjadi tidak terkawal waktu tu.

10 minit lepas tu aku kembali sedar. Dan aku buat-buat terkejut dengan apa yang terjadi. Ita panjang lebar bercerita dengan aku sambil tengok kiri kanan takut-takut ada hantu akan muncul. WAKAKAKA. Dah macam setan kan, tapi tulah sape suruh tidur dulu dari aku. Sebenarnya sebelum kejadian racau tu berlaku, memang aku terjumpa lembaga putih dibilik aku. Masa aku tidur dalam bilik, keadaan gelap. Aku nampak seekor lembaga putih ditepi tingkap bilik. Aku menjerit dengan sangat kuat. Aku macam nak mati ok waktu tu. Tapi aku tak mati, jadi aku terus berlari ketuk pintu sekuat hati ke bilik Man dan Ita.

Aku rasa aku pengsan waktu tu, tapi rupanya aku cuma buat-buat pengsan.

Malam tu aku asyik fikirkan tentang lembaga putih itu. Aku bayangkan yang lembaga putih itu akan terbang kat aku dan akan cekik leher aku. Bila aku terbayang macam tu, aku akan menjerit sekuat hati untuk menunjukkan yang aku memang sedang dilanda kejadian ngeri dalam hidup. Dalam sejam adalah 10 atau 15 kali aku menjerit-jerit. Waktu tu aku rasa lebih baik aku mati daripada hidup. Man dan Ita sangat gelabah waktu itu. Aku suka bila situasi begitu berlaku pada Man dan Ita. MUHAHAHA.

Pada pagi tu aku ceritakan kejadian seram yang aku lalui malam tadi. Sengaja aku menokok tambah cerita aku itu bagi menakutkan Man dan Ita. Aku nampak reaksi Ita sangat takut dengan amat jelas sekali. Jadi selepas aku bercerita, aku memberanikan diri untuk masuk ke bilik aku. Pintu bilik aku buka perlahan-lahan. Keadaan ketika itu memang agak menyeramkan. Keadaan lebih menyeramkan apabila aku pasang lagu suatu masa dari M.Nasir. Ok, aku tipu. Bila aku lihat ditepi tingkap dimana aku terlihat lembaga putih itu, sah! Lembaga itu masih berada disitu lagi. Aku mahu menjerit tetapi mulut aku seakan terkunci bila betul-betul aku amati dengan mata kasar sambil bercermin mata, yang lembaga putih itu adalah tuala mandi aku yang aku lemparkan malam tadi tersangkut kat tepi tingkap.

Sial. Babi. Jahanam. Aku cepat-cepat ambil tuala itu dan simpan.

Aku menyumpah diri aku sendiri. Nasib baik bukan Man dan Ita yang pergi memerhati lembaga putih yang aku ceritakan itu. Kalau tak, aku akan jadi sangat malu pada mereka. Sebelum aku simpan tuala puaka tu, aku sempat pijak memijak tuala tersebut bagi melepaskan geram. Jika tuala itu boleh bercakap, dah disumpahnya aku. WAKAKAKA.
Jadi sehingga kini aku diamkan sahaja tentang lembaga putih itu, agar rahsia aku tidak terbongkar. Aku ada dengar juga yang Ita selalu ajak Man pindah rumah. Waktu tu aku jadi serba salah. Aku tak tahu macam mana nak ceritakan perkara sebenar. Aku harap isu lembaga putih akan dilupakan agar aku tidak berasa bersalah lagi pada mereka.

Aku tak dapat bayangkan macam mana reaksi Man dan Ita kalau aku ceritakan perkara yang sebenar. Tentang tuala dan racau buatan aku itu. Mungkin aku akan dimarahi dan aku akan merajuk selama seminggu atau dua minggu. Aku tak nak kejadian macam tu berlaku. Aku tak sanggup nak menahan lapar untuk tempoh rajuk ku itu nanti. Jadi aku akan biarakan sahaja keadaan seperti ini agar aku tidak berlapar. Aku sangat berharap Man dan Ita tidak tahu menahu pasal blog aku ini. MUAHAHAHA.

Kenapa perkara jahanam sebegini selalu terjadi dalam hidup aku? Keadaan akan bertambah jahanam dengan perangai aku yang akan menjahanamkan lagi keadaan itu.WAKAKAKA. Bodohlah, aku dah tak nak lagi buat macam ni. Serik. Tapi keadaan yang macam nilah yang selalu mebuatkan aku ketawa seorang diri. At least aku banyak gila pengalaman yang melucukan dalam hidup. Mana tahu anak cucu aku boleh baca blog aku ni nanti bila aku sudah tua. Comelnya. MUAHAHAHA.

Tak mahu pindah rumah disebabkan tuala puaka itu.