Friday 21 September 2012

Eh!

Eh aku sekarang berada dalam situasi jahanam. Aku sakit dan sakit. Cirit sampai melecet, jahanam sangatlah. Aku sangat perlukan seorang dokter kacak untuk merawat aku. Eh apa kaitan? Tak ada apa. Cuma berkata-kata bagi melegakan sedikit sakit. Eh kakbon, kenapa ang terbayang mulut negro? Jahanam sangat imaginasi kau kan kak. Puihhhh aku loya ok. Aku sangat lapar tapi aku tak boleh makan nanti berak lagi. Sakit woah. Sama rasanya macam kau sedang berdepan dengan cikgu Zainal. Dia garang tapi aku rasa dia comel macam tikus mondok.

Mampos kau disitu.

Nak beritahu yang aku masih lagi belum bekerja. Jahanam sangat. WAKAKAKA. Habiskan harta Man dan Ita sudah menjadi kewajipanku. Ala kesianlah kat mereka. Aku sebenarnya sangat suka tertekan begitu. Eh aku tak nak cerita pasal kerja sebab nanti aku sakit perut balik. Boleh? Manja nau perut aku nilah. Betul cakap Nuzul. Adakah dia pernah memeriksa perut aku ketika aku sedang tidur? Patut aku ada rasa geli-geli. Mamposss. Entri kali ni tak ada apa pun yang nak aku nak ceritakan cuma sukahati aku nak cakap apa. Layan jelah mak jemah.

Sekejap rasanya dah habis raya. Masa puasa turun 5 kilo. Lepas raya berat naik berkilo-kilo. Serupa kau tak payah tahan nasi bila puasa itu hari. Musibat sangat. Berat naik kat pipi aku rasalah sebab tu sekarang aku malas nak senyum takut kang orang salah anggap ingat aku  menggunakan teknik botox. BAHAHAHAHA.

Situasi ketika sedang makan bersama Man dan Ita.

Aku   :  Orang nak beli krim yang kecikan pp tu lah.. Belanja boleh?
Man  :  Krim ape?
Ita     :  Eh jangan nak ngader. Elok2 pp dah mcmtu nanti jadi melendut.
Aku   :  Apa mksud melendut? Orang nak kecikkan pp bukan perut.
Ita     :  Mak2 datin sibuk botox nak kembongkan pp kau sibuk nak kecikkn pp.
            Jgn belanja dia.
Aku   :  Ouh yeke. Oh godddd...

Waktu tu aku sudah mula perasan. Ita maksudkan yang pipi aku macam guna botox. Wah kau. Aku dah serupa dengan datin-datin lah, getus hatiku. Bila balik makan tu aku asyik tersenyum untuk membonjolkan lagi pipi aku yang sedia ada. Senyum punya senyum jahanam aku terserempak dengan nen. Wanita bermulut puaka. Cissss.

Nen  :  Weh lia senyum manjang ade pape ke?
Aku  :  Kau tak perasan pape ke kt bhgn muke aku?
Nen  :  Pipi kau makin tembam.
Aku  :  Jahanam. Tembam ke? Aku baru lepas botoks.
Nen  :  Dah serupa bola pingpong.
Ita    :  WAKAKAKAKA! 
Aku  :  Musibat gelak. Sudah! Aku nak balik. Jaga kau. ( Jeling tajam )

Ita suka tipulah. Boleh aku benci dia? Tolong. Sejak dari tu aku dah malas nak senyum lagi. Lantak kau nak cakap aku sombong ke apa. Janji aku punya alasan yang kukuh untuk tidak kembali senyum. Tapi sekarang dah oklah sejak aku keracunan makanan ni, pipi aku dah stabil. Aku suka bilamana keadaan macam tu. Tapi aku tak suka bilamana kau kena berak, sakit. Sangat sakit. Tsk.

Tinggalkan cerita botox. Jom bererita tentang nenek tua pula.

Masa raya hari tu aku ada pergi rumah nenek tua. Aku sengaja tambah perkataan tua sebab aku berkecil hati dengan nenek tu. Dipendekkan cerita, masa dah nak balik nenek tua sibuk bagi duit raya. Susah nak cerita, meh aku lakonkan balik watak tu.

Budak-budak berebut kearah nenek tua sebab nenek tua bawak duit raya.

Nek   :  Ish budak-budak sekarang pantang duit raya macam kerbau.
Aku   :  Apesal nenek tu samekan budak2 mcm kerbau? Benci nenek tu.
            ( Aku cakap dgn Ita )
Ita     :  Ala orang tua mmg lah.. Dah jom salam.
Aku   :  Nek.. Balik dulu.. ( Salam )
Nek   :  Iye.. Nah.. Singgit, budak kecik singgit sorang.
Aku   :  Eh? Ok terima kasih nek..

Jarak rumah nenek tua tu dengan kereta agak jauh. Jadi aku belagak dengan Ita sebab nenek tu bagi aku duit dan cakap aku budak kecik. Tekekek-kekek aku gelak. Bangga woah. MUAHAHAHA. Ita macam selalu lah, buat muka taik. Dengki kater kau. Ok bila dah nak sampai kereta aku dengar nenek tua panggil-panggil sambil bawak duit dan sudah berkaca mata. Nenek nampak garang bila berkaca mata. Aku takut. Dalam hati aku, eh nenek nak bagi duit lagi ke? Pelik. Jom aku lakonkan balik.

Nek  :  Eh.. Tunggu-tunggu...
Ita    :  Dah kenapa pulak tu? ( Pandang aku )
Aku  :  Nak bagi duit lagi agknye.. Hahaha!
Nek  :  Tadi nenek ade bagi duitkan? 
Aku  :  Aah dah bagi dah, singgit..
Nek  :  Nenek xnmpk lah tadi ingat kamu budak kecik. Tak pakai cermin mata.
Aku  :  Nenek nak balik ke duit tu?
Nek  :  Yeler.. Nak bagi budak-budak lain nanti.
Aku  :  Kau sangat musibatttt nenek! ( Dalam hati )
Ita    :  WAKAKAKAKAKA!
Aku  :  Tak perlu nak ketawa seteruk tu. Benci nenek! Dah xnak dtg sini lagi.

Cilabi. Aku tak tahu kenapa aku ingin sekali menjadikan nenek tua tu sebagai musuh aku waktu tu. Dia sudah memalukan aku. Ingin sekali menyapu kunyit dimuka nenek tua tu. Dalam kereta tekekek-kekek diorangkannn.. Aku pening dan meluat. Dalam perjalanan balik, aku koyakkan tisu adelah dalam sepuluh helai, aku bayangkan tisu itu adalah rambut nenek. Mampos kau botak disitu. Aku serik nak datang situ lagi. Buruk siku tau nenek tu. Benci. Pffftttt...

Sudah. Ingin bercerita lagi, tapi perut aku sakit baliklah. Sangat banyak cerita jahanam yang nak diceritakan, tapi lain kali sajelah. Jumpa lagi y'all.

Aku harap nenek tu bukan nenek kau.

Cakap-cakap!
#Kakeja harap rindumu padaku terbalas.. Hartis kan.. BAHAHAHA!
#Pinot.. Jadi ke nak kawennye tu? HAHAHA!
#Kakbon, aku ngidam jumpe jep ok. WAKAKAKA!
#Ayu, ang sombonglah skrg.. Sedeh.. HUHUHU!
#Nuzul, aku tertipu ingat cheese rupenye serbuk roti. CISSS!
#Awak disana kalo sdg bace.. Ouh I MISS YOU! 

Tuesday 17 July 2012

Pelik

Aku rasa aku punya banyak perangai pelik. Tak kiralah perangai tu masih lagi ada dalam diri aku ataupun tidak. Kadang-kadang bila aku sendiri fikirkan, aku pun pelik. Kenapa boleh jadi begitu. Kadang-kadang Ita yang selalu perasan tentang perangai pelik aku. Aku tak sukalah dalam diam Ita selalu memerhatikan aku. Dia aku lihat sudah seperti penyiasat yang selalu menyiasat gerak geri aku. MUAHAHAHA. Contoh perangai pelik aku adalah macam ni :

Muka pelik

Aku kalau bosan, aku selalu buat muka pelik. Tak kiralah samada aku muncung ke, kenyit-kenyit mata ke, dahi berkerut ke, macam-macam memek mukalah yang aku buat. Jap, memek ke mimik? Ke dua-dua salah? Wakakaka lantaklah. Jadi bila aku sedang bersendirian lalu muka aku berubah menjadi golongan OKU, maka jangalah kau tegur. Kerana memang sememangnya aku rela hati buat begitu. Pernah juga kawan aku tegur.

Situasi ketika aku sedang tunggu kawan di tasik.


( Aku sedang muncungkan mulut sambil kening aku terangkat-angkat, sangat laju )

Dia   :  Bodoh lia kau buat apa tu weh? Macam cacat.
Aku  :  Weh pundat kau nampak ke? WAKAKAKA cibailah.
Dia   :  Kau dah kenapa? Giler?
Aku  :  Kau diam peah. Itu adalah identiti aku. WAKAKAKAKA sial lah.
Dia   :  Macam cibai perangai cacat. MUHAHAHA.

Aku rasa dah banyak kali kawan aku tegur aku. Walaupun aku akan malu, tapi aku masih tetap akan buat begitu. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi tu bila aku keseorangan dan bila aku bosan sahaja. Taklah bila kau sedang bercakap dengan aku, aku buat muka cacat begitu. Nak mati? Kau akan terus menampar muka cacat aku itu sampai betul-betul menjadi cacat.

Semut

Aku juga pantang nampak semut. Kalau ada semut malang yang lalu lalang depan aku, aku akan cepat-cepat basahkan tisu untuk aku buat bulatan air letak di keliling semut. Ok, aku buat macam tu sebab nak tengok reaksi semut apabila gelabah. WAKAKAKAKA. Semut malang akan lari selaju-lajunya untuk mencari jalan keluar. Kesian. Selepas 5 minit, baru aku lepaskan mereka. Aku bukan apa, aku cuma mahu semut berehat sebab aku tak pernah tengok semut tidur. HUHUHU. Tapi aku memang sukalah main dengan semut. Kadang-kadang kalau tak ada air, aku suka angkat seekor semut dan paksa semut malang untuk bersalaman sepuluh kali dengan semut lain yang sama. MUAHAHAHA macam musibatlah. Lepas aku sudah penat buat mereka bersalaman, aku akan lepaskan semut-semut itu sambil senyum seorang diri mengenangkan nasib si semut.

Bantal

Waktu aku nak tidur, aku akan pastikan cukup semua 6 bantal termasuk bear aku untuk tidur bersama aku. Bila semuanya sudah aku susun sempurna, aku akan pastikan yang aku akan selimutkan mereka agar mereka tidak mati kesejukan. Bila aku dah berpuas hati, barulah aku boleh tidur dengan tenang. Tapi situasi begitu hanya akan bertahan untuk seminit sahaja. Kerana selepas seminit, semua bantal dan bear aku akan tergolek kebawah bila aku mula depakan tangan, badan dan juga kaki. MUHAHAHA. Walaupun setiap hari aku tahu yang kesemua mereka akan tergolek kebawah, tapi mesti sebelum tidur memang aku akan susun dan selimutkan mereka agar mereka tidak rasa dipinggirkan. Gila. WAKAKAKA.

Air-cond

Aku sebenarnya gila dengan bau-bauan terutama sekali bau aircond kereta. Memang aku kalau bawak kereta, memang aku akan pasang sekuat hati untuk dapatkan bau tersebut. Walaupun dalam cuaca sejuk sekalipun aku akan buat begitu. Tapi kalau ada orang tumpang kereta aku, takde lah mabok aku nak bukak sekuat hati. Nak-nak kalau si pinot yang naik dengan aku, memang taklah. Kulit nipis macam popia tak boleh kena sejuk. MUAHAHAHA. Dan bila kereta dah berhenti, aku akan dekatkan muka aku ke aircond dan aku akan menghidu sepuas hati aku, lalu aku pun keluar. Cibai bila aku keluar aku sangat peninglah bila hidu penuh perasaan begitu. Aku dah macam penagih aku rasa. Jahanam.

Syampu

Ita selalu marah aku kalau aku mintak dia belikan syampu. Marahnya bukan sebab apa, sebab aku selalu pakai syampu tak sampai 2 minggu dah habis. Memanglah rambut aku panjang sampai pinggang tapi kalau di ikutkan mungkin boleh guna lebih dari 2 minggu. Sebenarnya, aku selalu syampu rambut 2 kali dalam 1 mandian. Kau bayangkanlah dah tentu aku kena guna syampu yang agak banyak untuk rambut aku. Dan ianya sangat membazir bilamana aku dah selesai bersyampu, kemudian lepas aku sabun badan, aku akan teringin mahu bersyampu lagi sekali. WAKAKAKA macam jahanamlah. Memang kau akan stress bilamana kau kena tunggu aku sejam dalam bilik mandi. Aku kadang-kadang suka tangguh mandi sebab tulah, masa yang aku gunakan untuk mandi sangat lamalah.

Menjerit

Satu lagi masalah yang selalu terjadi kat aku. Aku sebenarnya mungkinlah lemah semangat. Aku tak boleh orang sergah atau takutkan akulah. Kalau kau nak dengar jeritan puaka aku, silalah buat begitu. Kau akan mendengar jeritan puaka dan akan mendapat satu tepukan atau cubitan hebat dari aku. Kalau tak nak peha kau cedera, jangan takutkan aku. MUAHAHAHA. Perkara tu memang jadi secara spontan. Aku paling benci macam tu. Kadang-kadang kawan aku suka sergah aku, aku sebenarnya langsung tak suka ok. Macam jahanam bila ingat balik rumah hantu kat genting. WAKAKAKA memang saiton. Kesian gila Dia kena tolak kena tarik dan juga tergolek. WKAKAKAK bodoh aku tak nak ingat lagi rumah hantu tu, memang super jahanam. Setiap langkah kaki kau, kau akan nampak hantu. Memang cibai aku rasa seperti mahu mati. Hampir bisu aku waktu tu.

Hello Kitty

Aku memang pantang tengok hello kitty. Sumpah aku sangat sukakan hello kitty. Walaupun aku sudah sedikit tua dan bukanlah budak-budak lagi, tapi aku boleh peruntukan masa selama 24jam untuk melihat barangan atau apa sahaja yang berkaitan dengan hello kitty. Mereka sangat comel lah. Mereka-mereka suka cakap aku pelik sebab suka barang budak kecik tapi pergi jahanamlah dah memang aku suka. Kadang-kadang kawan aku selalu dengki tak bagi kalau aku nak pergi shopping kat tempat toys. Hohhh. Aku nanti kalau ada anak, nak semua barang anak aku berkaitan dengan hello kitty. Walaupun aku tahu kalau aku sendiri dah kahwin nak buat bilik serba serbi semua hello kitty, memang taklah. Dah tentu-tentu laki aku tak bagi. Sedeh. Jadi aku buat untuk baby aku sajelah nanti. Aloloh aku dapat bayangkan macam mana comel nya mereka nanti. Hihikk.

Beras

Ini perangai dulu aku, sekarang tak lah. Dulu aku memang gila beras. Pantang nampak beras mesti huru hara mulut aku. Dalam sehari sangat banyak aku makan beras. Aku pun tak tahu kenapa, tapi aku rasa macam ketagih kalau tak dapat makan beras walau sehari. Bodoh tau kawan aku ajar aku makan beras. Jahanam nasib baik aku dapat hentikan tabiat tu. Itupun sebab Ita takutkan aku cakap kalau makan beras nanti hantu suka, lepastu nanti hantu hisap darah aku sampai aku kurus kering macam cicak kubeng. Aku sangat takut dan selama 2 minggu aku tidur bilik Man dan Ita. Padan muka sape suruh takutkan aku lagi, MUAHAHAHA. Tapi serius, sangat nikmatlah bila mengunyah beras. Krak kruk krak kruk bunyinya. BAHAHAHA. Aku kadang-kadang ada teringin juga nak makan beras, tapi bila aku teringat kata-kata Ita, terus mati keinginan aku itu. Cisss.

Badut

Sungguh aku sangat takutkan badut. Kalau nampak badut kat tengah-tengah jalan, aku sanggup ikut jalan jauh, tak kiralah akan mengambil masa sejam pun aku sanggup. Aku pun tak tahu kenapa aku sangat takutkan badut. Pernah sekali aku tak perasan yang badut ada disebelah aku mahu beri belon, aku dengan terkejut terus menjerit-jerit dan berlari sekuat hati tanpa menghiraukan orang lain. Cibai, badut sangat menakutkanlah. Badut juga ibarat hantu bagi aku. Walaupun kedatangan badut adalah untuk kecerian sesuatu majlis, tapi aku rasa badut adalah kejahanaman bagi aku. MUAHAHAHA. Jadi jika kau sedang berjalan dengan aku, jika aku tak nampak badut yang sedang berkeliaran dan kau nampak, maka cepat-cepatlah kau beritahu aku jika kau tak mahu dimalukan depan orang ramai. Aku sangat tak suka badut. Tolong jangan dekat atau bagi aku belon. Aku tak nak. Serious.

Berangan

Memang aku selalu berangan. Aku berangan pun selalunya sorang-sorang sahaja. Jaranglah aku berangan nak bagitau orang lain. Kadang-kadang bila aku berangan, aku selalu cakap-cakap sendiri dan senyum-senyum sendiri. Tapi selalu aku buat dalam bilik aku je. Tak tunjuk perangai mabok aku kat orang lain. HAHAHA. Tapi yang aku tak suka, Ita selalu dapat tengok bila aku sedang berangan sendirian. Dia suka tak ketuk pintu bilik aku, main masuk je. Stress aku kadang-kadang. Lagi satu memang hobi Ita yang sangat suka sergah aku. Aku hampir selalu tercabut nyawa bila Ita sergah aku bilamana dia sedang bermasker. Kalau dia bukan mak aku dah tak panjang umur aku rasa.

WAKAKAKA jahanam.

Situasi ketika aku sedang berangan bercakap dengan abang Has.

Aku  :  Abang.. Nak duit? Nak beli beg hihikkk.. ( Aku senyum malu )
Aku  :  Nah amek 5 ribu.. Heee.. ( Ok aku melakonkan watak abang Has juga )

Pintu terus terbukak dan Ita terus sergah aku macam orang gila sambil mukanya dilitupi dengan masker. Aku hampir mati ketika itu. Aku sangat terkejut dan takut sebab aku ingat jembalang tanah yang muncul tetapi sangkaan aku meleset bila aku dengar ketawa melampau Ita, dan aku sangat berharap Ita tak dengar apa yang aku angan kan.

Aku  :  Nak mati lah kejutkan macam tu. Bencilah.
Ita    :  Sape abang Has? Wakakaka buang tebiat betul.
Aku  :  Aper Has? Diam peahhh..
Ita    :  Berangan tak sudah. Nah amek abang Has bagi pagi tadi tapi bukan 5 ribu.
            ( Sambil keluar dan ketawa lagi )
Aku  :  Sudah. Jangan bagitau sape-sape. Eishhh..

Walaupun Man tak bagi 5 ribu, tapi aku tetap bersyukur sebab masa tu memang aku takde duit langsung. Sebab tu aku berangan mintak abang Has duit. WAKAKAKA cibailah. Aku akan malu-malu apabila melakonkan watak abang Has. Memang super jahanam. WAKAKAKA! Dah serupa saitan aku rasa. Aku malas berangan lagi, asal aku berangan je mesti Ita akan muncul sambil bermasker dan aku hampir mati.

Jadi itu adalah sebahagian dari perangai pelik aku. Nak mampos cerita semua? Aku punya pinggang seperti mahu tercabut akibat sangat panjang aku menaip. Kalau kau nampak situasi aku ketika ini, mesti kau akan sangat kasihan kepada aku. Dah penat bongkok, aku baring, dah penat baring aku meniarap dan begitulah seterusnya. Oklah, sampai sini saje aku merepek. Caw bedah.

Tapi aku suka semua perangai pelik aku tu.

Wednesday 27 June 2012

Nyanyuk

Weh aku sangat takut dengan perkataan nyanyuk tu lah. Ok aku ngaku sekarang ni penyakit nyanyuk aku mula menyerang. Ianya menyerang setahun dalam beberapa hari saje aku rasalah. Dan bulan ini adalah bulan nyanyuk aku. Contoh macam aku nak bukak blog ni pun memerlukan aku mencuba sebanyak 7 kali sebab aku lupa password. Sangat nyanyuk heh? Ok aku dah mula takut. Bukan ni saje, banyak lagi perkara yang berlaku antara aku dan si nyanyuk. Aku harap aku tak nyanyuk untuk mengenal siapa Man dan Ita. Ok sangat jahanam kalau aku lupa siapa mereka. MUAHAHAHA.

Selalunya bila aku nak keluar beli barang contohnya macam aku nak beli nanonano kat 7e. Bila dah sampai 7e, aku akan mula berhenti berjalan dan aku akan fikir balik untuk apa aku ke 7e. Setelah seminit aku berfikir, dan berpuas hati dengan barang yang aku beli tu, aku pun balik ke rumah. Bila aku dah masuk bilik dan aku terlihat plastik sampah nanonano, aku dah mula pening. Ouh cibai aku dah salah beli barang. Aku beli kuaci dan bukannya nanonano. Dan aku terus sorokkan kuaci dibawah bantal agar aku tak rasa bersalah pada nanonano. Cilanat. Jauh betul perkataan nanonano dengan kuaci. Saiton.

Bila aku sedang berbual dengan kawan aku pulak, contoh macam aku sibuk cerita pasal Dejavu di Kinabalu, sebab kawan aku tak pernah tengok. Jadi aku mula sakan bercerita dan kawan aku tu beria mendengar, aku cakaplah yang aku suka gila dengan Ammar. Aku cerita yang Ammar tu sayang gila kat tunang dia, pastu siap tengok tunang dia dah makan ubat ke belum, kol bejuta kali sebab risau kat tunang dia. Masa tunggu tunang dia kat klia siap bawak bunga sweet gila dan Ammar sangat tinggi dan kacak. Tiba-tiba kawan aku yang duduk dibelakang menyampuk. 

Dia  :  Wehhh bukan ke yang kau sebutkan semua tu nama dia Bazli?
Aku :  Aah la Bazli.. Awat?
Dia  :  Eh bukan kau sebut Ammar tadi?

Ok aku sangat malu dan takut sebenarnya waktu tu. 

Aku :  Si pekak.. Kau dah kenapa? Dari tadi aku cakap Bazli bukan Ammar.
Dia  :  Kau sakit ke? Cuba tanya Zam kau cakap name sape tadi.

Cibai. Kawan aku memang jahanam. Zam adalah kawan baik aku. Dan sebelum aku tanya Zam, aku dah sempat menjeling dia tanda amaran agar mengiakan cakap aku.

MUAHAHAHA! 

Aku   :  Weh, ceq cakap Ammar ke Bazli tadi? Bazli kan?
           ( Aku bulatkan mata sambil menjeling tajam )
Zam  :  Aah la Lia cakap Bazli la dari tadi.. Kau kenapa Nen?
Dia    :  Hahhh?
Aku   :  WAKAKAKA bodohlah! Sudah! ( Sangat kelakar ok )

Waktu tu aku nampak dengan jelas muka kawan aku tu macam mana. Seperti sedang keliru dan memikirkan sesuatu. Aku harap dia tak fikir yang dia adalah wanita nyanyuk. Sebab wanita nyanyuk yang sebenarnya adalah aku. Wahhh sangat jahanam ok, aku takutlah dengan nyanyuk aku ni. Tapi aku memang sukalah watak Ammar, errr maksud aku Bazli.

WAKAKAKA.

Kadang-kadang bila nak keluar pun aku agak nyanyuk juga. Contoh macam bila aku keluar dengan kawan, tiba-tiba Ita telefon tanya kenapa keluar tak cakap? Main keluar je.. Aku pening, sebab aku fikir aku dah bagitahu. Jadi aku cakap dengan Ita yang Ita sudah lupakah? Penyakit nyanyuk sudah menyerang? Dan aku suruh Ita pergi jumpa dokter. Ita makin bising dan bising. Walahhh ini tak boleh jadi. Sebenarnya aku mula takutkan diri aku. Sampai hal-hal penting pun aku boleh lupa. Gila.

Nak tak nak aku terpaksa bincang dengan Man dan Ita. 

Aku  :  Ceq rasa ceq dah mula banyak lupa..
Man :  Apa tu? Lupa apa?
Ita    :  Dah nyanyuk? Tua? Patut haritu ckp dah bgtau tp tak.. ( Ita sangat bising ok )
Aku  :  Xlah, yg mase tu ceq masih ingat.. Ceq mmg bgtau. Sape nyanyuk? Cisss..
           ( Aku terpaksa ckp mcmtu sbb Ita sangat bising lah, bagi dia takut sikit )

Dan ya, aku nampak muka risau Ita sebab dia fikir dia adalah wanita nyanyuk.

MUAHAHAHA.

Man :  Kan tengah migrain, mmg macam tulah. Dah xpayah fikir lagik.
Aku  :  Memang mcmtu ke? Siyes?
Man :  Maybe.. Tak ada apalah.. Nanti kita pergi check.
Ita    :  Abes kalau xde migrain mcmna pulak?
Man :  Itu memang nyanyuk tua.
Aku  :  WAKAKAKAKAKA!!! 

Ita memberikan jelingan yang tajam pada Man. Ok aku tahu Ita sangat risau. Jahatlah yang benaw aku yang memang tak bagitahu Ita masa aku nak keluar tu. Kesian Ita kan. Tsk.

Masa aku nak reload pun aku akan nyanyuk. Ok aku keluar ke 7e untuk top-up celcom. Tapi bila dah sampai sana, tak semena-mena aku nyanyuk. Begini.

Aku  :  Hurm.. Maxis 10.
Dia   :  Ok..
Aku  :  Eh.. I mintak maxis ke celcom?
Dia   :  Maxis.. 
Aku  :  Eh sorry2! Celcom please! Plis plis plis kamu jangan nakal..
           ( Ok yang nyanyi tu aku tipu saje )
Dia   :  But I da tekan maxis miss..
Aku  :  Alaa.. Hurm its ok.. Bagi I celcom jugak la 10.

Lahanat. Itu saje yang boleh aku katakan ketika itu. Sebab aku cukup-cukup bawak RM20. Dan aku nak beli nanonano, tapi duit dah tak cukup. Sepanjang perjalanan balik aku sangat stress ok. Aku asyik memaki hamun penyakit nyanyuk aku. Sampai sekarang top-up maxis masih ada dalam dompet aku. Sangat jahanam bila aku melihatnya. Dia akan membuatkan aku teringat kembali kisah nyanyuk aku. Musibat.

Bila solat juga aku akan nyanyuk. Contoh macam aku dah solat asar. Tapi bila aku sedang bergolek-golek di katil, aku akan mula pening berfikir. Aku keliru samada aku dah solat asar atau belum. Bila 5 minit aku berfikir, ouh aku dah solat rupanya. Tapi selalu kalau aku belum solat pun, aku akan buat-buat seperti sudah solat. WAKAKAKA. Sangat jahanam kan. Tapi tak selalu ok. Hikhikksss.. :D

So itu adalah pengalaman nyanyuk aku. Itu boleh dikira sebagai pengalaman ke? Aku harap boleh. Sebab aku nak bagi panduan untuk mereka-mereka yang bakal tua dulu sebelum diriku. Contoh seperti Kebonbon dan Pekjah. Apasal aku rasa bila Zul cakap Kebonbon itu aku rasa sangat comel. Ok perkataan saje yang comel bukan dirimu. Sudah. Aku harap tidak akan lagi terjadi perkara-perkara diatas. Sebab itu akan membuatkan aku banyak berfikir dan akan membuatkan migrain aku datang menyerang. Ok, cau bedah.

Aku bukan wanita nyanyuk. Cuma kau yang nyanyuk.

Thursday 31 May 2012

Kerja

Ohhh.. Aku rasa sekarang ni aku dah boleh mula untuk berfikir tentang mencari kerja. Sudah hampir setahun aku rasa aku duduk menghabiskan duit Man dan Ita. Aku rasa itu sudah cukup. Sudah cukup buat aku melakukan perkara yang memalukan seperti itu. Tapi jika ditanya adakah aku ikhlas mahu bekerja? Jawapan yang dapat aku berikan adalah tak langsung. WAKAKAKA. Aku tak langsung ingin bekerja sebenarnya. Aku ingin menjadi seperti Ita. Tolonglah faham. Tapi aku bujang lagi haruslah bekerja. Tak gitu?

Walaupun aku ingin katakan tidak.

Sepanjang aku tidak bekerja, Man dan Ita tidak pernah sekali memaksa aku untuk bekerja. Walaupun adakalanya Man berkias mahu menolong aku untuk mencari kerja, tapi aku buat endah tak endah sahaja. Dan akhirnya Man terus tak endahkan aku. Aku lebih suka begitu. Bila aku sendiri rasa aku harus bekerja, jadi aku sendiri akan cari. Banyak faktor yang mendorong aku untuk terus bekerja, contoh macam :

  • Aku selalu memandang sipi-sipi beg dan kasut yang aku berkenan. Maksud aku aku tak nak pandang lama-lama sebab nanti aku akan memaksa orang sekeliling aku belanja. WAKAKAKA.
  • Aku tak suka bilamana kawan-kawan aku suka cakap aku kalau tak kerja pun tak ada masalah, mak bapak boleh tanggung. Sial aku memang benci gila situasi babitkan mak bapak aku. Jahanam kau!
  • Aku dah terlalu bosan hari-hari melalui situasi yang sama setiap hari. Makan, tidur, siram bunga, jalan-jalan, gaduh-gaduh gurau ngan Ita. Itu adalah rutin yang tak dapat aku elakkan. Aku bosan lah.
  • Aku malu lah asyik Man dan Ita yang bagi aku duit. Sebagai anak aku yang patut bagi mereka duit. Aku hanya mampu bagi duit sen sahaja. Sedih.
  • Aku sangat tetekan bilamana pergi sacc, baju kurung semua harga 400 lebih. Weh sangat jahanam lah! Kadang-kadang kain biasa je pun. Biadap.
  • Dan aku paling tak suka bila ada orang tanya aku, bila nak kerja? Bila nak kerja? Ouh cukup. Aku rasa kau bukan mak bapak aku yang perlu kau tanya soalan begitu.
Jadi itu adalah antara sebab-sebab kenapa aku harus bekerja. Hurm. Kalau aku fikir aku kena kerja, secara spontan aku akan terasa sangat sedih. MUAHAHAHA. Gila. Tapi itu yang aku rasa. Aku tak tahu kenapa orang bertungkus lumus nak cari kerja tapi aku tak nak. Tapi aku sangat perlukan duit untuk aku berbelanja. Halahhh kenapa semua barang kena guna duit? Memang sangat jahanam lah.

Kadang-kadang sampai aku fikir macam nak lari pergi ikut abang Has. Tapi abang Has tak ajak aku macam mana. Katanya tak nak rakyat Brunei tahu tentang hubungan aku dengan dia. Dia akan umumkan kemudian apabila aku sah bergelar permaisuri beliau. Jahat tau abang Has buat aku tertunggu-tunggu macam ni. WAKAKAKA maboklah! Diam kau.

Sudah. Aku nak cari kerja dah mulai sekarang. Agar aku tidak lagi rasa jahanam. Aku harap aku dapat kerja yang setimpal dengan kewarasan aku. Kali ni kalau aku kerja aku tak nak lah syaitan-syaitan lain memijak kepala aku lagi. Sial weh. Sangat sakit hati bila memikirkan itu. Aku sangat rindukan bilik office aku tu. Banyak barang comel-comel aku yang tak bawak balik. :( Aku juga rindukan rendang ayam akak cafe. Juga abang teh ais. Cilake selalu buat air tanpa disuruh. Sebenarnya aku bukan suka teh ais pun. Ahhhh rindulah.. :( 

Sila doakan aku kembali bekerja y'all.

Wednesday 16 May 2012

Petua

Bercakap pasal petua. Memang aku susah nak percaya dah. Cakaplah seelok manapun, tak akan aku cuba. Aku rasa nenek moyang kita macam mahu mempermainkan aku. Tapi mungkin sesetengah sajalah. Tapi aku rasa semua, sebab petua yang aku guna tak pernah menjadi malah menjadi jahanam. Sebab sekarang ni kalau orang bagitahu aku tentang petua, aku langsung tak nak percaya. Ouh bukan sebab apa, aku cuma rasa petua yang diberi langsung tidak boleh diterima dalam kehidupan aku. Bukan nak kata aku moden tapi..

Jom aku beri sedikit contoh.

Operasi bibir merah.

Masa sekolah dulu manalah kau nak tahu pasal apa. Jadi bibir aku selalu kering dan aku benci situasi macam tu. Masa sekolah manalah nak ada duit sangat. Jadi aku ambil buku petua Ita yang zaman Hang Tuah tu. Lebih tepat, aku curi. WAKAKAKA. Jadi selak punya selak aku terjumpalah petua hendak menjadikan bibir merah dan tidak kering. Petua yang cukup mudah. Madu dicampur dengan bawang merah dan sedikit putih telur. Madu ada, telur ada, bawang merah ada. Cantik! Getus hati ku. Betul ke getus? Ahh pegi jahanam.

Ok aku mulakan operasi. Dah siap tu aku siap bagi amaran kat bibik agar jangan beritahu Ita tentang operasi bibir aku, bibik suka sibuklah. Dan aku terus masuk bilik. Dalam bilik aku lumurkan sebanyak alam benda alah itu tadi. Rasa agak pedih tapi aku lantakkan sahaja. Nak bibir macam Ziana Zain kater. Jadi aku biarkan sampai keesokan harinya. Waktu bangun pagi aku rasa bibir aku sangat kebas. Bila aku tengok bibir aku, macam bengkak-bengkak sedikit. Tapi aku lantakkan lagi. Sampailah dah 3 hari berturut-turut aku amalkan petua itu sampai aku dah berputus asa sebab Ita dan Man marah aku. Macam ni situasinya.

Ita    :  Kenapa dgn bibir kau tu?
Aku  :  Eh kenapa? Macam Ziana Zain ke? ( Aku sudah mula perasan )
Man :  Tak sihat ke? Ulser?
Aku  :  Hah? 
Ita    :  Buat ape sampai jadi teruk mcmni??
Aku  :  Hah? ( Aku sangat takut sambil lari msuk bilik )

Bila aku tengok cermin, ya memang aku sedar yang aku dah tak mempunyai bentuk bibir waktu tu. Tapi aku cuma lantakkan sahaja. Tapi bila Man dan Ita tegur aku rasa something. Memang yang sebetulnya dalam 3 hari berturut-turut tu sebenarnya aku sangat terseksa. Aku dah tak boleh banyak bercakap dan senyum mahupun ketawa kerana bibir aku akan mengalami sakit yang agak teruk. Aku memang perasan yang bibir aku memang dah tak ada malah kering mengelupas macam orang kena simbah asid. Tapi aku lantakkan sahaja mungkin permulaan memang begitu aku fikir. Tapi sial. Bila dah terlalu pedih, memang aku sumpah orang yang bagi petua tu biar mati terus.

Jahanam.

Aku terus buang madu, telur dan bawang merah sambil nangis-nangis tanda protes. Lantas aku dimarahi oleh Man sebab madu tu dibeli jauh dari Indonesia. Aku siap membebel cakap pasal madu tu bibir aku jadi macam NirmalaBonat. Aku tak pasti samada kes NirmalaBonat sudah terjadi atau tak waktu tu. Ahh lantaklah. Man sangat terkejut dan terus buang madu yang satu lagi tu. WAKAKAKA. Adakah Man juga menyapukan madu dibibirnya? Aku bingung. Mungkin dia sangka madu sudah bertukar menjadi racun. Jadi dia sangat takut lalu membuangnya. MUHAHAHA. Ok tu kisah operasi bibir merah. Aku nak cerita yang lain pulak. Mari.

Operasi jerawat.

Seingat aku cerita ni jadi masa umur aku 18 tahun. Waktu tu kawan aku nak nikah hari jumaat. Jadi jerawat tumbuh betul-betul hari khamis. Memang kalau dah tumbuh jerawat jahanam, akan mengambil masa dalam dua minggu baru hilang. Jadi aku jadi tidak waras sebentar. Aku tanyalah kawan yang agak rapat dengan aku macam mana nak cepat hilangkan jerawat. Jadi dia kata dulu moyang dia cakap ketuk bawang putih bila dah berair ambil sikit dan tepek kan pada jerawat. Wah sangat senang fikir aku.

Jadi aku kelam kabut carik bawang putih sambil bibik kat belakang bising nak mampos tanya aku cari apa. Kesudahan nya aku jolok mulut bibik dengan lobak yang agak besar sizenya. WAKAKAKA. Babiakugelakwaktutu. Jadi bila dah jumpa aku terus buat. Aku lumur sebanyak mungkin, katanya lebih cepat hilang. Jadi aku biarkan semalaman sambil tidur. Bila aku bangun aku terus tengok cermin. Dan aku telah menjerit sekuat hati dan terus telefon kawan aku tu.

Aku  :  Weh sial gila kau tipu aku ke apa ni!!!
Dia   :  Eh kenapa??
Aku  :  Jerawat aku dah jadi kudis macam babi kau tipu aku!!
Dia   :  Serious? Mana aku tau, aku tak pernah buat.
Aku  :  Bagi aku no moyang kau sekarang!!!
Dia   :  Moyang aku dah meninggal..
Aku  :  Kenapa tak kau je yang meninggal!!!

Sungguh. Aku sangat marah waktu tu. Aku rasa macam nak lempang je muka moyang dia. Aku rasa sahaja tapi bukan nak buat pun. Nasib baik dah meninggal. Jadi aku pegi majlis kawan aku tu dengan jerawat yang memang macam jahanam jadi kudis. Kau bayangkan orang lain anggap kau punya tahi lalat dihidung dengan size yang agak besar? Aku rasa macam nak tampar muka-muka yang pandang serong kat muka aku waktu tu. Cibai. Wah tetiba aku jadi geram bila teringat balik. Gila. Sebelum marah aku menjadi, jom ke cerita yang seterusnya.

Operasi kulit licin.

Cerita ni terjadi aku pun dah lupa bila. Mungkin zaman jahiliah aku waktu umur 20. Waktu tu esoknya aku dah janji dengan papagula nak keluar sama. Bukan aku nak keluar sangat pun, tapi apakan daya, waktu tu duit aku sangat kritikal. Nak tak nak aku terpaksa juga. Lagipun bukan buat benda tak senonoh pun, sekadar lepak makan di restoran mewah. WAKAKAKA. Sehari sebelum temujanji, aku terbaca lagi petua nenek moyang untuk menjadikan kulit selicin epal. Aku pantang dengar epal, langsung aku terus mahu ingin mencuba.

Bahan yang sangat senang, putih telur, perahan limau nipis, kunyit dan sedikit tepung ubi. Jadi bila bahan dah bergaul mesra, malam sebelum tidur aku lumurkan ke muka aku. Lumur punya lumur, aku terpaksa tahan kerana bau yang kurang menyenangkan. Tapi nak kulit licin, aku terpaksa tahan. Dan aku biarkan ianya semalaman melekat kat muka. Bila bangun tidur rasa macam, " Wah tegangnya kulit aku mesti papagula suka " Ok part papagula aku sengaja tokok tambah. Jadi aku pun basuhlah muka.

Memang licin gila dan rasa tegang. Aku suka bilamana petua aku pertama kalinya menjadi. Sambil jalan ke katil aku menari riang. Dan bila aku mahu bersolek. Bila aku amati wajah aku betul-betul. Kulit bawah mata aku berkedot gila. Sumpah aku baru perasan. Sangat drastik kedutan itu. Lalu aku menjerit sekuat hati. Menjerit sekuat hati pun tiada guna sebab Man dan Ita tiada di rumah. Jadi aku bersolek sambil menangis dan juga memaki hamun  Norliza dari Ampang dalam hati. Jahanam Norliza dari Ampang penipu.

Situasi ketika makan bersama papagula. 

PG    :  I tengok muka you lain hari ni..
Aku   :  Kenapa baby? ( Aku ingin sekali panggil dia babi tapi aku tak boleh )
PG    :  Muka you berseri tapi..
Aku   :  Tapi aper baby.. ( Berdebar-debar )
PG    :  I tengok kulit bawah mata you macam ader kedut sikitlah yang.. 
            ( sambil sentuh kedutan aku )
Aku   :  Jahat la you ni babi..!
PG    :  Babi you panggil I? ( Terkejut )
Aku   :  Baby lah! You ni, I xpenah ckp babi tau. ( merajuk agar diberi duit lebih )

WAKAKAKA jahanam punya papagula.

Aku rasa tuhan sengaja mahu memberi peringatan kepada aku. Itu sebab diberinya kulit aku berkedot bila aku berjumpa dengan papagula. Aku ketika itu mula insaf, tapi untuk beberapa bulan sahaja. Maaf aku terlepas cakap. Aku insaf selamanya maksud aku. Bila aku fikir balik apa yang papagula cakap, aku jadi macam nak lempang muka dia. Kedutan diwajah dia lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan aku, tetapi mahu mempersoalan kedutan aku. Jahanam. Aku benci mulut dia. Tapi aku sayang duit dia. Pada waktu itu sahaja.

WAKAKAKA.

Sudahlah. Sebenarnya sangat banyak petua jahanam yang tak jadi yang mahu aku ceritakan. Tapi aku rasa sudah sangat panjang aku menaip. Aku pun bukan sihat sangat pun. Jadi aku tamatkan disini sahaja. Ouh ya, pinot nak suruh aku jual aiskrim malaysia? Tak ada kerja lain nak kau beri cadangan? Meh aku sumbat sepuluh batang aiskrim malaysia dalam mulut kau. Baik kau suruh pekjah ngan kak bon saje jual. Mereka lebih sesuai. Sebab mereka tua.

MUHAHAHA.

Aku mula rasa was-was dengan nenek moyang kamu, bukan aku.

Tuesday 8 May 2012

Pemerhati

Aku tak perlukan pemerhati yang sibuk nak menjaga tepi kain aku. Hidup aku, suka hati aku nak buat apa. Nak aku jadi hipokrit? Kau siapa? Mak bapak aku? Suami aku? Bf aku? Family aku? Hell no! Kau cuma pemerhati yang langsung tiada kaitan dengan hidup aku. Jangan nak tunjuk baik sangat tapi hakikatnya kau dengan aku sikit pun tiada beza. Malah lebih teruk. Siapa kau nak menentukan siapa diri aku? Tuhan?

Aku tak hidup dengan kata-kata nista manusia. Aku nak cakap apa, aku nak berkawan dengan siapa, aku nak keluar ke mana skalipun, langsung tak ada kaitan dengan kau. Jadi jangan sesuka hati nak tentukan siapa aku pada kau. Kau cuma manusia biasa yang suka mencari kesalahan orang lain. Kau ingat aku peduli dengan mulut jahanam kau?
Aku, mak bapak aku lebih kenal siapa aku. Tak payah kau sibuk nak tahu siapa aku.

Jadi tolong jangan jadi pemerhati aku. Aku tak kisah kalau kau nak perhati dan tak keluar apa-apa dari mulut kau. Tapi kalau dah sampai nak cakap dengan orang yang kenal rapat dengan aku, kau memang sengaja mencari pasal. Sudah terang lagi bersuluh perangai kau macam jahanam jadi tolong jangan nak bercakap pasal aku pula. Yang penting mak bapak aku tahu macam mana aku dan kau tak perlu tahu. Tak mati aku dek kata-kata nista kau.

Kau cuma ibarat sampah.

Monday 7 May 2012

Lembaga putih

Aku rasa dah masuk seminggu aku kurang sihat. Sakit kepala, pening, sakit perut, demam, sakit tekak dan juga batuk. Ditambah pula dengan aku yang sedang datang bulan, aku rasa seperti tak larat mahu meneruskan hidup. Tsk. Aku jarang-jarang dapat penyakit yang sekali serentak y'all. Jadi bila aku tak sihat ni automatik perangai aku jadi lain macam. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin sebab menahan sakit agaknya. Aku tak suka dapat penyakit serentak. Tapi bila difikir, mungkin dosa aku terlalu banyak dan aku diberikan sakit begini.

Aku sedih mengenang nasib sambil mendengar lagu ku bermohon kasih.

Masa sakit macam ni aku sangat perlukan perhatian. Bukan perhatian dari sesiapa, cuma perhatian dari Man dan Ita. Aku tidur bilik Man dan Ita. Dengan itu aku rasa lebih tenang dan selamat. Aku tak tahu kenapa bila aku kurang sihat, aku mahu tidur bersama mereka. Aku ingin jadi seperti baby. Aku memang dari dulu selalu tidur lewat. Jadi bila Man dan Ita tidur dulu, aku rasa macam keseorangan. Jadi aku buat-buat meracau macam orang kena sampuk. Alang-alang hari tu aku dah tertipu Man dan Ita pasal lembaga putih, jadi aku racaukan sahaja diri aku ini tanpa rasa bersalah.

Aku  :  Tolong2!! Ada hantu tepi tingkap!!!
           ( Sambil tutup mata dan hentak2 kaki seperti orang kena sawan )
Ita    :   Bangun2! Dah kena sampuk anak awak tu!! ( Ita sangat takut )
Man :  Terus pergi kat aku baca2 ayat quran.
Ita    :  Tulah mmg betul rumah ni dah berhantu! Takutlah! Kena pindah!
Aku  :  Masih menjerit meracau-racau tapi dalam hati aku sangat mahu tergelak.
Man :  Diam sikit boleh tak?? ( Bising kat Ita )
Aku  :  Saitan! Syaitan! Saiton! Bawak dia keluar dari rumah ni!!!
           ( Menjerit dengan lebih kuat untuk menjadikan keadaan lebih seram ) 

Keadaan aku menjadi tidak terkawal waktu tu.

10 minit lepas tu aku kembali sedar. Dan aku buat-buat terkejut dengan apa yang terjadi. Ita panjang lebar bercerita dengan aku sambil tengok kiri kanan takut-takut ada hantu akan muncul. WAKAKAKA. Dah macam setan kan, tapi tulah sape suruh tidur dulu dari aku. Sebenarnya sebelum kejadian racau tu berlaku, memang aku terjumpa lembaga putih dibilik aku. Masa aku tidur dalam bilik, keadaan gelap. Aku nampak seekor lembaga putih ditepi tingkap bilik. Aku menjerit dengan sangat kuat. Aku macam nak mati ok waktu tu. Tapi aku tak mati, jadi aku terus berlari ketuk pintu sekuat hati ke bilik Man dan Ita.

Aku rasa aku pengsan waktu tu, tapi rupanya aku cuma buat-buat pengsan.

Malam tu aku asyik fikirkan tentang lembaga putih itu. Aku bayangkan yang lembaga putih itu akan terbang kat aku dan akan cekik leher aku. Bila aku terbayang macam tu, aku akan menjerit sekuat hati untuk menunjukkan yang aku memang sedang dilanda kejadian ngeri dalam hidup. Dalam sejam adalah 10 atau 15 kali aku menjerit-jerit. Waktu tu aku rasa lebih baik aku mati daripada hidup. Man dan Ita sangat gelabah waktu itu. Aku suka bila situasi begitu berlaku pada Man dan Ita. MUHAHAHA.

Pada pagi tu aku ceritakan kejadian seram yang aku lalui malam tadi. Sengaja aku menokok tambah cerita aku itu bagi menakutkan Man dan Ita. Aku nampak reaksi Ita sangat takut dengan amat jelas sekali. Jadi selepas aku bercerita, aku memberanikan diri untuk masuk ke bilik aku. Pintu bilik aku buka perlahan-lahan. Keadaan ketika itu memang agak menyeramkan. Keadaan lebih menyeramkan apabila aku pasang lagu suatu masa dari M.Nasir. Ok, aku tipu. Bila aku lihat ditepi tingkap dimana aku terlihat lembaga putih itu, sah! Lembaga itu masih berada disitu lagi. Aku mahu menjerit tetapi mulut aku seakan terkunci bila betul-betul aku amati dengan mata kasar sambil bercermin mata, yang lembaga putih itu adalah tuala mandi aku yang aku lemparkan malam tadi tersangkut kat tepi tingkap.

Sial. Babi. Jahanam. Aku cepat-cepat ambil tuala itu dan simpan.

Aku menyumpah diri aku sendiri. Nasib baik bukan Man dan Ita yang pergi memerhati lembaga putih yang aku ceritakan itu. Kalau tak, aku akan jadi sangat malu pada mereka. Sebelum aku simpan tuala puaka tu, aku sempat pijak memijak tuala tersebut bagi melepaskan geram. Jika tuala itu boleh bercakap, dah disumpahnya aku. WAKAKAKA.
Jadi sehingga kini aku diamkan sahaja tentang lembaga putih itu, agar rahsia aku tidak terbongkar. Aku ada dengar juga yang Ita selalu ajak Man pindah rumah. Waktu tu aku jadi serba salah. Aku tak tahu macam mana nak ceritakan perkara sebenar. Aku harap isu lembaga putih akan dilupakan agar aku tidak berasa bersalah lagi pada mereka.

Aku tak dapat bayangkan macam mana reaksi Man dan Ita kalau aku ceritakan perkara yang sebenar. Tentang tuala dan racau buatan aku itu. Mungkin aku akan dimarahi dan aku akan merajuk selama seminggu atau dua minggu. Aku tak nak kejadian macam tu berlaku. Aku tak sanggup nak menahan lapar untuk tempoh rajuk ku itu nanti. Jadi aku akan biarakan sahaja keadaan seperti ini agar aku tidak berlapar. Aku sangat berharap Man dan Ita tidak tahu menahu pasal blog aku ini. MUAHAHAHA.

Kenapa perkara jahanam sebegini selalu terjadi dalam hidup aku? Keadaan akan bertambah jahanam dengan perangai aku yang akan menjahanamkan lagi keadaan itu.WAKAKAKA. Bodohlah, aku dah tak nak lagi buat macam ni. Serik. Tapi keadaan yang macam nilah yang selalu mebuatkan aku ketawa seorang diri. At least aku banyak gila pengalaman yang melucukan dalam hidup. Mana tahu anak cucu aku boleh baca blog aku ni nanti bila aku sudah tua. Comelnya. MUAHAHAHA.

Tak mahu pindah rumah disebabkan tuala puaka itu.

Thursday 26 April 2012

Bas

Memang kalau kau ajak aku naik bas, jangan haraplah aku nak ikut. Bukan sebab apa, aku rasa sangat takut ok. Dah macam jahanam pemandu bas tu memandu. Aku rasa masa aku dah besar ni cuma 2 kali saja aku naik bas. Dan kedua-dua pengalaman menaiki bas tu dah buat aku rasa macam " Weh sial gila bawak bas, sampai mati aku xnak naik bas lagi! " Lebih kurang macam tu lah. Aku tak tahu kenapa bila aku naik bas, aku akan menangis. Aku harap aku tidak beremosi lagi lepas ni.

Pengalaman 1 

Ketika zaman aku belajar uitm sana. Roomate sibuk ajak pergi seremban jalan-jalan naik bas. Mulanya aku tak nak ikut bermacam alasan aku bagi tapi apabila dipaksa, aku terpaksa. Aku seboleh-boleh ajak naik teksi tapi semua tak nak, jahanam perangai kau kan. So hari yang ditunggu-tunggu tiba. Masa tunggu bas cuaca redup tak panas, tapi aku berpeluh-peluh. Aku berpeluh sebab takut. Takut-takut aku mati dalam bas. Man dan Ita sangat melarang aku naik bas sebab katanya sangat bahaya. Tapi haritu aku tipu cakap naik teksi huhu. Jadi aku rasa bersalah.

AyuLulu jangan bisinglah, hilang idea aku. Bagi pocong baru tau.

Tak lama tu bas pun sampai. Penuh ok, sangat penuh. Aku tak dapat duduk, kena berdiri. Kau tahu sajalah drebar bas kalau bawak dah macam puaka. Jadi bas bergoyang sangat teruk, jadi aku pun menjerit-jerit seperti dirasuk. Bukan aku nak tarik perhatian tapi aku rasa macam memang bas akan terbalik waktu tu. Jom aku bercerita tentang situasi ketika tu.

Bas bergoyang dengan kuatnya. 

Aku  :  ( Menjerit-jerit macam kena histeria, aku sangat takut ok )
Dia   :  Weh diamlah malu lah..
Aku  :  Sial jahanam drebar bas ni bawakkkk!!!
Dia   :  Ala sikit lagi nak sampai diam lah sikit.

Aku tak peduli. Aku jerit jugak, sebab aku takut gila. Bila bas tu berhenti, orang-orang musibat yang tengok ketawakan aku sebab aku jerit-jerit dah berambus, jadi aku dapat duduk. Bila bas berjalan, lebih laju dia bawak. Sangat laju. Selaju bini wanbaser memekak. Aku sangat takut kalau aku mati ketika tu, dan aku akan mati dalam keadaan menyesal sebab tipu Man dan Ita. Aku menyesal tak dengar cakap mereka. Aku terus membontotkan kawan aku dan menangis. 

Dia  :  Weh kau ok tak ni?
Aku :  ( Aku diam, berharap dia tak tahu aku sedang menangis )
Dia  :  Weh kau nanges ke?!
Aku :  Balik ni naik teksi. Kalau xnak aku suruh prnts aku amek.
Dia  :  Kau ni apelah, yelah2.. ( Sudah takut )

Aku nangis sebab aku takut, aku sangat takut. Aku takut bas akan terbalik. Sangat banyak aku fikir benda bukan-bukan. Bila turun bas aku sempat berpesan kat drebar puaka tu,
" Awak tu bawak nyawa, kalau dalam ni awak sorang yang mati saya tak kisah! " dan aku terus berambus, kawan-kawan aku sangat takut. Aku tahu sebab muka dorang pucat gila. HAHAHA. Dan pada waktu tu aku janji dengan diri aku, tak akan naik bas lagi.

Tapi aku sering kali terlupa dengan janji-janji aku, aku naik bas lagi semalam oleh kerana dipaksa dan aku terpaksa juga dengan perasaan yang sangat mendebarkan.

Pengalaman 2.

Semalam aku pergi genting. Macam jahanam waktu balik naik bas adalah pengalaman yang super jahanam. Memang sangat jahanam sebab pemandu bas sudah seperti dirasuk syaitan. Kalau kakbon ada, dah aku suruh dia yang bawak bas tu. Tapi dia tak ada, dan aku rasa sangat tertekan. Kau tahu lah jalan turun ke genting banyak lalu lereng-lereng bukit. Dan memang sial kalau bawak laju. Bas sangat laju seperti sengaja mahu menyerah diri kepada kematian. Memang kalau aku duduk depan, dah aku maki drebar bas tu. Situasi ketika itu sama macam naik spaceshot 10 kali berturut-turut. Jahanem.

Kejorok kau jangan sibuk tanya pasal Aminul boleh tak. Hilang idea aku jahanem.

Lagi-lagi kawan sebelah aku melopong tidur macam tak ada perasaan. Yang benarnya bas memang nak terbalik tapi haram jadah langsung tak perasan. Aku macam nak sumbat mulut dia dengan botol. Langsung tak teman aku yang sedang berpeluh ketakutan. Jadi aku menangis lagi keseorangan disebalik tingkap. Yelah aku tipu Man dan Ita lagi sebenarnya. HUHU. Masa pergi naik kereta sah-sah mereka ingat balik pun berkereta juga. Inilah akibat menipu. Aku menyesal lagi. Dan aku berjanji lagi tak akan naik bas lepas 2 kejadian jahanam yang aku lalui. Aku harap aku tak mungkiri janji aku sendiri.

Aku tak dapat berfikir dengan lebih lanjut kerana dua makhluk halus AyuLulu dan Kejorok sangat bising mahu menanya macam-macam soalan. Serupa pondan.

Jadi itulah pengalaman jahanam aku menaiki bas. Aku tak dapat bayangkan macam mana mereka-mereka yang naik turun bas setiap hari untuk kehidupan seharian mereka. Bagi aku, memang taklah aku boleh jadi sekuat mereka. Aku bukan mengada-ngada atau kau nak cakap aku gedik tak boleh naik bas, aku peduli apa. Yang rasa pengalaman-pengalaman tu adalah aku. Kau tak payah nak pandang sinis kat aku ok. Garang kan aku? Maklumlah bulan sedang mengambang. Aku harap aku tak bergaduh dengan dia. Kesian. MUHAHAHA.

Jangan pernah ajak aku naik bas, aku tak rela.

Thursday 19 April 2012

Telekung

Bercakap pasal telekung. Sangat banyak yang mahu aku ceritakan, tapi aku cerita mana sempat saja. Kenapa bila aku cakap pasal telekung, aku terbayang wajah AyuLulu. Adakah dia adalah wanita dibawah lindungan kaabah? Atau mungkin sudah dekat dia mahu dikapankan? WAKAKAKA. Maafkan saya. Sudah. Tidak mahu bercerita pasal AyuLulu lagi. Dia sangat sibuk ber photostat. Kesian. Kalau aku dapat papa gula 15 juta, aku dermakan
1 juta untuk dia. Supaya jojolan kami serupa. WAKAKAKA setan aku gelak. Sudah!

Telekung.. Banyak insiden yang menjahanamkan berlaku bila aku dan kawan sedang bertelekung. Aku rasa sangat lawak waktu tu. Kenapa hidup aku seringkali disusuri dengan gelak tawa? Kadang-kadang aku sudah penat. Ok mahu cerita.

Waktu aku darjah 3.

Ustazah :  Ok giliran kamu dulu..
Aku        :  ( Tunduk buat pekak )
Ustazah :  Tak perlu tunduk, semua orang kena! Lekas.
Aku        :  Musibat kenapa pilih aku dulu? ( Dalam hati )

Ustazah suruh buat cara bersolat. Waktu tu mana aku nak tahu semua lagi. Jadi ustazah pun terangkan satu persatu dan aku buat gaya sambil membaca. Waktu hendak bersujud, dengan laju aku terus sujud. Bila sudah bersujud aku rasakan keadaan sangat tenang, sangat sejuk. Mungkin hembusan dari syurga aku fikir. Aku sedang kusyuk, tapi ustazah memanggil nama aku. Keadaan riuh rendah. Bising. Kacau daun betul ustazah.

Ustazah  :  Kamu, apa yang kamu buat kusyuk sangat tu?
Aku        :  Sy ngah sujud la ustazah nak baca apa? Cepatlah.
Ustazah  :  Dah bangun! Telekung kamu terbang.
Aku        :  Musibat naper xbagitau awal2 ustazah berbadan ketam? ( Dalam hati )

Keadaan waktu tu menjadi kosong. Sangat gelap. Aku rasakan macam batu sedang menghempas muka aku. Sumpah aku sangat malu waktu tu. Ingin sekali memukul badan ustazah yang berbentuk ketam itu, tapi apakan daya. Dia ustazah aku dan aku kena hormat. Kawan-kawan aku macam setan sampai hujung tahun asyik ejek aku. Babibabibai. Sejak detik itu aku tidak mahu berkawan dengan ustazah dan kawan-kawan aku yang lain kecuali Alif. Sebab waktu tu Alif tak datang sekolah dan aku tak bagi dia bercampur gaul dengan orang lain agar rahsia telekung terbang aku tidak bocor.

Ketika mahu bersolat bersama rakan di surau Uitm.

Aku  :  Weh sejuknya hujan, tutup kipas lah. ( Buat-buat parkinson )
Dia   :  Ala xyahlah, aku tak sejuk pun..
Aku  :  Kau manusia ke haiwan buas?
Dia   :  Wakakaka! Bodoh jangan buat lawak.

Uhukkk uhukkk.. ( Suara lelaki batuk )

Aku  :  Gelak jahanem sampai laki dengar, sudah! Jgn malukan aku. Jom solat.
Dia   :  Agak-agak hensem tak laki yang batuk tu?
Aku  :  Kau nak solat ke nak cari laki ni? Diam boleh tak.
Dia   :  Apasal kau jadi ustazah? Peliklah. Jom lah!

Dia mula solat lambat dari aku, jadi beza 1 rakaat dengan aku. Nak dijadikan cerita, bila aku sedang bersujud, dia baru mula dan dalam keadaan berdiri. Jadi bila aku lepas sujud, mahu berdiri, aku dapat rasakan keadaan seolah-olah seperti syurga, putih berseri. Aku ingat aku sudah mati waktu tu dan masuk syurga. Tapi aku silap. Selepas terdengar ketawa jahanam kawan aku, aku tersedar. Rupa-rupanya aku sedang termasuk dalam telekung masam dia. 

Dia  :  Wakakaka kau memang nak mati! ( Gelak melampau )
Aku :  Bongok la kau, aku ingat aku dalam syurga tadi. Jahanam. Muhahaha!
Dia  :  Aku try tahan tapi kau 5 saat tak perasan jadi aku tpaksa berhenti.
Aku :  Tula aku suh tutop kipas xmau, hampir2 kejadian telekung terbang berulang.
Dia  :  Aper tuh?
Aku :  Kau diam. Hanya aku dan Alif yang tahu. ( Padahal )

Sangat kelakar ok waktu tu. Bila aku sedang gelak melampau bersama kawan aku, pakcik guard selak langsir dari depan. Kena marah sebab tak hormat dalam surau nak gelak macam syaitan. Jahat pakcik tu cakap syaitan. Aku benci misai dia.

Ketika solat berjemaah dirumah.

Ita seringkali lambat bila solat, maksud aku bukan lambat tertinggal raakat. Maksud aku imam dah bangun dan aku pun dah bangun tapi dia belum. Macam tulah lebih kurang. Nak dijadikan cerita, waktu tu masa tahiyat awal. Lepas imam dah bangun dan aku pun nak bangun, tiba-tiba aku rasa macam berat. Aku fikir tuhan mahu menghukum aku sebab malam tadi aku balik lewat tak bagitahu man dan ita. Sengaja tidak mahu menjawab panggilan telefon mereka dan bila balik terus masuk ke bilik cepat-cepat.

Jadi aku rasa sangat takut.

Tapi aku gagahkan juga mahu berdiri. Langsung aku jatuh tertiarap ke depan. Sakit ok, aku macam mahu nangis. Kenapa tuhan menghukum aku sebegitu rupa.  Bila aku toleh belakang aku tengok rupanya Ita dudukkan telekung aku. Sengaja tidak mahu mengalihkan badan. Jahat. Teringin mahu serengkupkan mukanya waktu tu. Aku tengok Ita macam senyum-senyum sambil sudah berdiri mengikut imam. Akhirnya, bila habis solat aku mengadu kat Man. Man tak hiraukan aku, malah Ita gelak melampau di tepi aku. Nasib baik Ita tu mak aku, kalau tak sudah aku jadikan nasibnya sama seperti nasib NirmalaBonat. WAKAKAKAKA.

Jadi itulah antara kisah telekung aku. Actually banyak lagi, tapi aku rasa cukuplah, macam dah panjang sangat aku menaip. Takut nanti MakBon pening. Maklumlah, golongan warga mas. Sengaja tidak mahu beri dia tekanan. Permintaannya suruh disebut namanya dalam entri ni, tapi aku tak sampai hati setelah melihat wajahnya bertukar menjadi seekor kuda hitam. WAKAKAKA. Tapi aku rasa ramai orang yang yang mengalami situasi telekung macam aku ni, contohnya seperti bini WanBaser dan Kejorok. Kesian.

Kalau telekung berwarna hitam, dah tentu aku rasa aku masuk neraka waktu tu.

Thursday 12 April 2012

Mereka

Mereka adalah mereka yang selalu kutuk-kutuk blog aku dan begitu juga dengan tuannya. Cilabi. Aku tak tahu kenapa. Sebab aku rasa blog aku tidaklah seteruk mana untuk backgroundnya. Aku suka macam ni, baru misteri. Mereka kutuk tuannya pula aku rasa sebab mereka dengki. Mereka dengki tidak dapat berkawan dengan Paris Hilton. Yang tu aku tahu memang semua orang akan dengki. Jadi mari aku kenalkan pada sang pengutuk tegar itu. Mereka adalah :

AyuLulu

Macam biasa siapa yang tak kenal dia. Suka mengikis dan terkikis. Kata blog ceq muka perempuan tu macam bini ayah pin eh? Meh aku nak pin mulut kau itu. Tak serik lagi apabila jerawat sudah kuserahkan kepadanya. Masih lagi meminta menjadi mesin atm. Wah kau melebih. Lihat bahagian mulutnya.. Mulut sudah penuh dengan jerawat tetapi masih lagi tidak serik.. WAKAKAKA. Ayuh!
#Gelakmelampau


MakMunah

Yang ini lagi sang pengutuk paling tegar. Kadang-kadang mahu saja aku lenyekkan mukanya dicelahan tahi. Langsung tiada kata yang memuji aku. Semua adalah kata-kata yang menjahanamkan aku. WAKAKAKA. Nasib baik laki dia WanBaser selalu tenangkan aku, aku lega sikit. Sayang kater.. Mampos. Awas ya jika tidak mahu bermadu dengan aku bini wanbaser? Ya, mukanya saja dah buat aku gerun.. WAKAKAKA. Ayuh! #Gelakgulingguling


Pinot

Aku rasa dia adalah kelab pondan yang paling jarang kutuk aku. Lagipun kutukannya tak pernah aku ambil pusing, sebab aku sayang kat dia. Ok geli. Kalau dia kutuk pun macam selenga sikit, jadi aku selalu ketawa macam nak mati. Dia selalu buat aku mengeluarkan perangai sebenar aku. Aku tak suka macam tu. Aku harap nanti bila aku kahwin dia tak buat perangai jahanamnya. Mahu semua orang lari tengok pengantin ketawa melampau. Oleh kerana dia jarang ngutuk, jadi mukanya elok sikit dari yang lain-lain. WAKAKAKA. Ayuh! #Gelaksambiltutupmuka

  
MakBon

Kenapa namanya MakBon? Sebab sekarang ni dia sedang berpacaran dengan NirmalaBonat. Aku pun hairan kenapa dia sanggup berpacaran sama itu kak Bonat. Kalau aku, aku tak mahu. Mukanya saja dah buat aku mimpi ngeri setiap malam. Inikan lagi bersama mendua? HAHAHA x sanggup mak. Mulutnya sama jahanam seperti mereka-meraka diatas. Aku asyik tergelak dengan ini malaon-malaon lah. Mahu lihat dia?
Dah kenapa pulak berupa seekor kuda hitam? WAKAKAKA. Ayuh!
#Gelaknakmati



Bawah ini pula gambar kekasihnya. Pengkid sangat. WAKAKAKA. Ayuh!
#Gelaktutupmata



Jadi itulah antara mereka. Malas nak menaip panjang-panjang sebab aku sangat sibuk y'all sekarang ni. Memang jarang-jarang ada masa. Maklum saja, sakan bershopping dengan Paris Hilton. Terharunya. :') Sudah cukup sudah cukup sampai disini saja. Ok, aku suka gila lagu tu sebenarnya. Aku suka menyanyi, maklumlah suara aku kan macam Jaclyn Victor. Ops. Terlepas cakap. 

Jika mereka diatas terasa hati, maafkan aku. MUHAHAHA.

Monday 9 April 2012

Jerawat jahanam

Jerawat jahanam. Sebenarnya namanya cuma jerawat. Tapi aku suka-suka tambah jahanam. Sebab jerawat seketul kat pipi aku ni dah buat aku rasa macam,
" Weh apasal kau jahanam sangat ni jerawat?! " Jadi begitulah asal usul nama
jerawat jahanam. Kalau jerawat jahanam ni boleh diberikan kepada orang lain, dah lama
aku dermakan kepada AyuLulu. Dia selalu sangat cakap aku kedekut dan selalu mahu
berkongsi harta dengan aku. Mahu saja aku tepekkan pada mulutnya itu. WAKAKAKA.

Kulit aku jarang-jarang tumbuh jerawat besar. Jadi kalau dah tumbuh, mahu makan 2,3 minggu baru hilang. Gila lama. Aku pun tak tahu kenapa. Aku bukan jenis boleh biarkan jerawat melekat di muka aku, lalu aku pun gatal tangan dan terus memicit jerawat ini sehingga pecah dan berdarah. Sakit gila, aku rasa macam nak mati waktu tu. Dan sekarang, jerawat aku dah jadi macam kudis dan aku rasa macam tahi lalat pula. Sial aku sangat tertekan. Kenapa diberi nama sebagai jerawat jahanam? Mari aku bercerita tentang situasi.

Situasi ketika aku sedang nyenyak tidur.

Papppppp!!!

Aku  :  Jahanam sape pukol aku!!! ( Aku sangat terkejut dan terus terbangun ) 
Ita    :  Haippp! Ceq pukul nyamuk lah..
Aku  :  Iskk jgn la twos pukul mcm tu tekejot lah. Dah mati belum nyamuknye?
Ita    :  Tak, melekat lagi tu. ( Bagi aku cermin sambil ketawa )
Aku  :  Jangan buat lawak, ini langsung tak lawak. Ni jerawat bukan nyamuk.

Adakah jerawat aku ini berbentuk nyamuk? Aku bingung. Ita sengaja cari gaduh dengan aku. Langsung tak bagi aku tidur dengan tenteram selepas apa yang aku lalui. Aku sedang menanggung kesakitan dan tekanan melampau akibat jerawat sudah bertukar menjadi
seekor nyamuk. 

Situasi ketika mahu solat berjemaah.

Man  :  Kenapa amek wuduk tak bersih ni?
Aku   :  Uik nape cakap mcm tu pulak?
Man  :  Tengok la kat pipi tu ada taik mata.
Aku   :  Langsung tak lawak ok. Ini jerawat. Bukan taik mater! 
Ita     :  Taik mata oklah dari nyamuk. ( Gelak melampau )
Aku   :  Nak solat ke nak bincang beza antara taik mata dan nyamuk?

Aku tak tahu Man betul tak tahu tentang jerawat aku ini atau dia sengaja mahu mengusik aku. Tapi kalau ianya cuma usikan, aku langsung tak suka. Serious. Lepas solat aku terus memohon agar semua orang dapat bezakan antara jerawat dengan benda-benda lain. Stresssss!

Situasi ketika meeting bersama teman.

Sebetulnya aku cuma ikut kawan-kawan aku, aku tak kenal pulak member diorang yang lain. Saja suka-suka. Sedang mereka leka bercerita, tiba-tiba yang sedang petah bercerita tu bangun lalu menunjuk ke arah aku.

Dia  :  Kamu, member baru ke?
Aku tak yakin dia sedang bercakap dengan siapa sebab aku rasa mata dia juling.
Dia  :  Haa.. Awak la yang bertahi lalat di pipi tu..
Ya, aku sedar semua orang sedang memandang aku, tepat kearah tahi lalat palsu aku.
Aku  :  Owh ceq ka? Tapi, ni bukan taik lalat, ni jerawat lahhhh! Buta? ( Marah )

Ya, aku perasan semua orang sedang ketawa dengan kuat. Babibabibabibabi.
Sial aku benci si juling itu.

Dan sepanjang berada di tempat itu, aku sangat tidak keruan. Aku rasa macam betul-betul aku bertahi lalat dengan saiz yang agak besar. Aku sering menutup tahi lalat palsu ini dengan tisu. Takut kalau-kalau kejadian tadi berulang kembali. Kawan-kawan aku tu bukannya betul, dan aku bertambah tertekan.

Aku buntu. Puas aku memikirkan apa yang mereka katakan tentang jerawat jahanam aku ni. Memang betul apa yang mereka katakan atau mereka sekadar mahu mengusik aku? Susahlah. Aku selalu dikelilingi dengan orang-orang yang suka mengusik. Jadi aku susah nak tentukan mana yang betul dan mana yang tidak betul. Mungkin kau rasa hal jerawat adalah perkara remeh, tapi bagi aku ini serious disebabkan keadaan sekeliling aku. 

Jadi itulah kisah jerawat jahanam. Ya, waktu aku sedang menaip sekarang ni, memang tahi lalat palsu aku ni masih lagi melekat di pipi. Dah bermacam-macam cara aku buat tapi masih sama. Jadi sekarang ni aku lantakkan saja. Nak keluar rumah pun tiada lagi keyakinan diri. Yelah, tiba-tiba kau dapat tahi lalat percuma, siapa nak. Puiiii!

Jadi mahukah kamu berkongsi harta berharga ceq ni wahai AyuLulu? Ceq sangat ikhlas mahu memberikan harta ini kepada kamu. Tolong terima! Mahu buat wasiat untuk ang. WAKAKAKA.
 
Tapi aku rasa tahi lalat ok lagi dari tahi lembu.

Saturday 31 March 2012

Suka-suka menaip

Aku rasa sekarang ni masa sangat cepat berjalan. Sampaikan dah hari jumaat pun aku rasa macam hari rabu. Nampak sangat jadual hidup aku tak menentu. Aku dah bosan duduk dirumah. Aku mahu bekerja. Datuk-datuk diluar sana, sila pilih aku jadi PA kamu. HUHU. Tapi aku yakin, nanti bila dah bekerja, aku akan kembali bosan. Aku pun dah tak tahu diri aku mahukan apa sebenarnya. Damn you.

Alasan mahu bekerja? I got nothing to wear.. Bila cari baju, aku dah mula bosan dan bosan. Semua sama. Sialan. Rasa macam loser gila. Nak duit banyak-banyak, nak beli baju sesuka hati. Mahu histeria aku macam ni lah. Walaupun Man selalu membebel bila aku cakap aku tak ada baju nak pakai. Padahal almari aku asyik termuntah. WAKAKAKA. Kadang-kadang aku rasa kelakar pun ada. Gila tak ada baju. Sigh.

Rasanya aku dah lama gila tak keluar bersosial. Kalau dulu, jangan harap nak melekat kat rumah. Tapi sekarang, aku rasa kalau benda-benda dalam rumah ni boleh bercakap, dah lama dia suruh aku keluar, bosan katanyer tengok muka aku.. Aku dah mula bosan dengan rutin harian aku. Rasa macam nak lari pergi ikut Paris Hilton. Wah kau. Berangan tak sudah.

Dan nak kata aku selalu masak pun tak jugak la. Tapi sekarang dah bolehlah aku pandai juga masak. Kalau nak dibandingkan sebelum ni. Bila Ita cakap nak masak, semangat gila aku ikut Ita kehulu kehilir. Walaupun Ita selalu kata aku pengacau dapur tapi aku tak kisah. Janji aku dapat mencuri rahsia masakannya. Yela kan, nak masuk kelas memasak aku tak ada masa. Katanyer lah, padahal. HAHAHA. Jadi aku rasa ada juga baiknya terperap dirumah. Tapi dalam sebulan, adalah beberapa kali saja masaknya. Sedih.

Mengemas rumah pulak, sudah menjadi rutin aku. Dari menyapu, mop lantai dan basuh pinggan dah memang aku buat. Malulah pulak nanti kalau Man dan Ita buta-buta bagi aku duit tanpa aku menolong apa-apa. Nanti aku serba salah mahu ambil duit itu. Tsk. Kadang-kadang bila aku sedang berpeluh mop lantai dan tapak tangan sudah mula menjadi kasar, hati ada juga berkata-kata. "Kenapa Man tak sambung kontrak bibik..Bencilah macam ni." WAKAKAKA. Taklah, aku ikhlas buat kerja tu semua. Sangattt. MUAHAHA. Diam kau.

Hujung minggu pula, aktiviti selalunya sama sahaja. Pergi shopping bersama Man dan Ita. Bila ada Man, baru aku rasa lengkap semuanya. Adakah sebab aku boleh paw Man? WAKAKAKA otak kaulah. Aku sangat tertekan sebenarnya. Aku paling benci window shopping. Jadi memang kalau aku tak berduit, jangan kau ajak aku pergi ke pusat membeli belah. Sebab kau seakan mahu membunuh aku bilamana aku ajak kau balik dengan masa tak sampai pun 15 minit. HAHAHA. Bodoh. Aku memang benci gila situasi macam tu. Rasa nak bunuh diri. Kalau aku ajak balik cepat, faham-fahamlah yang aku sedang tidak berduit. Jika kau marah, sila bagi aku seribu ringgit. MUAHAHAHA.

Sebenarnya masa ni aku tak tahu nak buat apa, jadi suka-suka mahu menaip. Hilangkan bosan kater. Nak tidur pun, mata aku ni kalau tak pukul 3, jangan harap nak tertutup. Kesian aku y'all. Hurm. Bini Naser dah mula bekerja, syoklah. Tapi jangan asyik mengeluh ok. Kesian bini Wan Baser nanti. Apa kaitan? WAKAKAKA. Kejorok pulak sibuk dengan pakwe. Berkepit manjang. Sedih. Aku perlukan seorang bayi kecil untuk bermain dan membuat aku tersenyum. Wah, apa aku dah merepek ni. Ok bye. 

Kalau boleh setiap hari mahu ke D'Lugano Spa. Addicted.

Ke sebab nak tengok Diana Rafar?

MUAHAHAHA!

Thursday 22 March 2012

Sucikan Hati

Baru-baru ni masa aku sedang lepak minum dengan member aku, tiba-tiba aku dengar bunyi bising gila. Aku ni jenis tak suka pandang terus kalau aku dengar bunyi-bunyi yang ganggu aku. Tapi dah member aku tu sibuk suruh aku tengok. Waktu tu aku merajuk dengan Ita, jadi aku langsung tak ada mood. Tapi setelah dipaksa aku toleh jugaklah, kesian kater..

Bising gila waktu tu.

Dia  :  Nok! Tengok cepat!
Aku :  Awat? Malaslah, aku ngah mrajok ngan Ita, jangan kacau.
Dia  :  Ala tengok jelah!
Aku :  Pundek!!! (Marah)

Aku terkejut.

Aku terkejut sebab perempuan tengah bergaduh. Masa tu mula bergaduh mulut saja. Yelah, selama ni aku sangat jarang tengok perempuan bergaduh. Maksud aku, perempuan bertudung. Kau tahu sajalah perempuan kalau tengah gaduh, kalau boleh satu dunia nak menjerit. Oklah, aku bagi ayat dorang sikit. Baru terasa situasi sebenar. Walaupun.

Si A :  Kau memang betiner sialkan!!!
Si B :  Pakwe ko yg mengatal!!!
Si A :  Kalo ko xlayan xjadi jugak kan!!!
Si B :  Dah ko xpandai layan jantan pegi mamposlah!!!
Si A :  Ko mmg kurang ajar kan babi!!! Muka ko dahla macam katak!!!
Si B :  Muka ko lagi mcm katak puru!!!

Kesian si katak terbabit dalam pergaduhan tersebut. Ok, sambung balik.

Si B : Mmg longkan mulut kau babi!!!
Si A : Ko pegi matilah!!!
Si B : Pegi mampos dgn jantan sial ko!!!

Pergaduhan sebenar bermula. Tampar menampar, seterusnya tarik tudung sampai tercabut, dan akhir sekali ludah meludah. Dasyat. Sangat dasyat aku rasa. Pasal laki mereka bergaduh sampai begitu sekali. Bagi aku gaduh mulut cukuplah. Kau perempuan, perempuan bertudung. Perlu jaga akhlak kau depan orang lain.

Aku tak berapa kisah kalau yang bergaduh membabi-babi meludah-ludah menampar-nampar tu perempuan yang tidak bertudung. Sebab aku tahu kebanyakan orang selalu pandang serong kat perempuan yang tidak bertudung. Aku tahu tu. Tsk. Kalau nak gaduh bukan macam tu caranya, kat tempat awam macam tu. Buat malu muka kau je setan.

Bagi aku, bagi akulah. Kalau aku betul-betul 100% mahu bertudung sepenuhnya, aku akan pastikan hati aku betul-betul bersih walaupun taklah bersih mana, aku tahu tu. Dan mulut serta tingkah laku aku akan aku jaga sebaik mungkin walaupun aku punya mulut taklah baik sangat pun tapi oklah. Apakah? Aku tak mahu luaran aku baik tapi dalaman dah serupa jahanam. Aku tak nak macam tu.

Jadi aku nak simpulkan kat sini, jagalah adab-adab kau sebagai wanita. Ya, aku tahu aku taklah baik sangat tapi aku tahu menjaga tu semua walaupun aku masih lagi jahil. Man selalu pesan, tak apalah orang nak pandang kau teruk mana sekalipun sebab dia tengok dari segi luaran kau macam ni, tapi hati kau mesti nak kena baik jaga adab, tingkah laku. Buktikan tak semua orang sama. Selalulah berdoa agar terbuka pintu hati untuk kearah yang lebih baik. Luar cantik tapi dalam macam jahanam tak guna juga.

Bongoklah lagu Ramlah Ram ni bising, sampai aku tak boleh nak berfikir. -_-'
Ok, sambung balik.

Aku berdoa agar satu hari nanti aku dapat sucikan hati aku dulu sebelum aku mahu betudung sepenuhnya seratus peratus. Sekarang pun aku sedang kearah itu. Tapi setan banyak kacau aku, tu yang kejap pakai kejap tak. Macam jahanam. Aku pun tak tahu macam mana nak halau setan-setan ni. HUHU. Oklah aku nak ke entri seterusnya pasal wanita bertudung ni. Ader ke patut kau buat begitu? Kecik hati mak, nok. Tsk. Jom!
# Tapi hari lainlah, aku dah ngantuk.

Pada katak-katak berkenaan, maafkan aku. :D

Monday 19 March 2012

Uitm Dihatiku

Uitm.. Aku rasa banyak juga jasa Uitm pada aku. Aku rasalah. Tiba-tiba aku rindu gila kat kawan-kawan Uitm aku yang dulu. Sekarang masing-masing sibuk sambung ijazah. Banyak juga pengalaman yang aku peroleh sepanjang aku menetap kat Uitm nun.
Sangat macam-macam..

Mula-mula bila aku dapat tawaran belajar kat Uitm, memang aku rasa sangat hell. Aku tak suka belajar, serious. Aku ingat lepas habis azab bersekolah, aku dah boleh goyang kaki macam Ita. Tapi apakan daya, Man sangat berkeras mahu aku sambung belajar juga.

Aku  :  Ceq xnak p Uitm! (Nangis)
Ita    :  Laa xyah sampai nak nanges.. Cool down. (Muka takut)
Man :  Ang nak jadi apa xnak blajaq? Nak kawen? Tak. Kena pegi juga! (Marah)
Aku  :  Why I should go??
Ita    :  Make more money! (Semangat)

Man dan aku memandang tepat ke arah Ita. Ita menjadi gelisah. HAHAHA!

Man :  Bukan sebab tu je.. Banyak lagi faktor lain. Contoh, become more
           independent. Sampai bila nak mengharapkan orang tua.. (Sedih)
Aku  :  Hurm yela2 ceq p.. (Aku sayu pulak Man cakap macam tu)
Ita    :  Eh dah nak pulak? Jom pegi shopping!
Man :  Mampos. Sape yg nak bershopping ni?

Begitulah cerita sedikit sebanyak kenapa aku perlu juga sambung belajar. Serious, aku tak suka. Dari zaman sekolah memang aku tak suka belajar. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi alhamdulillah result aku oklah juga.

Memang masa aku daftar kat Uitm tu aku langsung tak ada mood. Muka aku masam semasam masamnya. WAKAKAKA. Itulah akibat kalau aku dipaksa buat sesuatu yang aku tak suka. Aku tahu waktu tu Man dan Ita sudah sangat takut melihat keadaan aku yang macam jahanam. MUAHAHA. Tapi apa boleh buat, dah memang aku tak suka. :D

Bila masuk dalam bilik, oklah juga. Ada 3 katil. Aku dapat katil bawah. Waktu tu roommate aku semua dah ada. Aku perasan dorang semua senyum kat kami. Tapi aku buat muka tahi. Man dan Ita bertambah takut. Kesian. HAHAHA. Lepas dah siap kemas barang aku ajak Man dan Ita pergi jalan-jalan kat bandar. Bila sampai saja, yang ada cuma pekan. Aku rasa macam nak nangis waktu tu. Hati makin dah tak berkenan. Sedih. Aku nangis lagi..

Bila dah balik hostel waktu tu dah maghrib. Lagilah aku rasa macam, weh sangat jahanam tempat ni! Bunyi cengkerik ditambah pula dengan bunyi katak. Aku sangat sedihlah. Bertambah-tambah! So dah tiba masanya untuk Man dan Ita untuk pulang. Waktu tu bf aku pun ada. Jahanam dia asyik senyum-senyum bila aku nangis. Babiakubencidia. Kalau aku tahu dia nak senyum-senyum dah lama aku lempar dia kat tengah jalan.

Man :  Okla nak balik dah..
Aku  :  Nak ikut.
Man :  Janganlah mcm ni..
Aku  :  Tak kira.
Ita    :  Kalau nk balik nak bgtau kat sape? Warden?
Man :  Eh awak ni. Dah sini salam cepat. Nanti weekend balik lah rumah.
Ita    :  Yela bila lagi nak bedikari kalo mcmni je..
Dia   :  Tah you ni.. Nanti every week kan balik. Kalau tak ada sape nak amek I 
           amek la. Promise!
Aku  :  Diamlah. Pegi masuk kreta sana! Hurmmm oklah.. Promis ye datang every
           week?
Man  : Ok.. :) (Baru aku nampak Man muka lega HUHU)

Dan ya.. Setiap minggu Man dan Ita terpaksa angkut aku balik, kalau tidak pun, mereka akan bermalam di hotel yang berdekatan. Kadang-kadang aku kesian juga. Tapi nak buat macam mana. Dah itu perjanjian kami. MUAKAKAK. Macam sial perangai aku waktu tu. Kalau Man dan Ita sibuk, si dia yang ambik aku bawa balik rumah. Sweetkan. HAHAHA geli. Walaupun agak jauh hampir 2 jam perjalanan tapi Man dan Ita sanggup. Aku sangat terharu y'all. :')

Tapi dari situ jugalah aku mula pandai berdikari. Roommate aku yang pada mulanya aku rasa sangat tak serasi dengan aku, itulah kawan-kawan aku yang terbaik. Doranglah yang ajar aku segala macam-macam hal-hal rumah dari yang aku tak tahu apa, menjadi lebih tahu. Sampaikan Ita sangat terkejut. HAHAHA. Aku sangat rindukan dorang. Masing-masing dah belajar jauh. Sorang kat Melaka, sorang kat Johor, 2 orang kat Penang, sorang kat Puncak. Yang kat Puncak dan kat Melaka je yang aku jumpa yang 3 lagi entah bila. Sedih.

Aku harap aku dapat berkumpul balik dengan dorang semua ke Uitm itu lagi. Sekurang-kurangnya dapatlah aku merasa kembali waktu mula-mula aku naik bas. Jakun dan rasa macam hell. WAKAKAKA! Banyak aku nak cerita kisah aku kat Uitm ni tapi aku rasa macam sudah sangat mengantuk dan sudah tidak tahan mahu terkencing. Jadi aku tamatkan cerita Uitm sampai disini sahaja. Ada masa cerita lagi. Chow.

Aku dan Uitm memang tak boleh dipisahkan. Aku dah bosanlah masih belajar lagi. Sigh.

Wednesday 14 March 2012

Malam

Memang sekarang aku dalam mood sial. Dari dulu aku dah cakap, aku tak suka orang sibuk hal lain, aku tak suka orang sibuk hal lain, aku tak suka orang sibuk hal lain kalau dengan aku. Susah sangat ke nak faham? Perlu aku ulang sejuta kali? Ok fine. Kau dalam keadaan terpaksa. Dah aku cakap aku tak boleh. Aku memang tak boleh. Perlu aku jelaskan lagi?

Tiada lagi malam-malam itu. Malam yang perlu aku tunggu. Malam yang buat aku ketawa. Malam yang buat aku tidur lena. Yang ada cuma malam-malam jahanam. Malam yang buat aku rasa oh kau tak perlu ada. Kumpul semua ruang-ruang waktu yang kau tagih itu.

Aku tak punya kawan yang boleh aku ceritakan tentang hidup aku. Yang aku punya cuma mereka-mereka yang kau tak beri aku ruang untuk aku berkawan dengan mereka. Kau ramai kawan. Yang boleh kau cerita tentang hidup kau. Yang boleh kau gelak tawa bersama yang boleh kau menangis bersama. Aku tak ada kawan yang macam kau ada. Kawan aku cuma kau sorang. Aku suka atau tak, dah tak lagi dipedulikan. Macam tu kau kata tak adil lagi?

Kalau kau rasa ruang waktu tu yang boleh buat kau hidup. Pergilah..
Aku dah tak larat nak halang dah. Aku diam bukan bererti aku benci kau.
Cuma nak berikan ruang yang kau perlukan tu.

RUANG. 

Selamat tinggal malam nan indah.
#Mabok tempe. Makin banyak benda nak cakap atau aku akan jadi bisu nanti.
Aku yakin, bisu.
#Banyak benda kita tak sama. Ingat tu. Aku cuma takutkan itu. Itu sahaja.

Tuesday 6 March 2012

Ada apa pada nama

Aku masih ingat lagi waktu aku kecil dulu. Aku banyak berdebat dengan Man dan Ita tentang nama aku. Aku selalu tidak berpuas hati dengan nama aku. Perkara ini selalunya berlaku ketika aku selesai menonton sesuatu cerita atau mendengar sesebuah lagu. Kerap terjadi begitu. Contohnya :

Ketika habis rancangan Doraemon.

Aku  : Nape dulu xltk name ceq doremon? Doremon hebat gile!
Ita.   : Drp ltk nme doremon baik ltk nme suneo.
Man : Gaint pun ok jugak.
Aku  : Dorang tu laki ceq ni pompan. Doremon pompan..!

Betul ke doraemon tu perempuan? WAKAKAKA! Maklumlah dulu aku budak-budak mana nak tahu. Sah-sah suara doraemon tu macam jahanam sampai aku tak dapat bezakan antara suara lelaki dan perempuan. Nasib baik nama aku bukan Doraemon. Takut juga kalau-kalau budak kecil tak tahu aku ni laki atau perempuan. Lega.

Ketika habis rancangan Titanic.

Aku  :  Hensemnya Jack! Jaat xnamakan ceq Rose. Dengki kan?
Man :  Ingat ang bunga ke apa? Baik letak nama raya. Bunga raya.
Ita    :  Xyah, teratai layu di tasik madu je senang.
Aku  :  Sila diam encik tongkat ali dan puan kacip fatimah.

Aku nak nama Rose tu bukan sebab aku suka nama tu. Tapi sebab aku nak berangan jadi macam Rose yang dapat bercinta dengan Jack. Jack sangat kacak. Aku sangat suka. Tapi sekarang tidak lagi, kerana muka Leonardo DiCaprio dah macam bunga kembang semangkuk. Kenapa muka kacak sebegitu boleh terjadi perubahan yang drastik.
Kesian Jack aku. Leonardo DiCaprio, kau sangat kejam.

Berkumandang lagu Isabella.

Aku  :  Sedapnye name Isabella. Napela name ceq xmcm tu.. Xpela nak namakan 
           ank ceq jela nti. At least dpt la jugak wlpn bkn nme sndri.. Sedih.
Ita    :  Kalo ang nak name Isabella, ang nak dpt laki rambut macam Amy Search?
           Sarang tebuan.
Aku  :  Eh? (Takut) Sejak bile lak ceq suka nama Isabella?
Ita    :  Pulakkk..

Ita suka menakut-nakutkan aku. Aku tak suka macam tu. Memang aku sangat suka nama Isabella tu. Kalau dengan budak-budak, aku selalu tipu nama aku Isabella. Contoh :

Budak :  Atak.. Name atak cape?
Aku     :  Atak? Otak kau lah. (Dalam hati) Nama akak? Panggil je Isabella.
Budak :  Atak Itaberak? Hihihih.. (Dia terus berambus)
Aku     :  Itaberak? Ita berak? WAKAKAKA! 

WAKAKAKA. Aku suka budak tu. Patutnya aku bawa dia berjumpa dengan Ita. Aku pasti Ita akan menjadikan budak itu sebagai musuh ketat di dalam mimpi-mimpinya. LOL.

Memang sangat banyak sebenarnya nama watak-watak yang aku inginkan ketika aku masih belum matang. Kesian Man dan Ita asyik kena protes dengan aku. MUAHAHA. Tapi aku sangat bersyukur kerana Man dan Ita tak berikan nama yang aku suka tu sebab semuanya macam pelik jahanam. Aku rasa nama yang Man dan Ita berikan pada aku tak sama dengan mana-mana nama lain. Aku bersyukur dapat nama aku sekarang ni.  Sudahlah, aku mahu tengok cerita Hot In Cleveland. Aku harap satu hari nanti aku dapat tukar nama jadi Valerie Bertinelli. WAKAKAKA. 

Bayangkan kalau nama aku Minnie Mouse. Mampos aku tak campur orang.

Thursday 1 March 2012

Masa lalu

Bila aku baca balik blog aku yang lama tu, serious aku rindu gila. Banyak gila kenangan yang aku catit dalam setiap entri. Tentang sahabat aku. Yang kini masing-masing dah buat haluan sendiri. Mungkin aku sorang yang dah tak join diaorang. Bila jumpa, mungkin aku akan kekok. Tak macam dulu, setiap hari jumpa. Kena marah sama-sama, seronok sama-sama. Sumpah aku sangat rindukan waktu itu. :'( aku copy balik sikit cerita.

"Mlm td aku kua ngn mber2 aku..aku,didi,carl,sam ngan hadi, g lepak kat bb..eh,aku sowg jeke pompan?bawu pasan lak.. wkakakakaka!!! ;p bb xbesh oke..aku xske.tp aku tpkse akur kerana hadi ugut nk bunuh diri klo x g bb..babi tol mainkn aku.haa kan da kne..hahahaha! ;p c budut2 ni xabes2 knekn aku..kuang ajo.nape mst nk cite2 psl diri aku weh..adakah sbb aku ni seowg wanita yg pemalu?hahaha damn.erm didi ngn sam da de gf..tp aku pelik la nape mst dowg nak kutok2 gf dowg..gila betul.sebek aku xjadi gf dowg..hehehe..sam terutama nye.jaat gila sam smp ktowg ktwe cam nk mati,cisss..aku pon pompan la budus.slamba ko kutok pompan ye..hai..c sam jejaka nakal..ampes.didi lak c jambu yg manja..hee ske gila ngn dia..klo aku slh pown,mst dye ngn carl sokong aku blk..heee..bkn cam sam ngn hadi,asek down kn aku je,celaka.wekekkeke..sam..hurm.tyme aku clsh,dia pon clsh gak..aih.mcm ade jodoh je kte dua ni?ko nak kapel ngn aku x?nak la nak la..wahahahaha sumpah geli! ;p carl..sgt hensem.hensem sgt.eh xla..terlalu hensem.ekekekke..(pengsan) cmne la dlu aku leh pts ngn dye..bodo btl.tp sbb aku ske men2 je kot dlu..sian dye..dye baik..baik sgt.kami xpna gado..tp da xde jodoh..eh bkn,aku yg sgje xnk kawen ngn dye..sbb aku jeles rmai pmpn ske dye.huhu..sori carl,me dak kecit lg tyme tu..xtau nk pk lagi :) hehehe..hadi lak..dye paling klako smp aku ktwe nk teburai isi pewot aku..abes ilang sft2 kwnitaan aku..celaka btl.hahahaa.. ;p klo aku tingat psl dye je,mst aku snyum2 cm kerang busok..heee..tp dye kte klo dye ingt kt aku lak,dye pown snyum cam kerang wangi..celaka.tahla,aku xleh la jmpe kwn aku yg berempat ni..mst nk bantai gelak smp nk mati..  wkakakakaka!!! ;p skg ni klo aku ade pape mslh mst aku carik dowg..hurm ble cte kt dowg,ilang ckt mslh dlm hutak aku ni hah even mslh tu cume aku sengugut je pown.. wuahahahah!!! ;p itu la yg d nmekn -KAMI- ^.^ aku syg dowg smp mati oke.tyme aku kapel,aku xpna bgtau kewujudan carl,sam,zam,hadi n didi..coz klo aku bgtau,nti aku tau mst bf2 aku tu soh aku renggang kn hbgn aku ngn dowg..hey,wtf huh?!hahaha mne leh..aku syg kwn2 aku ni lbh dr bf2 aku tu oke..ekekekek..act kami berenam..tp sowg da terbang nun jauh d sana..dak pandai la ktekn..jrg dpt jmpe dye skg ni..artu dye lek mesia tp aku lak xde..adesss..rindu sgt sama kamu la zam!!! :'( tp xpela,dye da nk grad da :) zam paling tua..so pape yg xbtl mst dak belima ni kne sound..lbh2 hadi.hahaha  aku suke ;) aku harap apa2 jadi pun,dowg xnak kami berpisah even da kawen pown..tu yg dowg ckp..aku xleh ckp sbb aku pompan..t laki aku marah kang..wkakakaka!!!;p syg kowg nak mati weh!!!" 

Tapi sekarang, perkataan "kami" tu dah tak ada.. Bila tahun demi tahun, aku dah bercinta, mereka aku lupakan. Bukan sebab cinta itu, tapi sebab aku. Aku sendiri yang dah berubah. Kalau diaorang mesej atau apa pun, aku macam takut nak jawab. Aku pun tak tahu sebab apa. Padahal aku dengan diaorang memang sangat rapat. Aku kadang-kadang sedih jugak. 
Tak tahu kenapa jadi macam ni.

Mungkin kalau kau atau salah sorang dari kau-kau diatas, terbaca blog aku ni. Aku nak korang tahu yang aku bukan sombong. Mungkin faktor usia atau keadaan yang tak izinkan aku terus macam dulu. Aku tak pernah lupakan korang. Kalau aku sedih, memang korang yang aku ingat.. "Hurm..Kalaulah aku rapat lagi dengan diaorang.." Tak pernah aku lupa. 

Aku rindu.. Rindu nak keluar sama-sama. Rindu nak masak sama-sama. Rindu nak tengok wayang sama-sama. Rindu nak basuh kereta sama-sama. Rindu nak usik man n ita sama-sama. Rindu nak ketawa sama-sama. Rindu nak shopping sama-sama. Rindu nak bercerita sama-sama. Sangat banyak yang aku rindukan. Dan yang paling aku rindu, aku sangat rindu korang sebenarnya! Bodoh aku nak nangis. Aku harap satu hari nanti kita dapat berkumpul macam dulu balik. Setidaknya sekali. Aku janji.

Tuhan.. Tolong kembalikan aku ke masa lalu agar aku dapat merasa kenangan itu.. 
# Aku tengah sedih sebenarnya, tiba-tiba teringat diaorang. :'(

Sunday 26 February 2012

Suatu masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


Aku tak tahu kenapa aku macam sangat suka lagu ni. Kalau boleh setiap hari pun nak dengar. Mungkin memberi maksud yang mendalam untuk aku. Bila dengar lagu ni macam semangat gila nak bercinta, yang akan aku mengharap cinta dari seseorang itu. Ok geli. Macam mana aku boleh berfikiran seperti itu? Ok, aku dah mula was-was dengan diri aku.

Aku tahu tak semua orang suka lagu ni. Mungkin yang suka pun adalah dari golongan tua. Tapi aku bukan termasuk dalam golongan tua itu, apakah?

Lagu suatu masa.

Aku  :  Weh aku suke gile weh lagu ni!
Dia   :  Ko gile ke? Aku mcm nak mati dengar. Tukar lain lah!
Aku  :  Aku harap kau mati sekarang.
Dia   :  Wtf?

Tapi kadang-kadang aku takut nak dengar lagu tu bila malam. Dia punya music macam seram sikit lah. Kalau dengar pun, aku akan pastikan aku sedang selubung dalam selimut, dan bila aku hampir mati lemas, baru aku akan tutup lagu tu dan keluar dari selimut. Kadang-kadang perangai aku pelik. Tapi aku suka macam tu.

Aku harap suatu masa nanti aku akan jadi penyanyi.
#Suka berangan

Wednesday 22 February 2012

Jeruk

Sumpah aku tak boleh tengok jeruk. Aku sangat gilakan benda tu lah. Makan sampai semput. Aku selalu berharap bilamana aku berkunjung ke rumah sesiapa agar tidak dihidangkan jeruk. Aku takut perangai buruk aku dapat dihidu. Boleh gitu? Alamat orang lain tak boleh kacaulah jeruk tu.

Aku sedang duduk dalam keadaan sopan sebab rumah tu ada abang kacak.

Aku  :  Adoi penat la bile nak balik?
Ita    :  Eh sabar la.. Dah kenapa nak duduk bersimpuh bagai?
Aku  :  Kan ader si kacak, haruslah.
Ita    :  Miang betul.
Aku  :  Hikhik.. (Gelak sopan sambil tutup mulut)

Makcik Temah hidangkan jeruk. (Bukan nama sebenar, takut nanti dia stress) 

Temah : Makan la ni, aidil baru balik dari penang dia beli..
Ita       :  Ohh.. (Sambil pandang aku)
Aku     :  Nape pandang ceq? Ciss..
Ita       :  Nah makan.. (Ita sangat tahu aku gilakan jeruk)
Aku     :  Haa.. Makan la dulu.
Ita       :  Aik? (Ye, aku nampak Ita sedang buat muka tahi)

Dalam hati, "Weh sibuk lah Mak Temah, g la dapo basuh pinggan saner. Hadoi."

Bagaikan masin mulut aku, terus sahaja Mak Temah ke dapur. Aku apa lagi, sangat rakus makan jeruk-jeruk itu. Kini aku bukan lagi duduk bersimpuh, tersimpul-simpul dah kaki aku. WAKAKAKA. Memang taklah orang lain dapat sentuh jeruk-jeruk tu. Aku tak perasan pulak bila masa Mak Temah dah duduk sekali dengan aku.

Temah  :  Wah lia, suka betul kau dengan jeruk eh?
Aku      :  (Terperanjat) Ha?
Ita        :  Dia memang mcm tu kalau dapat jeruk.. Berhantu.

Semua orang gelak. Aku macam nak sumbat kain buruk kat mulut Ita waktu tu. HUHU. Masa balik tu Mak Temah siap bekalkan jeruk lagi untuk aku. Hadoilah. Dalam keadaan mulut aku berwarna kuning, aku terima sajalah jeruk tu. Rezeki jangan di tolak.
Aku benci jeruk tapi aku sangat suka jeruk. Apakah?

Kalu aku sedang makan jeruk, jangan haraplah apa aku akan dengar bila kau tengah cakap. Kesian dia. Sibuk tunjuk itu ini kat aku tapi aku macam mamai je. Tersampuk jeruk kater. WAKAKAKA. Ceq nak 100gram siap terperanjat, belikan 200gram. Tapi kesian, dia cuma dapat makan 1 atau 2 jeruk sahaja. Yang lain aku habiskan, tu pun sebab aku pergi tandas, kalau tak, harapan lah nak dapat. ROFL.

Aku sangat berharap satu hari nanti aku tahu macam mana nak buat jeruk sendiri.
p/s : Orang Langkawi tu dah tak reti-reti nak pos jeruk kat i ke? Muahahaha!

Friday 17 February 2012

Poket kosong

Aku dah berazam, sangat banyak yang aku nak beli bila sudah bergaji nanti. Gila aku sangat memendam rasa tak dapat beli barang yang aku suka. Tunggu masa sahaja. Sorry awak, kita pergi JPO hari tu tapi tak sampai berapa minit dah blah. Kalau boleh, sumpah semua kedai ceq nak masuk. Tapi duit cukup lima ratus memang taklah nak beli pape. Sedih. Tunggu dapat duit banyak nanti mahu pergi lagi. Sungguh, best. Sial. Kenapa kat Shah Alam tak ada tu semua. Kalau tak dah memang aku heret Ita. Tsk.

Bila kondisi wang aku yang makin merundum ni, aku sekarang dah pandai bezakan antara kemahuan dan keperluan. Bergayanya aku cakap macam ni. Ok. Aku macam sangat geli bila cakap macam ni. Dah macam pensyarah ekonomi. WAKAKAKA. Kadang-kadang bila aku belek-belek barang lepas tu aku letak balik, Ita selalu buat muka tahi. Aku memang selalu perasan benda tu. Jahat. Sengaja mahu malukan aku.

Aku sedang sibuk mencuba kasut.

Aku :  Cantik kan?
Ita   :  Boleh laa..
Aku :  Dengki.
Ita   :  Pls la. Da kalo suka beli jela..
Aku :  Malas la, jom la g tmpt len..
Ita   :  Eh? ( Muka tahi )

Ita selalu tak tahu macam mana nak sembunyikan riak wajahnya itu. Aku kadang-kadang malu nak cakap tak cukup duit. Tapi Ita tak faham.. HUHU. Atau dia sengaja pura-pura tidak faham? Cis. Aku lebih suka shopping dengan Man. Tidak perlu keluarkan duit sendiri. Ita selalu belanja aku dalam hal makan sahaja. Lepas tu asyik cakap duit dah nak pokai, tapi tangan nya penuh dengan baju-baju yang dia mahu beli. Apakah? Haih. -_-‘

Susahlah tak ada duit sendiri. Asyik tunggu duit dari Man dan Ita. Kadang-kadang aku macam malu nak terima. Tapi nak tak nak terpaksa juga terima. Boleh gitu?

Man  :  Nah amek ni buat belanja.. (Bagi duit pada aku)
Aku   :  Eh? Thanks.. (Pandang Ita, nasib dia tak nampak)

Ita sedang sibuk pilih barang.

Aku  :  Belanja ceq baju ni boleh? Xde duit la..
Ita    :  Wah kemain lagi.. Baru dapat duit dari Man kan!
Aku  :  Eh? Mnede.. (Cuak)
Ita    :  Tipu, dah dengar tadi.. Beli sendiri.
Aku  :  Kedekot.
Ita    :  Nanti dah xde duit baru boleh belanja.. (Senyum jahat)
Aku  :  Ishhh.. (Buat hidung kembang)


Aku hairan, kenapa Ita selalu perasan bila Man bagi aku duit. Sedangkan aku tengok dia sedang leka memilih. Hidung dan telinga dia sangat tajam. Takut aku. Aku malas nak cakap aku sedang berduit, nanti dia tak mahu belanja aku lagi. Sangat susah bila poket kosong.

Aku tak tahu jadi apa kalau Man dan Ita tak ada dengan aku. Serious, mereka adalah ibu dan ayah yang sangat memahami aku. Tak ada gantinya. Susah senang aku tak pernah dibiarkan. Memang aku tahu ramai kawan aku yang selalu cakap aku selalu bergantung pada parents aku. Tapi aku peduli apa. Hidup aku, hanya mereka yang aku ada. So kalau kau nak kutuk-kutuk aku cakap aku tak pandai berdikari ke apa, pergi jahanam sama kau.  
My heroes are and were my parents. I can't see having anyone else as my heroes.

Money is not everything, but life is hell without it.