Thursday 19 April 2012

Telekung

Bercakap pasal telekung. Sangat banyak yang mahu aku ceritakan, tapi aku cerita mana sempat saja. Kenapa bila aku cakap pasal telekung, aku terbayang wajah AyuLulu. Adakah dia adalah wanita dibawah lindungan kaabah? Atau mungkin sudah dekat dia mahu dikapankan? WAKAKAKA. Maafkan saya. Sudah. Tidak mahu bercerita pasal AyuLulu lagi. Dia sangat sibuk ber photostat. Kesian. Kalau aku dapat papa gula 15 juta, aku dermakan
1 juta untuk dia. Supaya jojolan kami serupa. WAKAKAKA setan aku gelak. Sudah!

Telekung.. Banyak insiden yang menjahanamkan berlaku bila aku dan kawan sedang bertelekung. Aku rasa sangat lawak waktu tu. Kenapa hidup aku seringkali disusuri dengan gelak tawa? Kadang-kadang aku sudah penat. Ok mahu cerita.

Waktu aku darjah 3.

Ustazah :  Ok giliran kamu dulu..
Aku        :  ( Tunduk buat pekak )
Ustazah :  Tak perlu tunduk, semua orang kena! Lekas.
Aku        :  Musibat kenapa pilih aku dulu? ( Dalam hati )

Ustazah suruh buat cara bersolat. Waktu tu mana aku nak tahu semua lagi. Jadi ustazah pun terangkan satu persatu dan aku buat gaya sambil membaca. Waktu hendak bersujud, dengan laju aku terus sujud. Bila sudah bersujud aku rasakan keadaan sangat tenang, sangat sejuk. Mungkin hembusan dari syurga aku fikir. Aku sedang kusyuk, tapi ustazah memanggil nama aku. Keadaan riuh rendah. Bising. Kacau daun betul ustazah.

Ustazah  :  Kamu, apa yang kamu buat kusyuk sangat tu?
Aku        :  Sy ngah sujud la ustazah nak baca apa? Cepatlah.
Ustazah  :  Dah bangun! Telekung kamu terbang.
Aku        :  Musibat naper xbagitau awal2 ustazah berbadan ketam? ( Dalam hati )

Keadaan waktu tu menjadi kosong. Sangat gelap. Aku rasakan macam batu sedang menghempas muka aku. Sumpah aku sangat malu waktu tu. Ingin sekali memukul badan ustazah yang berbentuk ketam itu, tapi apakan daya. Dia ustazah aku dan aku kena hormat. Kawan-kawan aku macam setan sampai hujung tahun asyik ejek aku. Babibabibai. Sejak detik itu aku tidak mahu berkawan dengan ustazah dan kawan-kawan aku yang lain kecuali Alif. Sebab waktu tu Alif tak datang sekolah dan aku tak bagi dia bercampur gaul dengan orang lain agar rahsia telekung terbang aku tidak bocor.

Ketika mahu bersolat bersama rakan di surau Uitm.

Aku  :  Weh sejuknya hujan, tutup kipas lah. ( Buat-buat parkinson )
Dia   :  Ala xyahlah, aku tak sejuk pun..
Aku  :  Kau manusia ke haiwan buas?
Dia   :  Wakakaka! Bodoh jangan buat lawak.

Uhukkk uhukkk.. ( Suara lelaki batuk )

Aku  :  Gelak jahanem sampai laki dengar, sudah! Jgn malukan aku. Jom solat.
Dia   :  Agak-agak hensem tak laki yang batuk tu?
Aku  :  Kau nak solat ke nak cari laki ni? Diam boleh tak.
Dia   :  Apasal kau jadi ustazah? Peliklah. Jom lah!

Dia mula solat lambat dari aku, jadi beza 1 rakaat dengan aku. Nak dijadikan cerita, bila aku sedang bersujud, dia baru mula dan dalam keadaan berdiri. Jadi bila aku lepas sujud, mahu berdiri, aku dapat rasakan keadaan seolah-olah seperti syurga, putih berseri. Aku ingat aku sudah mati waktu tu dan masuk syurga. Tapi aku silap. Selepas terdengar ketawa jahanam kawan aku, aku tersedar. Rupa-rupanya aku sedang termasuk dalam telekung masam dia. 

Dia  :  Wakakaka kau memang nak mati! ( Gelak melampau )
Aku :  Bongok la kau, aku ingat aku dalam syurga tadi. Jahanam. Muhahaha!
Dia  :  Aku try tahan tapi kau 5 saat tak perasan jadi aku tpaksa berhenti.
Aku :  Tula aku suh tutop kipas xmau, hampir2 kejadian telekung terbang berulang.
Dia  :  Aper tuh?
Aku :  Kau diam. Hanya aku dan Alif yang tahu. ( Padahal )

Sangat kelakar ok waktu tu. Bila aku sedang gelak melampau bersama kawan aku, pakcik guard selak langsir dari depan. Kena marah sebab tak hormat dalam surau nak gelak macam syaitan. Jahat pakcik tu cakap syaitan. Aku benci misai dia.

Ketika solat berjemaah dirumah.

Ita seringkali lambat bila solat, maksud aku bukan lambat tertinggal raakat. Maksud aku imam dah bangun dan aku pun dah bangun tapi dia belum. Macam tulah lebih kurang. Nak dijadikan cerita, waktu tu masa tahiyat awal. Lepas imam dah bangun dan aku pun nak bangun, tiba-tiba aku rasa macam berat. Aku fikir tuhan mahu menghukum aku sebab malam tadi aku balik lewat tak bagitahu man dan ita. Sengaja tidak mahu menjawab panggilan telefon mereka dan bila balik terus masuk ke bilik cepat-cepat.

Jadi aku rasa sangat takut.

Tapi aku gagahkan juga mahu berdiri. Langsung aku jatuh tertiarap ke depan. Sakit ok, aku macam mahu nangis. Kenapa tuhan menghukum aku sebegitu rupa.  Bila aku toleh belakang aku tengok rupanya Ita dudukkan telekung aku. Sengaja tidak mahu mengalihkan badan. Jahat. Teringin mahu serengkupkan mukanya waktu tu. Aku tengok Ita macam senyum-senyum sambil sudah berdiri mengikut imam. Akhirnya, bila habis solat aku mengadu kat Man. Man tak hiraukan aku, malah Ita gelak melampau di tepi aku. Nasib baik Ita tu mak aku, kalau tak sudah aku jadikan nasibnya sama seperti nasib NirmalaBonat. WAKAKAKAKA.

Jadi itulah antara kisah telekung aku. Actually banyak lagi, tapi aku rasa cukuplah, macam dah panjang sangat aku menaip. Takut nanti MakBon pening. Maklumlah, golongan warga mas. Sengaja tidak mahu beri dia tekanan. Permintaannya suruh disebut namanya dalam entri ni, tapi aku tak sampai hati setelah melihat wajahnya bertukar menjadi seekor kuda hitam. WAKAKAKA. Tapi aku rasa ramai orang yang yang mengalami situasi telekung macam aku ni, contohnya seperti bini WanBaser dan Kejorok. Kesian.

Kalau telekung berwarna hitam, dah tentu aku rasa aku masuk neraka waktu tu.

No comments: