Monday 12 September 2011

Mayat

Tiba-tiba aku jadi seram sejuk pula bila letak tajuk macam tu. Oklah, kali ni aku nak bercerita tentang kisah aku ketika pergi melawat ke rumah orang meninggal. Waktu tu aku masih kecil, dalam darjah 3 macam tu, aku rasalah. Mungkin masa tu aku terlalu kecil dan tak tahu apa yang aku buat. Tapi bila sekarang ni, bila aku fikir-fikir balik. Eh, alamak. Apa jadi agaknya selepas aku balik dari melawat orang meninggal tu eh? Banyak andaian telah aku buat. MUAHAHA.

Situasi ketika melawat orang meninggal adalah sedikit bosan. Kerana waktu tu aku belum pandai baca Al-quran, cuma alif ba ta sahaja. Jadi aku kebosanan. Orang-orang tua semuanya sedang membaca. Jadi bila aku tak tahu mahu buat apa, aku mendapat idea untuk ikat mengikat. Disebalik mayat tu ada tirai. Jadi ramailah orang berada dalam tirai tu untuk melihat wajah arwah buat kali terakhir sambil membaca surah yasin.

Waktu tu aku duduk di antara penjuru dua tirai. Jadi aku buat keputusan untuk mengikat penjuru tirai tu dengan kain makcik-makcik yang berada berhadapan dengan tirai tu. WAKAKAKA. Aku mengikat kain mereka sangat kuat bersama dengan tirai-tirai tu. Ikat mati kater. Tak salah aku yang sudah aku ikat ialah tiga makcik yang malang. Dan selepas aku siap mengikat, aku ketawa seorang diri. Mak aku hairan dan terus mencucuk pinggang aku tanda amaran. Cis.

Tapi apa yang aku kesalkan, aku, mak dan nenek balik awal daripada makcik-makcik tersebut. Aku kecewa. Aku kecewa kerana tidak dapat menyaksikan apakah aksi yang bakal berlaku. Mak dan nenek jahat. Kata-kata aku ketika itu kerana membuatkan aku kecewa yang teramat. Mungkin mereka malu dengan gelak jahat aku ketika itu, macam tidak hormat pada kematian malah bersuka ria bergelak tawa. MUHAHAHA.

Andaian yang aku buat ketika aku sudah pulang ke rumah.

- Mungkin ketika makcik tersebut bangun, semua tirai-tirai melonjak kedepan dan akan serengkupkan manusia-manusia yang berada di dalam tirai tersebut.

- Mungkin juga ketika salah seorang makcik itu mahu mencium mayat itu, semua tirai jatuh kedepan dan akan membuatkan muka makcik itu melekap pada muka mayat.

- Dan mungkin juga ketika makcik tersebut mahu pulang, mereka akan menyeret tirai tersebut hingga ke rumah mereka.


WAKAKAKA!


Kasihan ya pada makcik-makcik tersebut dan juga pada mayat itu. Aku harap mereka pasrah dan akan memaafkan aku yang tidak tahu mana baik dan buruk waktu tu. Maklumlah budak darjah 3. HUHUHU. Nak mampos agaknyalah aku ni. Masa kecil pun aku dah buat perkara yang begitu jahanam. Jadi tak hairanlah kalau banyak benda jahanam yang aku buat masa aku dah besar. Benda jahanam tu bukannya menjahanamkan diri aku, cuma perkara-perkara nakal. MUHAHAHA. Tapi sekurang-kurangnya aku banyak gila kenangan yang dapat aku ingat bila aku tua nanti. Mahu cerita bersama dengan suami sambil minum kopi kaw-kaw. :D

Sebenarnya aku baru tahu cara mengikat waktu tu.

No comments: