Wednesday, 30 July 2014

Suka hati kau nak baca atau tak. Aku cuma bosan.

Gila lama aku tak masuk blog ini lah. Nak kata rindu tu taklah sebab sekarang aku sudah punya tunang, yang dah pun berpindah ke Shah Alam. Jadi aku tidak perlukan Pinot mahupun Baslin untuk aku berkawan. Nampak tak? Aku sudah berubah sejak tukar status sebagai tunangan orang. Kau geli tak aku cakap macam ni? Aku sendiri mengiggil bila menaip. Dalam masa yang sama, aku suka pergunakan tunang aku contoh macam aku teringin goreng pisang cheese, aku akan buat-buat ajak dia pergi uptown. Tapi sebenarnya aku sengaja, sebab nak pergi uptown memang kena lalu kat goreng pisang cheese. Jadi nak tak nak, aku akan heret dia untuk beli. Aku harap dia tak perasan muslihat ke musibat aku? Biarkan. Gila lama aku tak update blog. Aku sangat malas campur sangat busy. Sampaikan aku tak persan yang anak Ayululu dan Makeja dah besar gila. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, bila diaorang mengandung? Damn. Aku pun tak tahu apa yang aku busy kan. Atau aku sengaja buat-buat busy. Bila balik kerja, aku rasa macam penat gila babi. Kalau boleh balik tu terus nak tidur, tak nak mandi tak nak apa. Gila. Habis macam mana bila aku dah kahwin nanti? Boleh ke aku buat-buat lupa yang aku punya suami? Aku harap boleh. Aku rasa aku dah tualah, sebab tu aku lemah. Bila keluar dengan Zul, mulot bagai nak kopak membebel, aku pun tak tahu apa yang aku bebelkan. Aku harap Zul tak benci aku. Tapi bila dah makan, aku jadi lemah gila, nak cakap pun tak larat. Aku mula risau. Takut pun ada. Aku kena makan supplement agaknya. Sebenarnya aku ngantuk gila babi. Tu pasal aku menaip. Kalau tak, belum tentu 3 tahun aku akan mengemaskini blog ini. Damn, kenapa aku rasa makin skema? Mamposss. Tak banyak benda berubah dalam hidup aku. Aku, Ita dan Man masih seperti dahulu. Aku banyak nak cerita benda bukan-bukan, tapi kepala aku sakit bila nak fikir balik. Jadi aku lanjutkan pada entri yang akan datang. Kalau ada. Tapi aku nak cerita sikitlah, sikit. Sikit pada aku banyak. jadi kau layankan sajelah. Hari tu aku pergi KL dengan kawan aku naik train. Dalam train memang agak jahanam penuh dengan manusia ketiak masam. Aku rasa macam nak mati bila kena himpit dengan mereka-mereka yang berketiak masam. Sempat aku bertanya, " Kau memang suka bau ketiak kau macam bawang putih ke setan? Bau jahanam tau tak. Cibai. " Tapi aku hanya bertanya dalam hati sahaja bagi menjaga nama baik mereka dan keluarga. Aku sangat benci situasi begitu. Dalah tak dapat duduk. Ditambah pula dengan si ketiak masam lagi aku rasa macam jahanam. Kawan aku lagi macam musibat, kebetulan dia punya perut berlemak yang agak teruk, jadi dia buat-buat pegang perut kononnya sedang mengandung. Aku cakap dia gila. Tapi dia senyumkan sahaja apabila ada kakak itu bangun lalu beri dia tempat duduk. Jahanam. Jahanam sangat. Jadi aku dengan perut yang tak berapa nak berlemak macam kawan aku, mencuba juga nasib sambil mengusap ngusap perut aku buat-buat mengandung sambil buat muka manja. Tapi si ketiak masam sebelah aku menegur, "Adik sakit perut ke? Nak turun kat mana? Sabarlah sikit.." Babi. Ketiak masam sengaja mahu dengkikan aku tak bagi aku duduk. Jadi orang sekeliling buat-buat tak tahu dengan aku. Cibai. Jadi sampailah ke destinasi aku berdiri bagai nak tercabut kaki, sedangkan kawan aku yang gemuk berlemak sedap dapat duduk sambil tidur ternganga. Aku macam nak sumbat kasut dalam mulut busuk dia. Tapi sekarang dia sudah pun mengandung. Syabas aku ucapkan. Kerana lepas ini dia tidak perlu buat-buat mengandung untuk dapatkan tempat duduk. Sangat musibat. Apa lagi nak aku bebelkan? Ohh ya, sebelum aku terlupa, eloklah aku minta maaf sempena hari raya ini. Aku rasa mungkin aku tak punya dosa sebab aku baik orangnya. Bak kata Zul. Tapi aku rasa dia hanya pura-pura cakap begitu sebab tak mahu aku kecik hati. Atau takut aku mengamuk besar? Mamposss. Tapi tak adalah, aku baik sebenarnya dan juga pendiam dan juga pemalu dan juga rajin. Mampos kau disitu. Semenjak bekerja ni adalah sikit duit, masa tak kerja dulu, time raya je paw Man ngan Ita mintak beli baju. Tapi sekarang aku boleh beli 14 pasang baju raya dengan duit aku sendiri. Mamposss. Ita sangat marah mengatakan yang aku membazir. Tak apalah mak, ini hadiah selama ceq duduk terbongkang selama beberapa tahun tak bekerja. Hadiah unttuk diri sendiri kata kau. Hmm, badan aku sangat bengkok ketika ini kerana menaip sambil duduk. Selalu aku menaip sambil meniarap. Baru aku perasan kenapa blog ni dah tak boleh nak space satu langkah? Cibai baik dari tadi aku teruskan saje takyah edit bagai. Penat aku jelah. Banyak dah berubah rupanya. Seberubahnya perangai Pinot terhadap aku. Bencilah. Dia sekarang sudah pandai masak. Tapi aku tak tahulah sedap atau tidak. Sebab dulu nasi goreng masa sekolah yang dia masak, tak sedap. Mamposs. Teringat dia buang bekal dan sudu gara-gara... Emm malas aku nak cakap demi menjaga nama baik si polan dan keluarga. Sudahlah, aku nak tidur kejap. Rasa loser gila kerja raya ketiga. Macam bangla pun ada. Cibai sangat. Aku sangat marah sebenarnya tapi tapi tak apalah, malas nak kerutkan dahi sebab aku kena jaga muka. Kalau tak, kedut diwajah akan semakin cepat tumbuh. Adakah tumbuh perkataan yang jelas untuk menunjukkan kedut? Lantaklah. Okay, lepas kahwin aku update lagi ataupun sebelum kahwin. Satu benda tak buat pun untuk persiapan kahwin. Bila aku fikir, aku akan stress. Jadi aku biarkan untuk Man dan Ita yang fikir, biar mereka yang stress jangan aku. Sebab aku kan pengantin. HAHA. Chiawww.

4 comments:

Anonymous said...

Wakakakka... cm musibat blog.. gelak aku smbil teberak.. kah3..

aku kat toilet ni..gile lawas bc blog ko..

Xoxo,
ayululu yg cute..mamposss

Lia said...

Jahanam sangat bace sambil berak. Mesti selfie sekali caption, "uhhh kerasnya tayik itew susah nak kuarr.. hmm hm." Aku rasa naser teros lempang ang sampai meninggal. Wkakakakkaka

ayu ismail said...

bile kau nak hapdet blog? aku boring laaa...

P/S:umah ade swiming pol siottttt.. gile batak aku

_ayu lulu yang comel n cute n ohsem muahahahaa

Lia said...

aku baru bacer. aku ini bakal pengantin sangat busy okay. xde mase nak merepek pepek ini wkakakakakaak! nanti lahhh...
*yaya