Monday 7 May 2012

Lembaga putih

Aku rasa dah masuk seminggu aku kurang sihat. Sakit kepala, pening, sakit perut, demam, sakit tekak dan juga batuk. Ditambah pula dengan aku yang sedang datang bulan, aku rasa seperti tak larat mahu meneruskan hidup. Tsk. Aku jarang-jarang dapat penyakit yang sekali serentak y'all. Jadi bila aku tak sihat ni automatik perangai aku jadi lain macam. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin sebab menahan sakit agaknya. Aku tak suka dapat penyakit serentak. Tapi bila difikir, mungkin dosa aku terlalu banyak dan aku diberikan sakit begini.

Aku sedih mengenang nasib sambil mendengar lagu ku bermohon kasih.

Masa sakit macam ni aku sangat perlukan perhatian. Bukan perhatian dari sesiapa, cuma perhatian dari Man dan Ita. Aku tidur bilik Man dan Ita. Dengan itu aku rasa lebih tenang dan selamat. Aku tak tahu kenapa bila aku kurang sihat, aku mahu tidur bersama mereka. Aku ingin jadi seperti baby. Aku memang dari dulu selalu tidur lewat. Jadi bila Man dan Ita tidur dulu, aku rasa macam keseorangan. Jadi aku buat-buat meracau macam orang kena sampuk. Alang-alang hari tu aku dah tertipu Man dan Ita pasal lembaga putih, jadi aku racaukan sahaja diri aku ini tanpa rasa bersalah.

Aku  :  Tolong2!! Ada hantu tepi tingkap!!!
           ( Sambil tutup mata dan hentak2 kaki seperti orang kena sawan )
Ita    :   Bangun2! Dah kena sampuk anak awak tu!! ( Ita sangat takut )
Man :  Terus pergi kat aku baca2 ayat quran.
Ita    :  Tulah mmg betul rumah ni dah berhantu! Takutlah! Kena pindah!
Aku  :  Masih menjerit meracau-racau tapi dalam hati aku sangat mahu tergelak.
Man :  Diam sikit boleh tak?? ( Bising kat Ita )
Aku  :  Saitan! Syaitan! Saiton! Bawak dia keluar dari rumah ni!!!
           ( Menjerit dengan lebih kuat untuk menjadikan keadaan lebih seram ) 

Keadaan aku menjadi tidak terkawal waktu tu.

10 minit lepas tu aku kembali sedar. Dan aku buat-buat terkejut dengan apa yang terjadi. Ita panjang lebar bercerita dengan aku sambil tengok kiri kanan takut-takut ada hantu akan muncul. WAKAKAKA. Dah macam setan kan, tapi tulah sape suruh tidur dulu dari aku. Sebenarnya sebelum kejadian racau tu berlaku, memang aku terjumpa lembaga putih dibilik aku. Masa aku tidur dalam bilik, keadaan gelap. Aku nampak seekor lembaga putih ditepi tingkap bilik. Aku menjerit dengan sangat kuat. Aku macam nak mati ok waktu tu. Tapi aku tak mati, jadi aku terus berlari ketuk pintu sekuat hati ke bilik Man dan Ita.

Aku rasa aku pengsan waktu tu, tapi rupanya aku cuma buat-buat pengsan.

Malam tu aku asyik fikirkan tentang lembaga putih itu. Aku bayangkan yang lembaga putih itu akan terbang kat aku dan akan cekik leher aku. Bila aku terbayang macam tu, aku akan menjerit sekuat hati untuk menunjukkan yang aku memang sedang dilanda kejadian ngeri dalam hidup. Dalam sejam adalah 10 atau 15 kali aku menjerit-jerit. Waktu tu aku rasa lebih baik aku mati daripada hidup. Man dan Ita sangat gelabah waktu itu. Aku suka bila situasi begitu berlaku pada Man dan Ita. MUHAHAHA.

Pada pagi tu aku ceritakan kejadian seram yang aku lalui malam tadi. Sengaja aku menokok tambah cerita aku itu bagi menakutkan Man dan Ita. Aku nampak reaksi Ita sangat takut dengan amat jelas sekali. Jadi selepas aku bercerita, aku memberanikan diri untuk masuk ke bilik aku. Pintu bilik aku buka perlahan-lahan. Keadaan ketika itu memang agak menyeramkan. Keadaan lebih menyeramkan apabila aku pasang lagu suatu masa dari M.Nasir. Ok, aku tipu. Bila aku lihat ditepi tingkap dimana aku terlihat lembaga putih itu, sah! Lembaga itu masih berada disitu lagi. Aku mahu menjerit tetapi mulut aku seakan terkunci bila betul-betul aku amati dengan mata kasar sambil bercermin mata, yang lembaga putih itu adalah tuala mandi aku yang aku lemparkan malam tadi tersangkut kat tepi tingkap.

Sial. Babi. Jahanam. Aku cepat-cepat ambil tuala itu dan simpan.

Aku menyumpah diri aku sendiri. Nasib baik bukan Man dan Ita yang pergi memerhati lembaga putih yang aku ceritakan itu. Kalau tak, aku akan jadi sangat malu pada mereka. Sebelum aku simpan tuala puaka tu, aku sempat pijak memijak tuala tersebut bagi melepaskan geram. Jika tuala itu boleh bercakap, dah disumpahnya aku. WAKAKAKA.
Jadi sehingga kini aku diamkan sahaja tentang lembaga putih itu, agar rahsia aku tidak terbongkar. Aku ada dengar juga yang Ita selalu ajak Man pindah rumah. Waktu tu aku jadi serba salah. Aku tak tahu macam mana nak ceritakan perkara sebenar. Aku harap isu lembaga putih akan dilupakan agar aku tidak berasa bersalah lagi pada mereka.

Aku tak dapat bayangkan macam mana reaksi Man dan Ita kalau aku ceritakan perkara yang sebenar. Tentang tuala dan racau buatan aku itu. Mungkin aku akan dimarahi dan aku akan merajuk selama seminggu atau dua minggu. Aku tak nak kejadian macam tu berlaku. Aku tak sanggup nak menahan lapar untuk tempoh rajuk ku itu nanti. Jadi aku akan biarakan sahaja keadaan seperti ini agar aku tidak berlapar. Aku sangat berharap Man dan Ita tidak tahu menahu pasal blog aku ini. MUAHAHAHA.

Kenapa perkara jahanam sebegini selalu terjadi dalam hidup aku? Keadaan akan bertambah jahanam dengan perangai aku yang akan menjahanamkan lagi keadaan itu.WAKAKAKA. Bodohlah, aku dah tak nak lagi buat macam ni. Serik. Tapi keadaan yang macam nilah yang selalu mebuatkan aku ketawa seorang diri. At least aku banyak gila pengalaman yang melucukan dalam hidup. Mana tahu anak cucu aku boleh baca blog aku ni nanti bila aku sudah tua. Comelnya. MUAHAHAHA.

Tak mahu pindah rumah disebabkan tuala puaka itu.

No comments: