Monday 9 April 2012

Jerawat jahanam

Jerawat jahanam. Sebenarnya namanya cuma jerawat. Tapi aku suka-suka tambah jahanam. Sebab jerawat seketul kat pipi aku ni dah buat aku rasa macam,
" Weh apasal kau jahanam sangat ni jerawat?! " Jadi begitulah asal usul nama
jerawat jahanam. Kalau jerawat jahanam ni boleh diberikan kepada orang lain, dah lama
aku dermakan kepada AyuLulu. Dia selalu sangat cakap aku kedekut dan selalu mahu
berkongsi harta dengan aku. Mahu saja aku tepekkan pada mulutnya itu. WAKAKAKA.

Kulit aku jarang-jarang tumbuh jerawat besar. Jadi kalau dah tumbuh, mahu makan 2,3 minggu baru hilang. Gila lama. Aku pun tak tahu kenapa. Aku bukan jenis boleh biarkan jerawat melekat di muka aku, lalu aku pun gatal tangan dan terus memicit jerawat ini sehingga pecah dan berdarah. Sakit gila, aku rasa macam nak mati waktu tu. Dan sekarang, jerawat aku dah jadi macam kudis dan aku rasa macam tahi lalat pula. Sial aku sangat tertekan. Kenapa diberi nama sebagai jerawat jahanam? Mari aku bercerita tentang situasi.

Situasi ketika aku sedang nyenyak tidur.

Papppppp!!!

Aku  :  Jahanam sape pukol aku!!! ( Aku sangat terkejut dan terus terbangun ) 
Ita    :  Haippp! Ceq pukul nyamuk lah..
Aku  :  Iskk jgn la twos pukul mcm tu tekejot lah. Dah mati belum nyamuknye?
Ita    :  Tak, melekat lagi tu. ( Bagi aku cermin sambil ketawa )
Aku  :  Jangan buat lawak, ini langsung tak lawak. Ni jerawat bukan nyamuk.

Adakah jerawat aku ini berbentuk nyamuk? Aku bingung. Ita sengaja cari gaduh dengan aku. Langsung tak bagi aku tidur dengan tenteram selepas apa yang aku lalui. Aku sedang menanggung kesakitan dan tekanan melampau akibat jerawat sudah bertukar menjadi
seekor nyamuk. 

Situasi ketika mahu solat berjemaah.

Man  :  Kenapa amek wuduk tak bersih ni?
Aku   :  Uik nape cakap mcm tu pulak?
Man  :  Tengok la kat pipi tu ada taik mata.
Aku   :  Langsung tak lawak ok. Ini jerawat. Bukan taik mater! 
Ita     :  Taik mata oklah dari nyamuk. ( Gelak melampau )
Aku   :  Nak solat ke nak bincang beza antara taik mata dan nyamuk?

Aku tak tahu Man betul tak tahu tentang jerawat aku ini atau dia sengaja mahu mengusik aku. Tapi kalau ianya cuma usikan, aku langsung tak suka. Serious. Lepas solat aku terus memohon agar semua orang dapat bezakan antara jerawat dengan benda-benda lain. Stresssss!

Situasi ketika meeting bersama teman.

Sebetulnya aku cuma ikut kawan-kawan aku, aku tak kenal pulak member diorang yang lain. Saja suka-suka. Sedang mereka leka bercerita, tiba-tiba yang sedang petah bercerita tu bangun lalu menunjuk ke arah aku.

Dia  :  Kamu, member baru ke?
Aku tak yakin dia sedang bercakap dengan siapa sebab aku rasa mata dia juling.
Dia  :  Haa.. Awak la yang bertahi lalat di pipi tu..
Ya, aku sedar semua orang sedang memandang aku, tepat kearah tahi lalat palsu aku.
Aku  :  Owh ceq ka? Tapi, ni bukan taik lalat, ni jerawat lahhhh! Buta? ( Marah )

Ya, aku perasan semua orang sedang ketawa dengan kuat. Babibabibabibabi.
Sial aku benci si juling itu.

Dan sepanjang berada di tempat itu, aku sangat tidak keruan. Aku rasa macam betul-betul aku bertahi lalat dengan saiz yang agak besar. Aku sering menutup tahi lalat palsu ini dengan tisu. Takut kalau-kalau kejadian tadi berulang kembali. Kawan-kawan aku tu bukannya betul, dan aku bertambah tertekan.

Aku buntu. Puas aku memikirkan apa yang mereka katakan tentang jerawat jahanam aku ni. Memang betul apa yang mereka katakan atau mereka sekadar mahu mengusik aku? Susahlah. Aku selalu dikelilingi dengan orang-orang yang suka mengusik. Jadi aku susah nak tentukan mana yang betul dan mana yang tidak betul. Mungkin kau rasa hal jerawat adalah perkara remeh, tapi bagi aku ini serious disebabkan keadaan sekeliling aku. 

Jadi itulah kisah jerawat jahanam. Ya, waktu aku sedang menaip sekarang ni, memang tahi lalat palsu aku ni masih lagi melekat di pipi. Dah bermacam-macam cara aku buat tapi masih sama. Jadi sekarang ni aku lantakkan saja. Nak keluar rumah pun tiada lagi keyakinan diri. Yelah, tiba-tiba kau dapat tahi lalat percuma, siapa nak. Puiiii!

Jadi mahukah kamu berkongsi harta berharga ceq ni wahai AyuLulu? Ceq sangat ikhlas mahu memberikan harta ini kepada kamu. Tolong terima! Mahu buat wasiat untuk ang. WAKAKAKA.
 
Tapi aku rasa tahi lalat ok lagi dari tahi lembu.

No comments: