Wednesday 23 November 2011

Tol Sungai Rasau

Aku tak dapat lupakan kenangan pahit itu sewaktu aku melalui tol Sg Rasau walaupun sudah beberapa tahun ianya berlaku. Sumpah aku sangat malu. Aku sangat cuai. Terasa ingin membunuh diri waktu itu. Bayangkan saat kau mahu merentasi tol tetapi kau tiada duit untuk membayarnya kerana dompet kau telah tertinggal dirumah, dan lebih sedih lagi baki kredit di handphone kau cuma tinggal 2 sen. Memang sangat teruk. Dan memang sangat jahanam kerana tiada satu pun panggilan telefon dari sesiapa waktu itu setelah hampir setengah jam aku menunggu.

Aku berpeluh. Sangat berpeluh.

Sengaja aku buka pintu kereta dengan harapan agar ada salah seorang pemandu yang mahu berhenti menolong aku. Itu sahaja usaha aku kerana aku tidak sanggup untuk menahan kereta lain semata-mata mahu pinjam wang sebanyak 1 ringgit. At last, ada seorang hamba Allah yang sanggup berhenti untuk menanyakan apa yang sedang berlaku.

Perbualan antara aku dan dia.

Dia  :  Kenapa ni dik? Kereta rosak ke?
Aku :  Errr.. Xlah.. Err.. ( Aku malu nak cakap sebenarnya )
Dia  :  Habis tu kenapa? Ke mmg tunggu kwn kat sini?
Aku :  Xjugak.. Act sy xde duit nak bayar tol, dompet ttggl, nset xde kdt.. ( Sedih )
Dia  :  Laa.. Nah amek ni.. ( Bagi 10 ringgit )
Aku :  Sy nak guna singgit je bang..
Dia  :  Amek la, mne tau depan tu ade tol lagi, xyah susah2 benti. ( Senyum2 )
Aku :  Kuang asam punya orang perli aku la ni! ( Dalam hati )
Aku :  Terima kasih ye! Nak no tepon?
Dia  :  017344**** hehe.. 
Aku :  TQ! ( Lega gila )

Dan selepas itu aku pun meneruskan ke destinasi yang hendak di tuju. Sepanjang perjalanan, aku asyik menyumpah nyumpah diri sendiri. Sangat nyanyuk lah aku. Aku tidak akan membiarkan ianya berlaku lagi. Tidak! Dan dari peristiwa itu jugalah sampai sekarang aku masih lagi berkawan dengan laki tu. Siap jadi pengapit kepada bini dia masa dia bersanding. Hebat kan! WAKAKAKA. Dia sangat baik! Sampai sekarang pun kalau ada masalah, dengan dia aku meminta pertolongan. HEHEHE. TQ Abang Haris! :)

* Aku mintak nombor telefon tu bukan untuk menggatal, tetapi dengan niat mahu membalas jasanya. Aku terasa ingin memeluknya ketika itu kerana sudi menolong aku. MUHAHAHA. Dan aku sekadar belanja dia makan dan memberikan sedikit buah tangan kepada dia pada hari selepasnya. Malu pulak mahu memulangkan duit 10 ringgit itu. HUHUHU. 

Jangan harap aku nak guna tol tunai dah sekarang. Serik!

No comments: