Saturday, 9 November 2013

Surat untuk kau yang bernama Pinot..

Sebelum aku merepek tahap kuda tentang tajuk di atas, baik aku cerita pasal diri aku kejap. Nak jugak lah selepas setahun aku menyepi. HAHA. Aku ada masa ni pun sebab aku keseorangan dekat rumah, tu pun sebab Man dan Ita tinggalkan aku, nak honeymoon katanya. Okay tipu, aku yang busy sebenarnya, nak jugak kenakan orang. Jahat tetap ada walaupun sekarang dah bertudung litup bak Wawa Zainal. Kau mampu? HAHAHA. Aku masih tak faham kenapa Wawa Zainal nak kahwin sorok-sorok? Kau nak kena sorok dengan hantu kopek? Bak kata Baslin, memang jahanam hantu kopek. WAKAKAKA.

Okay nak cakap, sekarang ni aku dah bekerja, bekerja keras untuk menampung kos sara hidup aku yang tinggi nak mati. Aku dah tak sanggup nak paw Man dan Ita untuk kali keseratus juta. BAHAHAHA. Kerja semua okay, cuma lelaki-lelaki disekeliling yang buat tak okay. Nyampah gatal manjang. Malas nak cerita pasal tu. Selain kerja, berat aku juga dah macam jin kalewa. WAKAKAKA. Aku dah putus asa tentang itu jadi aku lantakkan cuma nasik jelah aku amek kadang-kadang. Tu pun selepas Ita pengaruh aku. HAHAHA. Selain itu, jerawat suka tumbuh dekat dagu aku. Okay tu tak perlu cerita. Jom, focus dekat tajuk utama balik. Yiarghhh!

Surat untuk Pinot.. Aku buat ni pun sebab dia nak kahwin dah 1st disember ni. Sedih, memang sedih. Sedih bukan sebab dia nak kahwin, tapi sedih sebab aku tak kahwin lagi. Boleh? WAKAKAKA. Taklah, memang sedih pun. Yelah dah lama kenal lepas tu ada orang lain telah merampas dirinya dari aku. Mahu tak sedih? Okay aku rasa macam nak muntah pulak. Hmm tak sangka dia nak kahwin dah. Padahal dulu selalu sama-sama dapat pakwe, sama-sama putus, sama-sama skendel, sama-sama naik kereta berlapan. Macam setan part berlapan tu okay. HAHAHAHA. Tu belum cerita sama-sama dapat pakwe alim pastu nyorok-nyorok dari pakwe kat masjid sebab tak solat. BAHAHAHA gila tak boleh belah. Apa ke salah kalau solat je? HAHAHAHA. Alah, zaman tu budak-budak lagi still memain. Adoi tak boleh ingat mesti nak ketawa macam nak mati. MUAHAHAHA!

Oh Pinot, selama berbelas tahun kawan dengan kau, aku rasa happy je. Tak pulak kita gurau-gurau aku ke kau nak sentap-sentap. Lepas aku fikir kau dengan aku memang punya perangai jahanam, jadi aku tak amek kisah langsung pasal apa yang kita borakkan. Berbeza betul dengan Baslin yang selalu blur 24 jam, aku rasa macam nak tampar je muka dia waktu dia ulang balik soalan yang sedang kita bincangkan. WAKAKAKA. Aku harap Edy pasrah punya pacar sedemikian. HAHA. Dalah kalau keluar asyik mesej 24 jam, aku rasa kesunyian tau masa pergi genting hari tu. Baslin sangat kejam. Untunglah ada pakwe. Cissss. Malas cerita pasal Baslin, nanti aku kena sorok hantu kopek. Sebab dia adelah naib presiden kelab hantu kopek. WAKAKAKAKA.

Pinot aku harap lepas kau dah kahwin ni kau tak berubah. Cuma aku sangat berharap agar kau diberi hidayah untuk bertudung labuh persis Norjah. Sebab aku memang rasa nak belikan kau tudung yang aku tunjuk masa kat Alamanda hari tu. Mesti wajah kau sangat suci. Sejuk mata aku memandang, dari jauh dah nampak. Okay aku tak nak gelak. Tapi aku terpaksa sebab aku bayangkan kau adelah jelmaan Norjah. WAKAKAKAKA. Bengong lah. Aku harap juga kau naikkan lah sikit berat badan tu lepas kahwin. Ke laki kau tak bagi? Kalau itu aku tak boleh kata apalah. Sebab aku tengok kau dah semakin kurus, adekah sebab kau stress nak kahwin? Aku harap berat aku tak bertambah masa nak kahwin sebab bila aku stress aku akan makan dengan rakus. Aku sangat takut dengan itu okay. BAHAHAHA.

Lepas ni kalau jumpa, kau dah berdua. Baslin juga mungkin. Habis aku dengan siapa? Okay, terus sebak. Aku sangat jealous tengok orang lain dah nak kahwin sebenarnya. Bukan apa, aku sebenarnya sangat teringin nak mengandung lah. Ah. Mesti comel gila bawak perut tekedek-kedek pakai baju besar ada gambar hello kitty kat perut. Ini serius. BAHAHAHA. Lepas kau dah kahwin mesti banyak dah berubah. Tak kan kau still nak buat perangai musibat lagi gelak macam nak pecah rumah, cakap dah serupa mengilai, kejar kereta polis semata nak tumpang pergi tandas, HAHAHA itu sangat gila okay. Polis pun takut tengok perangai kau lah. WKAKAKAKA. Aku risau sebenarnya bila kau asyik pergi tandas sampai 5 kali dalam masa sepuluh minit. Tolong berubat. Aku serius. Mamposss. Penyakit apa yang sedang kau lalui sebenarnya? Misteri sungguh. HAHAHA.

Walaupun kau dah kahwin nanti, ingatlah yang aku tetap ada untuk kau. Waktu kau susah, waktu kau senang. Tu pun kalau aku tak busy layan datuk. Mampos. HAHAHA. Pesan aku cuma, jadilah isteri yang solehah, jaga solat, jaga aurat, jaga maruah, jaga semualah, tapi yang penting jagalah suami kau baik-baik. Walaupun Zahid tak kisah kau tak reti masak, sekurangnya belajarlah ke arah itu. Itu untuk anak-anak kau juga nanti. Tak pengsan ke bosan makan telur hari-hari? Kalau aku, aku dah nanges. MUAHAHAHA. Selagi boleh belajar apa yang baik, belajarlah. Aku punya ayat, macam aku dah punya 5 anak kan. WKAKAKAKA. Tapi ada betulnya juga tu. Aku nak nasihat macam-macam pun aku tak tahu sebab aku pun belum kahwin lagi. Tolong doakan aku. Aku macam rasa nak curi sireh. Tolong buat tak nampak  atau tegur kalau kau perasan aku sedang berjalan ke arah daun sireh. Tolong juga pesan kat ahli keluarga kau yang lain.
  
BAHAHAHAHA.

Okaylah sampai sini jelah yang mampu aku coretkan. Pesan aku, dah kahwin nanti tolong jangan lupa aku walaupun aku tahu kau akan 24 jam berkepit dengan suami. Untunglah dah ada bantal peluk bergerak lepas ni, BAHAHAHA. Ah, sedih. Aku jugak takde siapa nak peluk. Bantal peluk aku pulak kejong sentiasa takde respon langsung bila aku peluk dia. WAKAKAKA bodoh geli gila. Sudah. Aku doakan semoga kau dan Zahid kekal selamanya hingga ke akhir hayat! Selamat menempuh alam rumahtangga and selamat pengantin baru in advance!!! # korang, sila doakan aku dapat jodoh yang terbaik, okay! :)


Pinot, aku harap kau dengan aku akan berteman sampai bila-bila.
Eh, Macam comel jee... Bergambar bila Baslin tak ada. Mamposss. 

BAHAHAHAHA!

2 comments:

Anak Itik said...

/ http://itikelabus.blogspot.com/ said.. :)

Areyou Callypso said...

SILE PINANG BUZUL CPT2.. aku pon kasihankan kau... hahahahhaa.. mampossss